BANTUAN KANAK-KANAK JKM (PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELULUSAN)

BANTUAN KANAK-KANAK JKM RM1000 2023( PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELULUSAN

BANTUAN KANAK-KANAK JKM RM1000 2022CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELULUSAN

Untuk makluman, bermula pada tahun 2023, Bantuan Kanak-kanak JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) akan dinaikkan menurut Belanjawan 2023 yang telah diluluskan. Disini kami akan kongsikan kadar bantuan terkini, semoga membantu

 

Kadar Bantuan Kanak-kanak JKM Terbaru 2023

Menurut makluman tersebut, jumlah kadar Bantuan Kanak-Kanak JKM akan dinaikkan seperti berikut:

  • Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM 150 (sebulan) seorang.
  • Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM 200 (sebulan) seorang.
  • Maksimum sebanyak RM1,000 sekeluarga sebulan.

 

Syarat Kelayakan Bantuan Kanak-kanak JKM

Kriteria khusus bagi membuat permohonan Bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas;
  4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

 

Dokumen Diperlukan  

Pastikan anda membawa dokumen seperti berikut semasa hadir ke pejabat iaitu:

  1. Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
  2. Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
  3. Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
  4. Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
  5. Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
  6. Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)

 

Cara Permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM 2023

Anda boleh membuat permohonan melalui 2 cara, iaitu sama ada secara manual atau online.

Di sini kami kongsikan langkahnya:

i) Cara Permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM Online

  • Pergi ke laman web rasmi JKM atau terus ke pautan ini : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
  • Sila klik pada menu Daftar Permohonan Atas Talian.
  • Di halaman seterusnya, pilih Negeri dan isikan Nombor Kad Pengenalan.
  • Tekan butang Daftar.
  • Isikan makluman lain yang berkaitan.
  • Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

 

ii) Cara Permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM Secara Manual (Pejabat JKM)

Untuk memohon secara manual, anda boleh hadir ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Senarai Pejabat JKM Negeri & Cawangannya boleh dirujuk di SINI.

 

Borang Permohonan Bantuan JKM

 

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan bantuan kanakkanak JKM, sila berhubung dengan Pejabat JKM negeri atau ibu pejabat seperti yang dipaparkan di bawah.

  • Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya
  • Telefon : 03 – 8000 8000
  • Faks : 03 – 8323 2045Emel : Maklum Balas (ISPAAA)

 

ARTIKEL LAIN

BAKUL MAKANAN JKM:CARA PERMOHONAN & NO BILIK GERAKAN JKM(Hubungi Segera)

1 thought on “BANTUAN KANAK-KANAK JKM (PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELULUSAN)”

Leave a Comment