PERMOHONAN CUTI BERSALIN KERAJAAN SWASTA (Borang)

PERMOHONAN CUTI BERSALIN KERAJAAN SWASTA (Borang)

cuti bersalin kerajaan swasta

Pekerja wanita yang bakal menjadi ibu mempunyai hak cuti bersalin tidak kira bekerja di jabatan awam mahupun syarikat swasta. Undang-undang telah mewajibkan para pekerja yang melahirkan bayi diberikan cuti mengikut tempoh tertentu yang ditetapkan.

Berapa lamakah cuti bersalin yang anda akan dapat? Sebelum ini, kerajaan telah memutuskan cuti bersalin bagi sektor kerajaan sebanyak 90 hari. Menurut belanjawan 2020 yang diumumkan pula, sektor swasta juga telah menikmati cuti bersalin sebanyak 90 hari mulai tahun 2021 ini.

 

Cuti Bersalin Sektor Kerajaan

Kerajaan Malaysia amat prihatin terhadap golongan pekerja wanita untuk mendaptkan keselesaan semasa melahorkan anak sehinggalah selesai segala urusan pantang dan memberikan tumpuan kepada bayi di awal kelahiran.

Beberapa perkara penting yang perlu diketahui  adalah seperti berikut.

  1. Pekerja sektor kerajaan diberi fleksibiliti untuk memilih sendiri tempoh cuti bersalin antara 60 ke 90 hari bagi setiap kelahiran.

Bilangan hari cuti adalah terhad kepada 360 hari sepanjang tempoh perkhidmatan. Contohnya Ibu melahirkan anak setiap dua tahun sewaktu dalam perkhidmatan, dan setiap kelahiran Ibu mengambil cuti 90 hari, ia hanya boleh di ambil untuk empat kelahiran.

90 hari (cuti bersalin setiap kelahiran) x 4 anak

= 360 hari (terhad)

  1. Bakal ibu yang telah melahirkan anak selepas 22 minggu mengandung, sama ada bayi itu hidup atau meninggal dunia, layak untuk diberi cuti bersalin memandangkan tubuh badan ibu telah mengalami perubahan fizikal dan memerlukan cuti bersalin bagi tujuan pemulihan.
  2. Secara umumnya, cuti bersalin akan bermula pada tarikh bakal ibu bersalin. Tetapi, bakal ibu boleh mula bercuti 14 hari lebih awal dari jangkaan tarikh kelahiran bayi bakal ibu.
  3. Sewaktu bakal ibu mengambil cuti bersalin yang dipohon dalam lingkungan 60 hari minimum ke 90 hari maksimum, bakal ibu akan dibayar gaji penuh.
  4.  Bagi kaum bapa, kemudahan cuti isteri bersalin diberi selama tujuh hari kepada anggota Perkhidmatan Awam lelaki sebagai cuti tanpa rekod untuk membantu urusan ketika isteri sedang bersalin. Cuti ini bermula pada tarikh isteri anggota bersalin atau pada hari berikutnya jika isteri bersalin selepas waktu pejabat. Kemudahan ini dihadkan kepada lima kali sepanjang tempoh perkhidmatan.

Permohonan boleh dibuat dengan mencetak dan mengisi borang berikut http://www.pcb.gov.my/borang/Borang%20Kemudahan%20Cuti%20Bersalin.pdf

Pekerja kerajaan menikmati cuti bersalin yang berbeza dengan pekerja sektor swasta. namun begitu, hak cuti bersalin tetap dinikmati bersama.

Artikel Lain: Permohonan KWAPM

Cuti Bersalin Sektor Swasta

Bermula tahun 2021, cuti bersalin bagi pekerja sektor swasta telah dipanjangkan dari 60 hari ke 90 hari. Majikan swasta yang enggan memberi cuti bersalin selama 90 hari kepada pekerja wanita yang bersalin boleh dikenakan tindakan.

Menurut Menteri Sumber Manusia, majikan swasta perlu mematuhi cuti bersalin selama 90 hari untuk mengikuti standard antarabangsa.

Berdasarkan Akta Kerja 1955, Bahagian 9 membincangkan tentang Perlindungan Bersalin serta syarat-syarat perlindungan bersalin. Antara perkara-perkara yang dibincangkang di dalam seksyen 37 ke 44 adalah seperti berikut.

  1. Pekerja wanita swasta berhak menerima elaun bersalin untuk tempoh yang bersesuaian dari majikannya jika wanita tersebut telah diambil bekerja dalam tempoh empat bulan sebelum cuti bersalin.
  2. Pekerja wanita swasta yang bersalin setelah mengandung selama 22 minggu layak menerima cuti bersalin berbayar seperti wanita mengandung 28 minggu.
  3. Pekerja wanita swasta yang layak mendapat elaun bersalin berhak menerima (daripada majikan) elaun bersalin dengan kadar gaji biasa untuk satu hari (untuk setiap hari tempoh cuti bersalin), atau pada kadar yang ditetapkan oleh Menteri Sumber Manusia.

Semoga perkongsian berkenaan cuti bersalin untuk pekerja sektor kerajaan dan swasta ini memberikan manfaat kepada anda semua.

Leave a Comment