SEMAKAN NO PENGENALAN CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU (TIN Hasil)

SEMAKAN NO PENGENALAN CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU (TIN Hasil)

NO CUKAI TIN HASIL

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan melaksanakan penggunaan nombor pengenalan cukai (No TIN) dan akan diberikan kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai pendapatan kena cukai dan setiap orang yang wajib mengemukakan Borang Nyata Cukai menurut Akta Cukai Pendapatan 1967. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara semakan No Pengenalan Cukai (No TIN), semoga membantu.

 

Apa Itu NO TIN?

Tax identification number (TIN) atau nombor pengenalan cukai bermula 1 Januari 2022. Semua warganegara yang layak akan menerima no tin tersebut.Penggunaan no TIN akan diwajibkan kepada pembayar cukai untuk beberapa urusan antaranya yang melibatkan transaksi di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (ACKHT 1976). Setiap TIN adalah unik dan setiap pembayar cukai akan mempunyai TIN yang berbeza.

 

Info Penting Berkenaan Nombor Pengenalan Cukai

Semua pihak yang melakukan pelupusan dan pemerolehan harta tanah atau syer syarikat harta tanah perlu mempunyai nombor TIN dalam borang nyata dan dokumen seperti yang terdapat dalam borang CKHT 1A / CKHT 1B/ CKHT 2A/ CKHT 3 atau bayaran di bawah Seksyen 21B ACKHT 1976 melalui Borang CKHT 502 oleh pemeroleh.

Sebarang surat-menyurat dan rayuan berkaitan transaksi di bawah ACKHT 1976 serta urusan penyeteman dokumen dan suratcara di bawah Akta Setem 1949 juga akan menggunakan nombor pengenalan itu.

 

Cara Permohonan Nombor Pengenalan Cukai ( NO TIN)

Bagi pembayar duti yang masih belum mempunyai nombor TIN, mereka tidak perlu bimbang kerana urusan penyeteman masih boleh diteruskan. Dalam hal ini sistem STAMPS akan membuat pendaftaran secara automatik nombor TIN mereka berdasarkan maklumat yang diisikan dalam sistem tersebut.

Bagi pembayar duti yang telah mempunyai nombor TIN tetapi tidak mengingati nombor berkenaan pula, sistem STAMPS akan memaparkan nombor TIN berkenaan selepas mereka mengisi nombor kad pengenalan atau nombor pendaftaran syarikat.

 

Pendaftaran Secara Automatik No TIN

TIN itu akan diproses secara automatik bagi pembayar cukai individu melalui maklumat Potongan Cukai Bulanan (PCB) yang dikemukakan oleh para majikan kepada LHDN.

Pendaftaran secara automatik bagi pembayar cukai syarikat yang baharu diperbadankan yang mendaftar secara dalam talian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melalui Portal MyCoID dan lermohonan pendaftaran secara dalam talian melalui e-Daftar di https://edaftar.hasil.gov.my dan permohonan secara manual di kaunter perkhidmatan percukaian dan pejabat cawangan LHDN,

 

Cara Semakan Nombor Pengenalan Cukai ( NO TIN)

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat semakan no TIN anda iaitu:

  • Layari laman web https://mytax.hasil.gov.my/
  • Login dengan butiran login tax anda. Jika tidak pernah ada akaun, klik butang daftar.
  • Selepas berjaya mendaftar, login seperti biasa, dan maklumat nombor ID Cukai anda akan dipaparkan pada bahagian atas.

 

Kenapa Perlu Membayar Cukai Pendapatan Individu

  • Cukai pendapatan individu sangat penting kerana ia merupakan salah satu sumber pendapatan utama kerajaan untuk membiayai perbelanjaan negara. Kerajaan boleh menggunakan wang cukai untuk membangunkan infrastruktur, menyediakan perkhidmatan awam yang berkualiti dan membantu golongan yang kurang bernasib baik. Oleh itu, setiap individu harus bertanggungjawab untuk mengisytiharkan pendapatan dan membayar cukai dengan betul dan tepat pada masa yang ditentukan.

 

Berapa Kadar Bayaran Cukai Pendapatan Individu

  • Sekiranya kadar cukai pendapatan individu tahun ini adalah 20% dan seseorang memperoleh pendapatan sebanyak RM50,000, cukai yang perlu dibayar adalah RM10,000. Namun, jika individu tersebut mempunyai anak yang sedang belajar dan telah membuat bayaran ansuran rumah, ia boleh mengira potongan cukai yang dibenarkan dan mengurangkan amaun cukai yang perlu dibayar.

 

ARTIKEL LAIN

Permohonan Surat Penyelesaian Cukai (SPC) LHDNM (Muat Turun)

Leave a Comment