Cara Nak Skor PAJSK (Pemarkahan SEGAK Ekstra Kokurikulum)
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum ( PAJSK ) merupakan satu sistem yang mana merekod aktiviti pelajar dari segi sukan dan kokurikulum.
Sistem ini dapat memudahkan untuk diakses oleh pihak berkepentingan kerana sistem ini adalah secara atas talian “online”.
Sistem ini juga dibuat secara online bagi memudahkan lagi para guru untuk ‘key in’ data dengan pastas dan lebih efisien berbanding dengan menggunakan kaedah manual seperti sebelum ini.
SENARAI KOMPONEN UTAMA PAJSK
Komponen dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu :
Standard Kecergasan Fizikal Kebannsaan ( SEGAK ) & BMI
Kokurikulum yang merangkumi :
- a) Kelab persatuan
- b) Unit Beruniform
- c) Sukan dan Permainan
Ekstra Kokurikulum
SEGAK & BMI
SEGAK merupakan salah satu set ujian Standard Kecergasan Fizikal untuk mengukur tahap kecergasan fizikal murid berasaskan kesihatan.
Antara komponen yang diukur di dalam segak adalah :
- Daya Tahan Kardiovaskular ( Naik Turun Bangku )
- Fleksibiliti ( Jangkauan Meluncur )
- Daya Tahan kekuatan Otot ( Rengkuk Tubi Separa )
- Daya Tahan Kekuatan Otot ( Tekan Tubi )
Selain itu, pelaksanaan Body Mass Index ( BMI ) turut dijalankan bagi merekodkan ketinggian dan berat badan individu.
Hasil dari BMI yang dijalankan, guru akan mengetahui sama ada murid tersebut kurang berat badan, berat badan normal atau terlebih berat badan.
KOKURIKULUM
Pentaksiran sukan dan kokurikulum adalah untuk mengukur aktiviti sukan dan kokurikulum murid seperti yang ditetapkan oleh KPM.
Ini bertujuan untuk membangunkan modal insan dalam usaha memupuk nilai, sahsiah serta jati diri seseorang murid.
EKSTRA KOKURIKULUM
Ekstra kokurikulum pula merujuk kepada penglibatan secara sukarela sama ada di salam sekolah mahupun di luar sekolah.
Penglibatan secara sukarela ini tidak hanya terhad di dalam negara bahkan juga di luar negara.
PAJSK SEKOLAH RENDAH
Dalam PAJSK sekolah rendah merangkumi beberapa garis panduan telah ditetapkan. Berikut adalah maklumat yang ada dalam garis panduan bagi sekolah rendah :
- Format PAJSK
- Ujian SEGAK
- Program Anjuran Agensi Luar
- Pengiraan Markah
- KOKURIKULUM :
- Aspek Pentaksiran
- Jawatan Disandang
- Peringkat Penglibatan
- Komitmen
- Khidmat Sumbangan
- Kehadiran
- Pencapaian
- Ekstra Kurikulum:
- Perkhidmatan
- Anugerah Khas
- Khidmat Masyarakat
- NILAM
Sila rujuk Garis Panduan PAJSK Sekolah Rendah Online
PAJSK Sekolah Menengah
Dalam PAJSK sekolah menengah merangkumi beberapa garis panduan telah ditetapkan. Berikut adalah maklumat yang ada dalam garis panduan bagi PAJSK sekolah menengah :
Format PAJSK
Ujian SEGAK
Program Anjuran Agensi Luar
Pengiraan Markah
KOKURIKULUM
- Aspek Pentaksiran
- Peringkat Penglibatan
- Jawatan Di sandang
- Komitmen
- Khidmat Sumbangan
- Kehadiran
- Pencapaian
Ekstra Kurikulum
- Perkhidmatan
- Anugerah Khas
- Khidmat Masyarakat
- NILAM
- TIMMS dan PISA
Sila rujuk Garis Panduan PAJSK Sekolah Menengah Online
Cara Skor Markah PAJSK
- SEGAK
Komponen Kecergasan
Antara komponen kecergasan berasaskan kesihatan iaitu;
- Komposisi badan
- Daya tahan kardiovaskular
- Daya tahan otot
- Kekuatan otot
- Kelenturan
Item Bateri Ujian
- Indeks jisim badan
- Naik turun bangku
- Tekan tubi
- Ringkuk tubi separa
- Jangkauan Melunjur
2. Aktiviti Kokurikulum
Antara aktiviti yang dijalankan adalah:
- Badan Beruniform
- Kelab dan persatuan
- Sukan dan permainan
Syarat merit 10% markah kokurikulum bagi kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Universiti Awam (UA) juga turut ditetapkan.
Bagi tujuan pentaksiran hanya dua markah tertinggi sahaja yang diambil kira daripada tiga aspek utama yang melibatkan 6 elemen.
Pentaksiran Kokurikulum di sekolah meliputi tiga aspek utama seperti berikut:
- Penglibatan (50 markah)
- Penyertaan (40 markah)
- Prestasi (20 markah)
- Ekstra Kurikulum
Ekstra kurikulum merupakan satu kegiatan sukarela yang bermanfaat pada atau di luar waktu persekolahan, ke arah pembentukan peribadi yang terpuji.
Markah yang diperoleh daripada bidang ini akan dicampurkan dengan markah tertinggi purata 2 daripada 3 aktiviti kokurikulum sama ada Kelab/Persatuan, Pasukan Badan Beruniform atau Sukan/Permainan.
Hanya markah tertinggi sahaja yang diambil daripada salah satu 4 elemen seperti berikut:
- Perkhidmatan
- Anugerah Khas
- Khidmat Masyarakat
- NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca)
CARA LOGIN PAJSK
Untuk login ke Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurilum ini bagi membuat semakan markah kokurikulum atau mengemaskini data baru anda hanya perlu Ikuti langkah-langkah dibawah :
- Pastikan anda login ke laman web yang rasmi seperti link ini = https://pajsk.moe.gov.my/index.php
- Selepas anda ke laman web pentaksiran ini sila pilih sama ada pentaksiran rendah atau menengah kemudian tekan butang mengikut yang tersenarai.
- Masukkan ID Kod sekolah dan Password
- Password untuk login kali pertama ialah 123456
KEMASKINI KEY IN MARKAH PAJSK
- Layari ke laman web PAJSK untuk login (https://pajsk.moe.gov.my/index.php)
- Pilih sama ada pentaksiran rendah atau menengah
- Tekan butang yang tersenarai mengikut yang anda mahukan untuk menyemak atau kemaskini (Bahagian / Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah / Sekolah / Semakan Markah Murid)
- Klik pada butang senarai seperti di atas, masukkan ID dan kata laluan untuk memasuki halaman
- Anda boleh buat kemaskini atau key in markah murid.
SEMAKAN MARKAH PAJSK
- Layari ke laman web PAJSK untuk login (https://pajsk.moe.gov.my/index.php)
- Pilih sama ada pentaksiran rendah atau menengah
- Tekan butang yang tersenarai mengikut yang anda mahukan untuk menyemak atau kemaskini (Bahagian / Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah / Sekolah / Semakan Markah Murid)
- Klik pada butang senarai seperti di atas, masukkan ID dan kata laluan untuk memasuki halaman
- Anda boleh buat semakan atau key in markah murid.
MAKLUMAT LANJUT & ADUAN
Sila emel ke aduan [email protected].
RUJUK SOALAN LAZIM
Bagaimanakah cara login PAJSK ?
Anda boleh ikuti langkah yang telah disediakan dalam artikel.
Apakah maksud SEGAK ?
SEGAK merupakan salah satu set Ujian Standard Kecergasan Fizikal untuk mengukur tahap kecergasan fizikal murid berasaskan kesihatan.
Apakah kelebihan Pentaksiran ?
Melalui Pentaksiran ini, pihak sekolah akan dapat lebih mengetahui dengan lebih mendalam prestasi aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum murid semasa mereka berada di sekolah rendah atau menengah.
Selain itu juga pentaksiran ini dapat memberikan gambaran dan maklumat ibu bpa mengenai prestasi anak-anak mereka.
Apakah Komponen utama dalam PASJK ?
Komponen utama dalam PSJK terbahagi kepada 3 komponen iaitu :
- Standard Kecergasan Fizikal Kebannsaan ( SEGAK ) & BMI .
- Kokurikulum yang merangkumi.
- Ekstra Kokurikulum
Artikel lain : Cara Login PAJSK