Cara Self Check In Air Asia Online (Aplikasi Super AirAsia)

Cara Self Check In Air Asia Online (Aplikasi Super AirAsia)

Check In Air Asia

Dengan teknologi dihujung jari anda kini dapat melakukan Self Check In secara online sahaja. Ini amat memudahkan urusan anda semua.

Anda tidak perlu lagi beratur panjang di lapangan terbang semata-mata untuk check in bagi mendapatkan pas penerbangan.

Apa Itu Self Check In Air Asia

Ini adalah perkhidmatan yang membolehkan anda mendaftar masuk untuk penerbangan AirAsia anda mengikut keselesaan anda sendiri melalui Airasia Super App.

AirAsia menggalakkan tetamu mendaftar masuk sendiri melalui Aplikasi Super Airasia untuk meminimumkan sentuhan fizikal dan kesesakan di lapangan terbang.

Sejak 1 April 2022, perkhidmatan daftar masuk kaunter AirAsia hanya tersedia untuk kategori tetamu yang dikecualikan sahaja di semua lapangan terbang di Malaysia.

Antara kategori yang dikecualikan ialah warga emas berumur 70 tahun ke atas, orang kurang upaya yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, penumpang muda dalam perjalanan bersendirian, tempahan berkumpulan 10 tetamu dan lebih, dan penumpang penerbangan sewa.

Penumpang yang tidak tergolong dalam mana-mana kategori ini dikehendaki mendaftar masuk melalui Aplikasi Super AirAsia sebelum tiba di lapangan terbang.

Cara CheckIn Air Asia

Check in menggunakan Air Asia Super App untuk menerima pas e-Boarding anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Klik pada tab ‘Check-In’ pada AirAsia Super App dan masukkan butiran tempahan anda untuk meneruskan.
  2. Pilih tetamu untuk mendaftar masuk dan melengkapkan langkah yang diperlukan.
  3. Selepas daftar masuk berjaya, pas e-Boarding anda akan dikeluarkan.

Anda juga akan menerima Kod QR untuk mencetak tag beg daripada kiosk tanpa sentuh AirAsia di lapangan terbang (tersedia di kebanyakan lapangan terbang).

Imbas Kod QR anda di kios untuk menjana tag bagasi anda.

Pas e-Boarding pada airasia Super App atau dalam bentuk PDF boleh diterima untuk menaiki pesawat dan tetamu tidak perlu mengemukakan pas masuk fizikal.

 Check In Air Asia

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Air Asia di pautan:

https://www.airasia.com/

Artikel lain : Cara Check In Malaysia Airlines

Leave a Comment