Senarai Contoh Panggilan Hormat Salutasi Majlis Rasmi (Orang Kenamaan)
Dalam sesuatu majlis pasti ada pelbagai jenis tamu mengikut pangkat dan kedudukan. Oleh itu, sebagai pengacara majlis, anda harus mengetahui penggilan hormat bagi seseorang tamu mengikut pangkat, darjat atau gelaran jawatan yang dijawat.
Kami menyediakan panduan ringkas berkenaan contoh panggilan hormat salutasi dalam majlis rasmi.
Apa Itu Panggilan Hormat Salutasi Majlis Rasmi
Penggunaan panggilan hormat yang betul menunjukkan ketertiban dan kesantunan dalam pengendalian majlis. Panggilan hormat juga merupakan simbol penghormatan kepada individu yang hadir dalam sesuatu majlis. Kesilapan dalam menggunakan panggilan hormat akan menimbulkan kesan negatif seperti rasa tidak selesa dan tidak dihormati.
Mengikut Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014 yang bertarikh 30 Jun 2014, “Panggilan hormat merujuk kepada sebutan sebelum namanya yang digunakan bagi menghormati individu tertentu berdasarkan kedudukan mengikut keturunan, jawatan, Anugerah Darjah Kebesaran yang diterima dan keagamaan. Panggilan hormat ini lazimnya digunakan pada surat, sampul surat, kad jemputan, teks juruacara, teks ucapan dan sebagainya.
Maklumat lanjut berkenaan protokol dalam majlis : https://iab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Book%20Protokol.pdf
Kategori Panggilan Hormat Salutasi Majlis Rasmi
Penggunaan panggilan hormat ini terbahagi kepada beberapa kategori berikut;
- Panggilan Hormat Diraja
- Panggilan Hormat untuk jawatan
- Panggilan Hormat untuk para penerima Darjah Kebesaran Persekutuan
- Panggilan Hormat untuk keturunan
- Panggilan Hormat untuk ahli agama
- Panggilan Hormat untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ahli Akademik dan Pasukan/ Badan-badan Beruniform
Contoh Panggilan Hormat Salutasi Majlis Rasmi
Penggilan hormat yang sesuai hendaklah digunakan terhadap orang-orang kenamaan sebagai tanda penghormatan kepada kedudukan mereka. Amat mustahak bagi seorang pengacara majlis mengetahui dan menggunakan panggilan hormat dan gelaran yang betul mengikut protokol dalam sesuatu majlis yang dikendalikan.
Panggilan hormat bagi Yang di-Pertuan Agong, Sultan-Sultan dan Yang DiPertua Negeri adalah seperti berikut:
- Yang di-Pertuan Agong – *DYMM Seri Paduka Baginda
- Raja Permaisuri Agong – DYMM Seri Paduka Baginda
- Raja Perlis – DYMM Tuanku
- Sultan Kedah – Ke Bawah DYMM Al-Sultan
- Sultanah Kedah – Ke Bawah DYMM Tuanku
- Sultan Selangor – DYMM Sultan
- Tengku Ampuan Selangor – DYMM Tengku Ampuan
- Yang Dipertuan Besar – DYMM Tuanku Negeri Sembilan
- Tunku Ampuan – DYMM Tuanku Negeri Sembilan
- Sultan Pahang – Ke Bawah DYMM Sultan
- Sultanah Pahang – DYMM Sultanah
- Sultan Terengganu – DYMM Sultan
- Tengku Ampuan Besar – DYMM Tengku Ampuan Terengganu
- Al-Sultan Kelantan – Ke Bawah DYMM Tuanku
- Raja Perempuan Kelantan – DYMM Tengku
- Sultan Johor – DYMM Baginda Sultan
- Sultanah Johor – DYMM Baginda Sultanah
- Paduka Seri Sultan Perak – DYMM Paduka SeriSultan
- Raja Permaisuri Perak – DYMM Raja Permaisuri Darul Ridzuan
- Yang DiPertua Negeri Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang – Tuan Yang Terutama
- Isteri Yang DiPertua Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang – Yang Amat Berbahagia
*DYMM = Duli Yang Maha Mulia
Contoh Panggilan Hormat Salutasi Majlis Rasmi Bagi VIP
- Perdana Menteri – Yang Amat Berhormat
- Isteri Perdana Menteri – Yang Amat Berbahagia
- Timbalan Perdana Menteri – Yang Amat Berhormat
- Isteri Timbalan Perdana Menteri – Yang Amat Berbahagia
- Menteri Besar/Ketua Menteri – Yang Amat Berhormat
- Isteri Menteri Besar/Ketua Menteri – Yang Amat Berbahagia
- Menteri, Timbalan Menteri – Yang Berhormat
- Isteri Menteri dan Timbalan – Yang Berbahagia
- Tun/isteri – Yang Amat Berbahagia
- Tan Sri/isteri – Yang Berbahagia
- Datuk selain negeri Johor – Yang Berbahagia
- Dato’ dari negeri Johor – Yang Berhormat
- Raja/Tengku – Yang Mulia
- Isteri Raja/Tengku – Yang Berbahagia
- Panglima Angkatan Tentera/isteri – Yang Berbahagia
- Ketua Polis Negara/isteri Yang Berbahagia
- Ketua Hakim Negara – Yang Amat Arif
- Isteri Ketua Hakim Negara – Yang Amat Berbahagia
- Hakim Besar – Yang Arif
- Isteri Hakim Besar – Yang Berbahagia
- Hakim Mahkamah Agong/Tinggi – Yang Arif
- Isteri Hakim Mahkamah Agong/Tinggi – Yang Berbahagia
- Peguam Negara/isteri – Yang Berbahagia
- Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam/isteri – Yang Berbahagia
- Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketu- Ketua Jabatan Peringkat Persekutuan/ isteri – Yang Berbahagia
- Ketua-Ketua Jabatan Negeri – Yang Berusaha
Artikel Lain : Koleksi Pantun Pengacara Majlis