Cara Isi Pelaporan & Contoh Aktiviti HIP Online (Highly Immersive Programme)

Cara Isi Pelaporan & Contoh Aktiviti HIP Online (Highly Immersive Programme)

Pelaporan Aktiviti HIP

Seluruh sekolah di Malaysia telah melaksanaan HIP (Highly Immersive Progrmame. Pelbagai aktiviti dibuat dalam program tersebut.

English Language Teaching Center (ELTC) Kementerian Pendidikan Malaysia kini berkehendakan laporan pelaksanaannya secara atas talian. Laporan tersebut lebih kepada pengisian instrumen penilaian kendidiri ke dalam pamplet pelaporan atas talian (online reporting template) yang disediakan di pautan.

Kami akan memberikan panduan ringkas berkenaan pelaporan aktiviti HIP tersebut.

 

Apa HIP (Highly Immersive Programme)

HIP dilaksanakan bertujuan mendedahkan murid kepada penggunaan Bahasa Inggeris yang lebih meluas dengan mewujudkan persekitaran Highly Immersive Bahasa Inggeris di sekolah.

Persekitaran tersebut diwujudkan melalui penglibatan murid yang lebih aktif dalam aktiviti Bahasa Inggeris serta penglibatan menyeluruh semua sekolah termasuk ibu bapa dan komuniti dalam pelaksanaan aktiviti Bahasa Inggeris di sekolah.

 

Cara Buat Pelaporan Aktiviti HIP

Anda boleh buka website ini untuk membuat pelaporan aktiviti HIP

http://hip.padu.edu.my/

Pelaporan Aktiviti HIP

LANGKAH 1

http://hip.padu.edu.my/

LANGKAH 2

Pelaporan Aktiviti HIP

LANGKAH 3

Pelaporan Aktiviti HIP

LANGKAH 4

Pelaporan Aktiviti HIP

LANGKAH 5

H6

LANGKAH 6

H7

LANGKAH 7

H8

 

 

Contoh Aktiviti HIP (Highly Immersive Programme)

 

Bulletin Board

Papan Buletin merupakan papan yang disediakan bertujuan untuk mempamerkan projek,

item-item berita, hasil penulisan/kreatif pelajar, peribahasa, pepatah, item-item berbentuk

perkataan dan sebagainya. Susun atur papan adalah penting. Guru-guru perlu memberi

perhatian kepada penggunaan tajuk, kapsyen, bahan illustrasi, penggunaan warna dan

sebagainya. Bahan-bahan yang dipamerkan perlu kerap dituka. Jawatankuasa khas perlu

ditugaskan untuk merancang pengendalian papan buletin ini. Pelajar-pelajar pula perlu

didorong untuk menyumbang idea dan bahan-bahan.

• Choral Reading

“Choral Reading” adalah satu aktiviti di mana sesuatu bahan atau teks dipilih dan dibaca

oleh pelajar secara kumpulan dengan penuh perasaan. Dalam persembahan “Choral

Reading” pelajar-pelajar perlu memikirkan tentang makna teks, irama dan bunyi setiap

baris atau ayat. Mereka juga perlu mengenal pasti tempat-tempat berhenti seketika dan

perkataanperkataan yang perlu diberi penekanan. “Choral Reading” membantu pelajar

mempelajari proses sebutan secara tepat dan mempelbagaikan nada suara, tempo dan

kualiti suara yang baik untuk tujuan kesan khas.

• Jazz Chants

“Jazz Chants” melibatkan teks atau rangkap yang dilafaz atau dideklamasikan mengikut

rentak atau irama tertentu. Rangkap ini boleh didendangkan secara perseorangan atau

dalam kumpulan. Selalunya, teks dilafazkan dalam pelbagai rentak dan nada bersesuaian

dengan maksud rangkap berkenaan.

• Poetry Recital

 Aktiviti deklamasi sajak boleh dipersembahkan oleh pelajar secara individu atau

berkumpulan semasa perhimpunan mingguan atau masa-masa lain dianggap sesuai.

Pelajar dibenarkan memilih jenis sajak yang ingin dideklamasikan. Contohnya, sajak

berlirik, naratif atau satira. Pertandingan mendeklamasikan sajak juga boleh dianjurkan

dan markah boleh diberikan berdasarkan sebutan, kaedah pengucapan dan penyataan,

gaya dan lain-lain.

• Story-telling

 Aktiviti bercerita lazimnya dilakukan secara individu. Pelajar dibenarkan untuk memilih

kisahkisah benar atau yang berunsur khayalan. Dalam menganjurkan pertandingan

bercerita, pihak penganjur perlu menetapkan kadar masa, contohnya 10-15 minit dan

peserta juga perlu diberitahu bahawa mereka akan dinilai dari segi penyampaian,

sebutan, kaedah pengucapan dan penyataan, gaya dan lain-lain

 

Aktiviti Drama dan Sketsa

Drama dan sketsa merupakan aktiviti yang menarik minat dan mendapat sambutan baik

daripada pelajar. Pertandingan drama dan sketsa antara kelas/tingkatan adalah

digalakkan.

Syarat-syarat pertandingan boleh ditentukan oleh setiap sekolah mengikut tahap dan

kebolehan pelajar. Aktiviti drama atau sketsa ini akan memberi peluang kepada pelajar

untuk melLiahkan perasaan serta memperkembangkan kreativiti mereka. Aktiviti ini juga

akan memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan lebih luas dalam

Bahasa Inggeris untuk tujuan hiburan dan pendidikan.

• Daily News Recap

Masa yang sesuai seperti masa rehat perlu dikhaskan untuk memberi peluang kepada

pelajar mengimbas semula berita-berita penting yang dilaporkan dalam Bahasa Inggeris

sama ada dalam suratkhabar atau media-media lain.

• Assembly Presentations

 Aktiviti ini melibatkan peruntukan masa yang khusus dalam perhimpunan mingguan bagi

persembahan-persembahan dalam Bahasa Inggeris. Persembahan ini boleh diadakan

dalam pelbagai bentuk seperti persembahan “jazz chants”, deklamasi sajak dan bercerita.

Persembahan ini boleh dilakukan secara bergilir-gilir oleh pelajar secara individu dan

berkumpulan.

Air waves

Beberapa minit setiap hari perlu diperuntukkan supaya pengumuman dan laporan

mengikut tajuk-tajuk tertentu dapat disiarkan dalam Bahasa Inggeris melalui sistem siar

raya.

• English Day/Week

Pihak sekolah perlu mengisytiharkan satu hari dalam seminggu sebagai Hari Bahasa

Inggeris. Pada hari tersebut semua pelajar, guru dan staf sokongan akan berinterasi

dalam Bahasa Inggeris. Secara tidak langsung, penglibatan guru-guru dan staf sokongan

akan memberikan pelajar impetus untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam aktiviti-

aktiviti harian mereka. Pihak sekolah juga boleh menganjurkan Mingguan Bahasa

Inggeris sebulan sekali atau dua bulan sekali.

• Spelling Bee

“Spelling Bee” merupakan gelaran yang diberi kepada seseorang pelajar yang pakar

dalam ejaan. Untuk mengenal pasti individu ini pertandingan ejaan akan diadakan di

mana pelajar perlu mengeja senarai perkataan yang ditetapkan. Pemenang ialah pelajar

yang dapat mengeja semua perkataan yang diberi dengan tepat.

• DEAR (Drop Everything and Read) Project

Ini adalah satu projek bacaan luas. Peruntukan masa selama 20 minit atau 30 minit

dalam seminggu diadakan untuk memberi peluang kepada pelajar, guru dan kakitangan

sekolah membaca bahan dalam Bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar boleh membawa bahan

bacaan sendiri atau meminjamnya daripada perpustakaan sekolah

 

Artikel Lain : Cara login Nilam

Leave a Comment