PERMOHONAN PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA (Semak Bila Terima)
Berita gembira buat para para pelajar dan mahasiswa, kini Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) membuat keputusan membuka sekali lagi permohonan Peranti Siswa Keluarga Malaysia.
Mahasiswa boleh membuat permohonan untuk mendapatkan peranti tersebut untuk kegunaan pembelajaran.
Kami akan membantu anda untuk membuat permohonan dan semakan tarikh terima peranti dengan mudah dan pantas.
APA ITU PERMOHONAN PERANTISISWA FASA DUA
Inisiatif Peranti Siswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif untuk menyediakan peranti kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 bagi memastikan proses pengajian para mahasiswa terus terpelihara.
TARIKH PERMOHONAN PERANTISISWA FASA DUA
Permohonan Peranti Siswa mula dibuka pada 1 Ogos hingga 30 September 2022
TARIKH SEMAKAN TERIMA PERANTISISWA
*Fasa pertama penyampaian peranti bagi Program Perantisiswa akan dilaksanakan mulai Ogos 2022.
Pihak IPT akan diberi taklimat lanjut oleh K-KOMM dan KPT untuk kelancaran pelaksanaan inisiatif ini
SYARAT KELAYAKAN PERANTI SISWA
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan bag permohonan inisiatif ini:
- Mahasiswa warganegara Malaysia
- Kelompok keluarga B40 (purata bulanan pendapatan isi rumah di bawah RM4,850)
- Menuntut di peringkat pengajian Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda daripada:
- Universiti Awam (UA)
- Politeknik
- Kolej Komuniti
- Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di bawah KPT.
- Mahasiswa yang bukan dari kelompok keluarga B40 yang terkesan akibat banjir, kebakaran atau apa-apa sebab lain yang munasabah, boleh memohon dalam tempoh permohonan rayuan yang akan ditetapkan kelak oleh Pentadbir Program.
JENIS PERANTI YANG DIBEKALKAN PERANTI SISWA
Peranti yang dibekalkan adalah sebuah tablet dengan spesifikasi minimum seperti berikut:
- Skrin 10.1” Paparan FHD, 1280×800
- Android OS 10 dan ke atas
- 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)
- Minimum RAM 4GB
- Minimum storan 64GB
- Slot SD Micro sehingga 256GB
- Kamera hadapan minimum 2MP
- Kamera belakang minimum 5MP
- Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headset
- Bluetooth 4.1 dan ke atas
- WiFi 2.4GHz & 5Ghz
- Bateri minimum 4500 mAh
- Pengecas USB disertakan
- Papan kekunci bluetooth disertakan
- Pen stylus disertakan.
CARA PERMOHONAN PERANTISISWA
- Permohonan boleh dibuat menerusi laman web rasmi di https://perantisiswa.kkmm.gov.my mulai 15 April 2022, pukul 8.00 pagi.
- Anda boleh merujuk Manual Pengguna Peranti siswa https://perantisiswa.kkmm.gov.my/manualsistem/ManualPenggunaPerantisiswa.pdf
NOTA: Peranti akan diberikan secara Konsep Guna Pakai (KGP) kepada mahasiswa dan perlu diserahkan semula setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditentukan oleh Pentadbir Program.
CARA SEMAKAN STATUS PERANTISISWA
Pemakluman keputusan akan dibuat melalui e-mel kepada pemohon yang berjaya.
TARIKH PENERIMAAN INISIATIF PERANTI SISWA
Peranti Siswa dijangka mula diagihkan kepada mahasiswa seawal bulan Jun 2022.
Soalan Lazim
Adakah Tablet diberi terus kepada semua penerima Inisiatif PerantiSiswa?
Inisiatif PerantiSiswa diberikan secara Konsep Guna Pakai (KGP) di mana mahasiswa perlu menyerahkan semula peranti itu setelah tamat pengajian
Terdapat cadangan supaya ia diberi terus kepada mahasiswa yang mendapat keputusan cemerlang.
Apakah jenama tablet Inisiatif PerantiSiswa?
kerajaan akan menawarkan tablet berjenama Samsung, iaitu Galaxy Tab A8 dibawah program ini
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif Peranti siswa, anda boleh merujuk soalan lazim di pautan ini: https://perantisiswa.kkmm.gov.my/faq.php
ARTIKEL LAIN
PERMOHONAN LAPTOP TABLET PERCUMA PELAJAR IPT B40 (PerantiSiswa)
Saya ingin memohon bantuan daripada kerajaan tablet ataupun komputer untuk memudahkan anak saya belajar untuk masa depan
Permohonan tablet untuk memudahkan Saya belajar
Saya ingin memohon laptop percuma utk ank saya yg akan melanjut kn pengajian ke OUM…saya amat berharap kerana ank sya tidak mempunyai kemudahn laptop utk belajar…
Ingin meminta ipad or laptop untuk kemudahan belajar
Permohonan tablet untuk memudahkan Saya belajar
saya seorang M 40
Ingin meminta ipad or laptop untuk kemudahan belajar untuk anak saya.Terima kasih.
saya seorang M 40
Ingin meminta ipad or laptop untuk kemudahan belajar untuk anak saya
saya ingin memohon untuk anak saya laptop untuk kegunaannya anak saya yang sedang belajar di politeknik
ADAKAH PELAJAR DI IPTS DI PERINGKAT ASASI (FOUNDATION) LAYAK MENERIMA TABLET?
saya ingin memohon untuk membuka lagi permohonan peranti siswa untuk memohon
Saya inigin memohon agar permohonan peranti siswa dibuka sekali lagi.
Boleh tak buat untuk fasa 3 bagi permohonan peranti siswa?
Macamana cara untuk memohon peranti siswa,adakah masih ada peluang lagi…
Mohon pemohonan dibuka semula
Anak saya di UM. Keluarga B40. Mohon peranti siswa fasa 2. Status permohonan mulanya LULUS, tetapi selepas 2 minggu status bertukar GAGAL dan perlu membuat rayuan. Kenapa ye
If you see this , i hope you can help get one laptop for my studies . I hope you feel what i felt when everyone did their assigment with laptop but i cant . thankyou 🙂
Balas
Mohon permohonan tablet dibuka semula untuk fasa ke-3 terima kasih
Saya mahu permohonan untuk fasa 3 dapat saya terima