PERMOHONAN LAPTOP TABLET PERCUMA PELAJAR IPT B40 (Tarikh Terima PerantiSiswa)

PERMOHONAN LAPTOP TABLET PERCUMA PELAJAR IPT B40 (Tarikh Terima PerantiSiswa)

 

 laptop tablet percuma

Perhatian kepada mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) bagi khusus bagi pelajar daripada golongan B40 yang berkelayakan boleh membuat permohonan Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia.

Kini Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) membuat keputusan membuka sekali lagi permohonan Peranti Siswa Keluarga Malaysia bagi fasa dua.

Mahasiswa boleh membuat permohonan untuk mendapatkan laptop atau tablet secara percuma untuk kegunaan pembelajaran.

Kami akan membantu anda untuk membuat permohonan dan semakan tarikh terima peranti dengan mudah dan pantas.

APA ITU PAKEJ PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA FASA DUA

Pakej ini adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).

Tawaran ini membantu Pelajar IPT menjalankan aktiviti pembelajaran dalam talian, melayari internet bagi tujuan penyelidikan dan penghantaran mesej kepada keluarga dan rakan-rakan.

TARIKH PERMOHONAN PERANTISISWA FASA DUA

Permohonan Peranti Siswa mula dibuka pada 1 Ogos hingga 30 September 2022

TARIKH TERIMA PERANTISISWA FASA DUA

*Fasa pertama penyampaian peranti bagi Program Perantisiswa akan dilaksanakan mulai Ogos 2022.

Pihak IPT akan diberi taklimat lanjut oleh K-KOMM dan KPT untuk kelancaran pelaksanaan inisiatif ini

SYARIKAT TELEKOMUNIKASI YANG TERLIBAT

Pada masa ini, syarikat telekomunikasi yang terlibat adalah:

  • Celcom Axiata Berhad (Celcom)
  • Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi)
  • Maxis Berhad (Maxis), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile)
  • Telekom Malaysia Berhad (TM)
  • YTL Communications Sdn Bhd (YES).

 

SYARAT KELAYAKAN PAKEJ PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan:

  1. Mereka yang layak untuk mendapat bantuan tablet ini adalah dari kalangan Pelajar IPT yang berada dalam kelompok keluarga B40 iaitu keluarga yang mempunyai purata bulanan pendapatan seisi rumah di bawah RM4,850.
  2. Inisiatif ini akan melibatkan semua mahasiswa dalam kelompok keluarga B40 yang belajar di peringkat pengajian Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di bawah KPT.
  3. Pelajar yang tidak miskin tetapi terjejas akibat bencana.

 

TARIKH PERMOHONAN PAKEJ PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA

  • Permohonan Peranti Siswa mula dibuka pada 15 April 2022 mulai jam 8 pagi.

 

KADAR HARGA PAKEJ PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA

  • Harga bagi peranti ini adalah RM800 setiap tablet.

SYARAT KELAYAKAN PERANTI SISWA

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan bag permohonan inisiatif ini:

  1. Mahasiswa warganegara Malaysia
  2. Kelompok keluarga B40 (purata bulanan pendapatan isi rumah di bawah RM4,850)
  3. Menuntut di peringkat pengajian Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda daripada:
    1. Universiti Awam (UA)
    2. Politeknik
    3. Kolej Komuniti
    4. Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di bawah KPT.
  4. Mahasiswa yang bukan dari kelompok keluarga B40 yang terkesan akibat banjir, kebakaran atau apa-apa sebab lain yang munasabah, boleh memohon dalam tempoh permohonan rayuan yang akan ditetapkan kelak oleh Pentadbir Program.

 

JENIS PERANTI YANG DIBEKALKAN PERANTI SISWA

Peranti yang dibekalkan adalah sebuah tablet dengan spesifikasi minimum seperti berikut:

  • Skrin 10.1” Paparan FHD, 1280×800
  • Android OS 10 dan ke atas
  • 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)
  • Minimum RAM 4GB
  • Minimum storan 64GB
  • Slot SD Micro sehingga 256GB
  • Kamera hadapan minimum 2MP
  • Kamera belakang minimum 5MP
  • Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headset
  • Bluetooth 4.1 dan ke atas
  • WiFi 2.4GHz & 5Ghz
  • Bateri minimum 4500 mAh
  • Pengecas USB disertakan
  • Papan kekunci bluetooth disertakan
  • Pen stylus disertakan.

 

CARA PERMOHONAN PERANTISISWA

  • Permohonan boleh dibuat menerusi laman web rasmi di https://perantisiswa.kkmm.gov.my mulai 15 April 2022, pukul 8.00 pagi.
  • Anda boleh merujuk Manual Pengguna Peranti siswa https://perantisiswa.kkmm.gov.my/manualsistem/ManualPenggunaPerantisiswa.pdf

NOTA: Peranti akan diberikan secara Konsep Guna Pakai (KGP) kepada mahasiswa dan perlu diserahkan semula setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditentukan oleh Pentadbir Program.

Soalan Lazim

Adakah Tablet diberi terus kepada semua penerima Inisiatif PerantiSiswa?

Inisiatif PerantiSiswa diberikan secara Konsep Guna Pakai (KGP) di mana mahasiswa perlu menyerahkan semula peranti itu setelah tamat pengajian

Terdapat cadangan supaya ia diberi terus kepada mahasiswa yang mendapat keputusan cemerlang.

Apakah jenama tablet Inisiatif PerantiSiswa?

kerajaan akan menawarkan tablet berjenama Samsung, iaitu Galaxy Tab A8 dibawah program ini

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif Peranti siswa, anda boleh merujuk soalan lazim di pautan ini: https://perantisiswa.kkmm.gov.my/faq.php

atau  melayari website rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia di pautan https://www.kkmm.gov.my/

Semoga perkongsian berkenaan laptop dan tablet percuma ini memberikan manfaat kepada anda semua.

Artikel Lain : Semakan Kelayakan Peranti B40

22 thoughts on “PERMOHONAN LAPTOP TABLET PERCUMA PELAJAR IPT B40 (Tarikh Terima PerantiSiswa)”

  1. If you see this , i hope you can help get one laptop for my studies . I hope you feel what i felt when everyone did their assigment with laptop but i cant . thankyou 🙂

    Balas
  2. saya perlukan laptop untuk buat assignment. saya dari keluarga b40 jadi tak mampu nak beli saya harap dapat laptop secara percuma dari kerajaan. terima kasih😊

    Balas
  3. Saya perlu laptop untuk buat assignment sekolah .saya dari b40 keluarga jadi tak mampu nak beli
    Saya harap dapat laptop secara percuma dari kerajaan ….sekian terima kasih

    Balas
  4. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
    Saya nak minta bantuan untuk laptop, keluarga saya tak mampu nak belikan saya satu laptop. Saya sukar nak buat assignment sebab takde laptop. Saya terpaksa pinjam atau pergi ke cyber cafe untuk buat assignment. Saya harap sangat pihak kerajaan dapat bantu saya dengan berikan satu laptop untuk saya belajar. Sekian sahaja daripada saya. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah saya hargai.

    Balas
  5. saya memerlukan laptop tu untuk menyelesaikan kerja sekolah saya. saya ingin membeli laptop tetapi keluarga saya tidak berkemampuan kerana ibu hanya Suri rumah Dan ayah bekerja sebagai pemandu Lori pendapatan ayah saya hanya rm1200 sebulan untuk menampung 6 orang anaknya

    Balas
    • im under b40 as well and i obviously cant afford to buy a laptop since im still a student and i dont want to trouble my family into buying one for me cuz theyre badly afftected by the pandemic and theyre not doing well rn and they have to take care of my 3 others siblings who are still in school.. my older brother is already in university but he got scholarship so ig hes doing fine but i am not so pls help me ;-;

      Balas
  6. Saya pelajar Di Kolej Komuniti. Saya dari keluarga golongan B40
    Saya amat perlukan laptop dari bantuan laptop PERCUMA yang kerajaan sediakan untuk pelajar di IPT seperti saya

    Balas
  7. selama saya study..saya tak pernah ada laptop.. berbekalkan talifon pintar sahaja..kalau assignment yang memerlukan laptop, semuanya pinjam kawan kawan, itupun kalau mereka bagi.

    Balas

Leave a Comment