PISMP 2022: Permohonan Fasa 2 Lulusan SPM 2019, 2020 dan 2021

PISMP 2022: Permohonan Fasa 2 Lulusan SPM 2019, 2020 dan 2021

PISMP

 

Permohonan PISMP 2022 ini adalah untuk melahirkan guru siswazah sekolah rendah yang terlatih, dinamik, berwibawa dan kompeten dalam melaksanakan tugas-tugas mereka sebagai pendidik dan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

Permohonan PISMP Fasa 2 2022 kini dibuka untuk calon yang belum memohon pada Fasa 1 yang lepas.

PISMP

Tarikh Permohonan PISMP Fasa 2 (2022)

TARIKH PERMOHONAN DIBUKA : 1 JUN 2022

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 10 JUN 2022

UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (e-UKCG) FASA 2

Bagi calon yang memohon PISMP FASA 2 dan yang belum menduduki e-UKCG FASA 1 ialah pada 13 Jun 2022.

Cara Permohonan

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : SINI mulai 1 JUN 2022.

Calon yang terpilih diwajibkan menduduki dan LULUS / PERAKU Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG)temu duga secara dalam talian dan diwajibkan menyediakan rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF) dan menghantar link/ url menerusi portal PISMP.

Pengenalan PISMP

Program ini dikhususkan untuk melatih guru dalam pelbagai bidang bagi memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan guru sekolah rendah yang berijazah.

Program pengajian yang ditawarkan adalah bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan meyediakan pengalaman bagi membolehkan bakal guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang berkaitan dengan profesion perguruan.

Program ini ditawarkan di kampus-kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.

Tarikh Permohonan PISMP 2022

TARIKH PERMOHONAN DIBUKA : 15 MAC 2022

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 15 APRIL 2022 (11:59 MALAM)

Cara Membuat Permohonan PISMP 2022

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di SINI mulai 15 Mac 2022.

Calon yang terpilih diwajibkan menduduki dan LULUS / PERAKU Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG)temu duga secara dalam talian dan diwajibkan menyediakan rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF) dan menghantar link/ url menerusi portal PISMP.

 

Prosedur Permohonan Kemasukan IPGM 2022

Sila rujuk proses saringan pengambilan calon guru IPGM dalam penerangan dan infografik di bawah:

e-UKCG

  • e-UKCG terdiri daripada Bahagian A (120 soalan) dan Bahagian B (60 soalan). Calon MESTI menjawab dalam tempoh 45 minit secara dalam talian iaitu 30 minit untuk Bahagian A dan 15 minit untuk Bahagian B.
  • Calon hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja dalam jangka masa yang ditetapkan.
  • Sekiranya calon tidak menduduki e-UKCG secara dalam talian pada masa yang ditetapkan, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.

TEMU DUGA

  • Hanya calon yang lulus UKCG sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga.
  • Temu duga akan dilaksanakan secara bersemuka dalam talian menerusi pelantar google meet mengikut tarikh dan sesi temu duga yang ditetapkan.
  • Setiap calon yang layak akan ditemu duga secara individu dalam kumpulan yang tidak melebihi 7 orang.
  • Satu garis panduan lengkap temu duga akan disediakan kepada calon yang layak sebagai persediaan sebelum menghadiri sesi temu duga.
  • Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak bertanggungjawab untuk menanggung sebarang kos, kerugian dan kecederaan semasa temu duga ini dilaksanakan.

UKF

  • Calon perlu menyediakan rakaman VKF mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Sila baca dengan teliti arahan dan garis panduan yang diberi.
  • Rakaman VKF hendaklah dibuat dalam tetapan ‘Unlisted’ sahaja untuk dibuka dan dinilai oleh panel penilai. Adalah diingatkan bahawa risiko ketidakpatuhan kepada perkara ini adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri.
  • Hantar link/ URL VKF ke portal PISMP setelah butang setuju terima dilaksanakan.
  • Sekiranya calon tidak menghantar VKF, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.
  • Penyediaan VKF hanya akan dilakukan pada calon yang lulus e-UKCG.

PEMILIHAN

  • Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan adalah bergantung kepada keputusan e-UKCG, perakuan panel Temu Duga dan penilai VKF ,skor merit dan kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM
  • Semua keputusan adalah muktamad.

PENAWARAN

Penawaran bidang pengkhususan dan tempat pengajian adalah muktamad sebarang rayuan tidak dipertimbangkan.

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

  • Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi yang ditetapkan adalah tertakluk kepada Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh KPM.
  • Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah di bawah seliaan KPM termasuk di kawasan pedalaman setelah tamat pengajian.

Syarat Permohonan PISMP 2022

Syarat permohonan Permohonan PISMP adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahunpada 30 Jun dalam tahun permohonan dibuat.
  • Sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mendapat gred CEMERLANGdalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Mendapat sekurang-kurangnya gred KEPUJIANdalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
  • Lulus Bahasa Inggeris.
  • Memenuhi syarat bidang pengkhususan.
  • Calon mestilah LULUS Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) yang dijalankan selama dua belas (12) bulan/ dua (2) semester dan akan diberikan Sijil Tamat PPISMP serta DITAWARKAN mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)  selama empat (4) tahun/ lapan (8) semester di IPG.Program PPISMP dan PISMP dijalankan menggunakan Mod Sepenuh Masa.

Bidang Pengkhususan Ditawarkan

Antara bidang pengkhususan yang ditawarkan kepada Permohonan PISMP seperti berikut:

Sekolah Kebangsaan/ Sekolah Jenis Kebangsaan Cina/ Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

  • Bahasa Melayu
  • Pendidikan Jasmani
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Islam
  • Bahasa Arab
  • Pendidikan Seni Visual
  • Bahasa Cina
  • Pendidikan Muzik
  • Bahasa Tamil
  • Pendidikan Muzik
  • Bahasa Iban
  • Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Bahasa Kadazandusun
  • Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Sains
  • Reka Bentuk Teknologi
  • Sejarah

Tarikh Penting Carta Alir Ke IPGM

PISMP

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk makalumat lanjut dan pertanyaan tentang Permohonan PISMP 2021 layari https://www.moe.gov.my/ atau hubungi

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

KOMPLEKS E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,

62590 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

TEL: 03-8846000

Atau email maklumbalas anda ke alamat emel di bawah:

[email protected]

Artikel Lain : Semakan Penempatan Guru One Off 2022

Leave a Comment