CARA PENDAFTARAN TAHUN 1 IDME SESI 2024/2025 (Ibubapa)

CARA PENDAFTARAN TAHUN 1 IDME SESI 2024/2025 (Ibubapa)

PENDAFTARAN IDME IBUBAPA

Kepada ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak tahun 1 sesi 2025/2025, boleh daftar di IDME dan isi maklumat anak terlebih dahulu. Sekiranya permohonan kemasukan dtahun 1 dibuka baru mengisi  permohanan pendaftaran secara online. Disini kami akan kongsikan cara untun membuat pendaftaran IDME bagi ibubapa untuk mengisi maklumat anak, semoga membantu.

 

SYARAT PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 2024/2025

Berikut adalah merupakan syarat pendaftaran yang telah ditetapkan:

  1. Kana-kanak Warganegara Malaysia sahaja
  2. Kanak-kanak yang lahir pada pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018 sahaja

 

TEMPOH PERMOHONAN PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 2024/2025

Pendaftaran kemasukan kanak-kanak ke Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 akan dibuka mulai 1 Mei 2023 hingga 30 Jun 2023.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen seperti berikut untuk melancarkan rurusan permohonan pendaftaran:

  • Buku Rekod Kesihatan murid (tarikh imunisasi/suntikan)
  • Sijil Lahir murid
  • Borang permohonan Tahun 1 (yang dicetak selepas mengisi maklumat secara online)
  • Kad pengenalan ibu bapa / penjaga murid
  • Sijil nikah/Sijil Daftar Kahwin
  • Sijil Cerai dan sijil hak jagaan anak (jika berkenaan)
  • Bil Utiliti : SYABAS/TNB/ASTRO/TELEFON (Sebagai bukti alamat tempat tinggal)

 

CARA PENDAFTARAN IDME  MURID TAHUN 1 (IbuBapa)

Kepada ibubapa yang ingin membuat pendaftaran maklumat anak ke tahun 1 dalam IDME, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan portal idMe : https://idme.moe.gov.my/login
  2. Sebagai pengguna kali pertama, klik pada Pengguna Baru
  3. Isikan dengan lengkap segala maklumat yang diperlukan
  4. Semak kembali maklumat yang anda isikan, pada ruangan Pengesahan Kod, masukkan kod yang tertera dan klik pada Daftar
  5. Setelah anda berjaya daftar, log masuk kembali ke akaun anda untuk teruskan proses pendaftaran
  6. Pada menu utama klik pada Dashboard > Pengursan Awam
  7. Tekan pengurusan profil, pilih maklumat anak jagaan
  8. Tekan tambah anak. Tekan kotak biru (klik untuk terperinci) Isi semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  9. Pada ruangan maklumat vaksin, isikan maklumat vaksin yang telah diambil
  10. Setelah lengkap klik pada Simpan

 

TARIKH SEMAKAN PENEMPATAN MURID TAHUN 1 SESI 2024/2025

Ibu bapa yang telah membuar pendaftaran anak ke tahun 1 boleh membuat semakan penempatan mulai pada 1 Ogos 2023.

PENGESAHAN PENEMPATAN boleh dibuat oleh ibu bapa dengan hadir ke sekolah atau dalam talian di pautan  https://public.moe.gov.my/

 

TARIKH RAYUAN PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2024/2025

Kepada ibu bapa yang ingin membuat rayuan, boleh dibuat mulai 1 Ogos 2023 hingga 31 Ogos 2023.

Nota: Keputusan Rayuan boleh disemak pada  1 Oktober 2023. Rayuan hanya boleh dibuat melalui sistem sahaja dibuat secara online dan keputusan juga melalui sistem.

 

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau permasalahan berkaitan pendaftaran murid Tahun 1 IDME, anda boleh menghubungi nombor telefon dan e-mel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan layari protal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment