Cara Daftar Permohonan kemasukan Ke Tahun 1
Murid warganegara dan bukan warganegara yang layak, yang genap berumur enam tahun pada tahun semasa persekolahan layak memohon ke Tahun 1. Kepada ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak akan bersekolah Tahun 1 pada sesi 2025/2026, anda boleh membuat pendaftaran dan permohonan penempatan bagi sekolah yang dipilih sesi tahun hadapan secara online. Kami akan membantu anda dengan berkongsi cara daftar tahun 1 yang mudah dan ringkas.
Kelayakan Pendaftaran Tahun 1
Berikut adalah kelayakan untuk daftar tahun 1 :
- Kanak-kanak warganegara Malaysia
- Kanak-kanak yang lahir dari 2 Januari 2018 – 1 Januari 2019
Tarikh Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2025
Pendaftaran kemasukan kanak-kanak ke Tahun 1 sesi 2025/2026 boleh dibuat bermula pada 2 Mei 2024 sehingga tarikh tutup permohonan iaitu pada 30 Jun 2024
Cara Pendaftaran Tahun 1
Kepada ibu bapa boleh membuat pendaftaran secara online menerusi Modul pengurusan Awam, Sistem Berseadu KPM (MOEIS) seperti berikut:
- Layari pautan idMe
- Pada paparan utama Klik pada Pengguna Baru > Daftar Pengguna > Daftar
- Isikan maklumat pendaftaran yang diperlukan pada ruangan tersedia.
- Setelah berjaya, log masuk kembali ke akaun anda
- Seterusnya klik pada Tahun 1 > Permohonan Baharu
- Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan seperti berikut:
- Maklumat murid
- Maklumat kesihatan
- Maklumat penjaga
- Setelah selesai, klik pada Simpan dan Seterusnya
- Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
- Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
- Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
- Status permohonan murid akan dipaparkan.
- Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.
Dokumen Yang Diperlukan
- Buku Rekod Kesihatan murid (tarikh imunisasi/suntikan)
- Sijil Lahir murid
- Borang permohonan Tahun 1 (yang dicetak selepas mengisi maklumat secara online)
- Kad pengenalan ibu bapa / penjaga murid
- Sijil nikah/Sijil Daftar Kahwin
- Sijil Cerai dan sijil hak jagaan anak (jika berkenaan)
- Bil Utiliti : SYABAS/TNB/ASTRO/TELEFON (Sebagai bukti alamat tempat tinggal)
Cara Semakan Penempatan Tahun 1
Ibu bapa boleh membuat semakan penempatan seperti berikut:
- Layari pautan idMe dan log masuk akaun anda
- Pada paparan utama klik pada bahagian Menu > Klik Aplikasi > Klik Pengurusan Awam > Klik Pendaftaran Tahun 1
- Status permohonan berjaya akan dipaparkan
- Cetak surat tawaran dan hantar ke sekolah.
- Surat penempatan ini perlu dihantar ke pejabat sekolah sebelum 31 Oktober 2024.
- Ibu bapa perlu membuat pengesahan dan mencetak surat tawaran penempatan Tahun 1
Tarikh Semakan Penempatan Tahun 1 Sesi 2025/2026
Bagi ibu bapa yang telah mendaftarkan anak-anak untuk kemasukan sesi tahun 2025/2026, semakan penempatan boleh dibuat mulai 1 -31 Oktober 2024
PENGESAHAN PENEMPATAN boleh dibuat oleh ibu bapa dengan hadir ke sekolah atau dalam talian di pautan idMe
Cara Rayuan Penempatan Tahun 1 Sesi 2025/2026
Kepada ada ibu bapa / penjaga yang ingin menukar sekolah, sila buat Rayuan online dalam sistem idMe. Rayuan hanya boleh dibuat melalui sistem sahaja dibuat secara online dan keputusan juga melalui sistem. Tiada rayuan secara manual boleh dilakukan.
Tarikh Rayuan Penempatan Tahun 1 Sesi 2025/2026
Rayuan akan dibuka mulai 1 – 31 Oktober 2024 dan semakan keputusan rayuan boleh dibuat mulai 1 Disember 2024
Maklumat Lanjut Pendaftaran Tahun 1
Segala pertanyaan dan masalah mengenai pilihan sekolah, pendaftaran akaun pengguna(ID Pengguna dan Kata Laluan) boleh menghubungi no telefon dan emel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan Tuan/Puan melalui pautan INI.
https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi
ARTIKEL LAIN
- ePrasekolah KPM : Cara Daftar Prasekolah Online
2 thoughts on “PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI 2025 KPM (idme.moe.gov.my)”