SENARAI PROGRAM PENAJAAN JPA 2023 (Lokasi & Tarikh Jom Masuk U)
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa calon lepasan SPM yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk memohon Program Penajaan JPA. Disini kami akan kongsikan cara permohonan penajaan tersebut dengan mudah dan berkesan, Semoga membantu.
Apa Itu Program Penajaan JPA
Penajaan progrem ini adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dan tertakluk kepada terma ikatan perjanjian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). JPA menyediakan progrem penajaan biasiswa kepada pelajar-pelajar IPT Awam dan IPT Swasta bagi melanjutkan pengajian mereka di peringkat Diploma dan Ijazah Pertama
Syarat Asas Kelayakan Program Penajaan JPA
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan asas yang ditetapkan kepada pemohon iaitu:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak melebihi 19 tahun bagi peringkat Diploma dan 24 tahun bagi peringkat Ijazah Pertama pada 1 Julai tahun tawaran; dan
- Menerima tawaran kemasukan dari manamana institusi seperti di perenggan 2 dan kursus/program tersebut mestilah diiktiraf oleh JPA
Senarai Program Penajaan JPA
Berikut adalah merupakan senarai program tajaan yang ditawarkan iaitu:
- Program Dermasiswa B40
- Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)
- Program Penajaan Nasional (PPN)
- Program Khas Jepun, Korea, Perancis, Jerman (JKPJ)
- Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara
Program Dermasiswa B40
Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)
Program Penajaan Nasional (PPN)
Program Khas Jepun, Korea, Perancis, Jerman (JKPJ)
Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara
Tarikh Permohonan Program Penajaan JPA
Iklan penajaan akan dikeluarkan dalam beberapa akhbar utama tempatan dan laman web JPA pada bulan Jun/Julai. Permohonan boleh dibuat secara aplikasi atas talian (online) secara percuma mulai tarikh iklan disiarkan
Cara Permohonan Program Penajaan JPA
Untuk memohon, sila rujuk laman web JPA di lautan berikut: http://esilav2.jpa.gov.my.
Temui JPA Di Program Jom Masuk U 2023
Kepada pelajar lepasan SPM boleh mendapatkan khidmat nasihat program-program penajaan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam di Program Jom Masuk U 2023. Berikut dikongsikan tarikh dan lokasi program Jom Masuk U seperti berikut:
ZON | TARIKH | WAKTU | LOKASI |
Utara (Kedah) | 27 & 28 Mei 2023 | 9.00 pagi – 5.00 petang | Dewan Perdana, UiTM Cawangan Kedah |
Timur (Terangganu) | 3 & 4 Jun 2023 | 9.00 pagi – 5.00 petang | Dewan Sultan Mizan, UMT |
Tengah (Kuala Lumpur) | 4 & 5 Jun 2023 | 9.00 pagi – 5.00 petang | Dewan Tunku Canselor, UM |
Selatan (Johor) | 20 & 21 Mei 2023 | 9.00 pagi – 5.00 petang | Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor |
Sabah | 27 & 28 Mei 2023 | 10.30 pagi – 5.30 petang | Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2, UMS |
Sarawak | 20 & 21 Mei 2023 | 10.30 pagi – 5.30 petang | Times Square Megamall, Bintulu, Sarawak |
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Progrem Penajaan JPA ini, anda boleh melayari portal rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam
Artikel lain : Semak SYARAT UiTM