SEMAK SYARAT UiTM(Semakan Kelayakan selangkah.uitm.edu.my)

SEMAK SYARAT UiTM(Semakan Kelayakan selangkah.uitm.edu.my)

SEMAK SYARAT UiTM

Lepasan SPM 2023 dipelawa untuk memohon kemasukan ke Universiti Teknologi Mara sesi kali ini. Hanya masukkan keputusan peperiksaan dan dapatkan senarai program yang layak untuk dimohon.Di sini kami kongsikan kepada anda semak syarat kelayakan UiTM berdasarkan keputusan SPM / STPM / STAM / Matrikulasi / Diploma IPT lain.

 

Apa Itu Semak Syarat UiTM

Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM telah mewujudkan sistem semak SYARAT yang terbaharu bagi tujuan menyemak syarat kemasukan ke UiTM.

Ianya lebih mudah diakses dan difahami dan boleh disemak secara atas talian sahaja!

 

Cara Semak Syarat UiTM

Ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat semakan syarat kelayakan program UiTM di web app semakSYARAT:

  1. Buka web app semakSYARAT di telefon pintar (Google Chrome di Android dan Safari di iOS) atau terus ke pautan https://selangkah.uitm.edu.my
  2. Buka menu dan tekan pilihan Semak Syarat
  3. Pilih Peringkat Pengajian & Kategori dan isi ruangan yang disediakan.
  4. Tekan butang Semak
  5. Hasil semakan menunjukkan bilangan program yang layak dimohon. Tekan nama program untuk maklumat lanjut.
  6. Paparan rekod semakan yang lalu boleh diakses pada bila-bila masa.

Penafian:

Semakan syarat kelayakan program pada sistem ini adalah berdasarkan kelayakan akademik sahaja. Penawaran ke program yang terlibat adalah mengikut kaedah meritrokrasi.

Kekuatan UiTM

  • Graduan UiTM fasih berbahasa Inggeris.
  • Sistem pengajaran dan pembelajaran UiTM menggalakkan aktiviti keusahawanan.
  • Universiti Komprehensif yang menawarkan kepelbagaian program – mewujudkan sinergi gabungan antara bidang dalam penyelidikan.
  • Keberadaan UiTM di setiap negeri.

 

Soalan Lazim (FAQ) Permohonan & SemakSyarat UiTM

Bolehkah pemohon Bukan Warganegara atau Penduduk Tetap untuk memohon kemasukan ke UiTM?

  • TIDAK BOLEH. Permohonan kemasukan ke UiTM terbuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA dan BUMIPUTERA sahaja.

Berapa kalikah pengambilan pelajar di UiTM dibuat setahun?

  • 2 kali setahun mengikut peringkat pengajian yang ditawarkan.

Bagaimana untuk mendapatkan borang permohonan kemasukan ke UiTM?

  • Permohonan kemasukan ke UiTM adalah dengan mengguna pakai Aplikasi Dalam Talian sepenuhnya melalui laman web upu.mohe.gov.my atau http://online.uitm.edu.my mengikut jadual pengambilan seperti di JADUAL 1 di atas.
  • Nombor Unik ID atau No. Slip UiTM bagi permohonan kemasukan ke UiTM melalui Aplikasi Dalam Talian boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional atau menggunakan mesin ATM atau SMS Banking bagi pemegang akaun BSN mengikut tarikh yang diiklankan.

Adakah saya perlu menghantar salinan borang permohonan bersama dokumen sokongan ke UiTM?

  • Ya. Calon perlu mencetak maklumat permohonan dan menghantar bersama-sama dengan salinan dokumen yang telah disahkan ke UiTM.

Bagaimanakah saya boleh menyemak status keputusan permohonan kemasukan ke UiTM?

Bagaimanakah caranya untuk saya mengetahui program pengajian yang dipilih adalah program pengajian yang ada temu duga?

  • Program pengajian yang ada temu duga boleh dikenal pasti dengan adanya tanda (#) di bahagian akhir nama program.

Bagaimanakah caranya untuk saya mengetahui program pengajian yang dipilih adalah layak dengan kelayakan yang saya perolehi?

 

Info Lanjut

Untuk info lanjut, sila rujuk saluran berikut:

Artikel Lain : Permohonan PTPTN Online

5 thoughts on “SEMAK SYARAT UiTM(Semakan Kelayakan selangkah.uitm.edu.my)”

Leave a Comment