SENARAI PULSE OXIMETER LULUS KKM/MDA CERTIFIED (Jangan Beli Yang Fake)

SENARAI PULSE OXIMETER LULUS KKM/MDA CERTIFIED (Jangan Beli Yang Fake)

senarai pulse oximeter

Anda kini boleh membeli alat Pulse Oximeter dengan mudah terutamanya di atas talian mahupun di farmasi berdekatan. Lambakan jenama dan jenis alat tersebut menyebabkan pembeli tidak pasti untuk membuat pilihan yang tepat.

Setiap isi rumah digalakkan memiliki alat mengesan kadar oksigen dalam darah,  kerana pengesanan awal gejala ini boleh mengelakkan kematian dalam kalangan pesakit Covid-19.

Menurut pemerhatian di pasaran Malaysia, harga alat ini boleh didapati di farmasi atau pasaran online biasanya sekitar RM 30-RM90, bergantung kepada jenis, kualiti dan jenama.

 Apa Itu Alat Pulse Oximeter

Alat ini digunakan mengesan kadar oksigen rendah atau ” Happy Hypoxia” yang menjadi pembunuh senyap tidak bergejala.

Happy Hypoxia ini boleh menjadi pembunuh senyap kerana apabila masalah kekurangan oksigen ini tidak dapat dikesan dan dirawat lebih awal, pesakit Covid-19 boleh meninggal dunia.

  • Alat pengukur kadar oksigen dalam darah
  • Pengesanan awal kandungan oksigen rendah mengelakkan kematian
  • Patikan alat yang digunakan memenuhi standard perubatan.

 

 

Senarai Pulse Oximeter Pilihan Malaysia

Kami akan kongsikan alat pulse oximeter yang registered with MDA (Medical Device Authority) Malaysia. Terpulang kepada kesesuaian bajet dan keperluan anda untuk membuat pilihan.

 

BILALAT/BRANDHARGA SEMASA
1Berry Pulse OximeterRM129
2OXITECH Finger Pulse OximeterRM99
3MEDISANA,AEON A300RM149
4OMRON OximeterRM56.51
5JOYLE Medical Pro Fingertip Pulse OximeterRM99

*Harga yang dipamerkan adalah berbeza mengikut keadaan semasa

Selain itu, kami kongsikan alat  yang sesuai untuk kegunaan jari kecil atau anak-anak.

 

BILALAT/BRANDHARGA SEMASA
1.YONKER (Versi Kids)RM54.90

 

Cara Memilih Pulse Oximeter Terbaik

 

Yang terbaik semestinya hendaklah berdaftar dengan Medical Device Authority (MDA), sebuah badan bawah KKM. Lebih-lebih lagi alatan untuk perubatan, untuk kesihatan dan keselamatan nyawa.

Pastikan anda membeli daripada tempat yang dipercayai contohnya Farmasi Komuniti atau Klinik.

Selain itu, sebelum membuat sebarang pilihan. Pastikan anda membuat semakan Status pendaftaran oximeter yang boleh diperiksa melalui pautan:
https://mdar.mda.gov.my/frontend/web/index.php?r=carian

Sekiranya jenama alat tersebut ada dalam senarai di laman tersebut, anda boleh teruskan proses pembelian tersebut.

 

Pulse Oximeter Pilihan Utama

 

Pulse Oximeter M70C. Hanya bernilai 165 seunit beserta dengan warranty 1 tahun.

Kenapa harga tak semurah di Shopee & Lazada?

Pertama, oximeter ini mendapat kelulusan MDA KKM. Rujuk kelulusan MDA yang boleh diperiksa melalaui website MDA. Setiap peranti perubatan (medical device) yang mempunyai kelulusan pasti ada sijil pendaftaran ini.

Kedua, pembelian oximeter ini berserta jaminan (warranty) selama setahun. Tidak seperti yang dijual di Shopee & Lazada dengan harga yang sangat murah, tiada jaminan yang diberikan. Jika rosak, oximeter tersebut tidak dapat dibaiki atau digantikan walaupun baru sahaja digunakan sehari. Ketepatan bacaan juga turut diragui.

Ketiga, oximeter yang berdaftar dengan MDA KKM bukan sahaja diluluskan penjualannya di Malaysia, malah mendapat jaminan kualiti dan dipercayai tepat bacaannya berbanding oximeter lain yang terlampau murah tanpa kelulusan MDA KKM.

Jika barang lain ada SIRIM yang pantau, produk kesihatan serta ubatan termasuk vaksin ada NPRA yang pantau, untuk peranti perubatan pula ada MDA KKM yang pantau.

Adalah wajar untuk kita gunakan peranti perubatan bukan sahaja oximeter malah peranti perubatan lain termasuk glucometer yang berdaftar dengan MDA KKM lebih-lebih lagi peranti yang digunakan untuk mengukur sesuatu yang melibatkan tahap kesihatan dan keselamatan nyawa kita.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat dan mengelakkan anda tertipu dengan membeli alat yang salah.

 

Artikel Lain: Waktu Operasi JPJ

1 thought on “SENARAI PULSE OXIMETER LULUS KKM/MDA CERTIFIED (Jangan Beli Yang Fake)”

Leave a Comment