Senarai Kawasan Berisiko Banjir Di Selangor

Senarai Kawasan Berisiko Banjir Di Selangor

Kawasan Berisiko Banjir Selangor

Banjir merupakan bencana alam yang sinonim dengan rakyat di negara ini, sama ada di bandar atau luar bandar.Banjir besar biasanya berlaku pada musim tengkujuh timur laut akibat hujan berlarutan di merata tempat dan meliputi kawasan yang luas.Kami akan kongsikan kawasan berisiko banjir di negeri Selangor untuk peringatan awal penduduk.

 

Info Banjir Di Negeri Selangor

Penduduk Selangor khususnya di Klang dan Kuala Selangor supaya bersiap sedia menghadapi fenomena air pasang besar yang berkemungkinan menyebabkan banjir apabila paras laut boleh mencecah sehingga 5.5 meter.

Paras laut berkenaan dibimbangi menyebabkan banjir dan menenggelamkan rumah jika disusuli hujan lebat yang menyebabkan pintu air terpaksa ditutup.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan banjir besar bakal melanda Malaysia penghujung bulan November susulan hujan lebat berterusan mulai pertengahan bulan depan.

Ketua Pengarah METMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata, fenomena La Nina yang masih berterusan dan dijangka sehingga awal tahun depan, menyebabkan peningkatan taburan hujan.

 

Senarai Kawasan Berisiko Banjir Di Selangor

Kerajaan negeri arah pelbagai agensi & jabatan siap siaga mendepani Monsun Timur Laut yang dijangka melanda dalam bulan November-Disember 2022.

JPS Selangor turut mengemukakakan senarai kawasan berisiko banjir & banjir kilat.

Kebanyakan kawasan di Selangor dijangka menerima taburan hujan sekitar 170 hingga 250mm sepanjang bulan ini susulan Monsun Barat Daya sejak 14 Mei.

Sepanjang tempoh berkenaan, kejadian hujan lebat dan ribut petir dijangka berkurangan dengan hanya berlaku pada awal pagi terutama di kawasan pesisir perairan Selat Melaka.

 

KAWASAN BERISIKO BANJIR  SELANGOR

Kawasan Berisiko Banjir Selangor

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 

Persediaan Menghadapi Banjir

1. Sentiasa melihat dan mendengar tentang update terkini di media sosial lalu kenalpasti kawasan yang berisiko dilanda banjir di kawasan anda.

2. Menyemak polisi insurans anda, sama ada ia akan cover kerugian akibat bencana banjir atau tidqak sebagai langkah berjaga-jaga.

3. Segera menyelamatkan dan menyimpan segala dokumen penting seperti surat beranak, passsport, geran tanah, polisi insurandan dokumen berharga di peti simpanan selamat dan kalis air.Pastikan juga disimpan ditempat yang tinggi dan selamat.

 Segera asingkan dan menyediakan kit persediaan banjir seperti kad pengenalan, bekalan ubat, air minuman, makanan dalam tin, baju hujan, bateri dan keperluan anak agar anak tidak terlalu meragam semasa kejadian banjir berlaku,

5. Cari dan ambil tahu mengenai Pusat Pemindahan Sementara dan kawasan selamat jika diarahkan berpindah dari kediaman sendiri. Jangan degil jika diarahkan ke Pusat Pemindahan kerana anda akan menyusahkan penyelamat.

 

Artikel Lain : Beg Kecemasan Banjir Malaysia

Leave a Comment