Rukun Negara Malaysia(Teks Lafaz 5 Prinsip BM & English)

Rukun Negara Malaysia(Teks Lafaz 5 Prinsip BM & English)

Rukun Negara Malaysia

Setahun setelah kejadian tragedi 13 Mei, kerajaan Malaysia berusaha mencari formula untuk mengatasi masalah pergaduhan kaum dan mencegah berulangnya kejadian tersebut. Dalam usaha tersebut, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan dengan tujuan mengembalikan keamanan antara kaum di Malaysia melalui Rukun Negara

Sejarah penubuhan RukunNegara bermula setelah beberapa bulan berbincang dan mengkaji dengan mendalam, Majlis Perundangan Negara merumuskan bahawa ideologi yang mampu mengatasi perpecahan antara kaum perlu diwujudkan. Rukun Negara diisytiharkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin Yang di-Pertuan Agong IV pada 31 Ogos 1970, sempena ulangtahun ke-13 kemerdekaan negara.

Objektif utama Rukun Negara adalah membentuk perpaduan yang kukuh di kalangan masyarakat. Prinsip-prinsip RukunNegara menjadi kunci keharmonian dan perpaduan kaum untuk kejayaan dan kestabilan Malaysia.

Rukun Negara terbahagi kepada dua bahagian.

Bahagian pertama menggariskan objektif masyarakat Malaysia yang ingin dibentuk, seperti mencapai perpaduan yang lebih erat, memelihara cara hidup demokratik, mencipta masyarakat yang adil, membina sikap liberal terhadap kebudayaan, dan membina masyarakat progresif menggunakan sains dan teknologi moden.

Bahagian kedua merangkumi Lima Prinsip RukunNegara, iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada Raja dan Negara, keluhuran Perlembagaan, kedaulatan undang-undang, serta kesopanan dan kesusilaan.

 

Teks Rukun Negara BM

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

 

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

 

Rukun Negara English

WE, Malaysians, as one, pledge to strive to attain these goals guided by the following principles:-

Belief in God
Loyalty to King and Country
Supremacy of the Constitution
The Rule of Law
Good Behaviour and Morality

 

Dengan memahami setiap prinsip dalam RukunNegara, diharapkan rakyat Malaysia dapat meningkatkan kesedaran dan toleransi antarakaum, menjunjung tinggi nilai perpaduan, dan menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran negara.

SUMBER > JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

 

Artikel Lain

SENARAI CUTI UMUM 2024 MALAYSIA & CUTI SEKOLAH (Bila Cuti Sekolah)

Leave a Comment