CARA ISI PBD IDME(Semak Online)

CARA ISI PBD IDME(Semak Online)

PBD IDME

Kepada pada guru matapelajaran yang ingin mengetahui panduan atau cara mengisi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)  dalam Sistem Pengurusan IDentiti (idMe), disini kami akan kongsikan kepada anda. Semoga membantu.

 

APA ITU PBD IDME

PDBPentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran. Untuk murid tahap 1 iaitu murid tahun 1, 2 dan 3, hanya akan melalui proses PBD berterusan sahaja.
IDMESistem Pengurusan IDentiti (idMe) akan menjadi repositori utama untuk menyimpan dan mengesahkan semua kelayakan pengguna Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuk kakitangan dari lain-lain Kementerian / Agensi / Institusi Swasta, pelajar, ibu, bapa, penjaga, pendidik, pengusaha institusi dan orang awam.

Setiap kelayakan pengguna akan ditandakan dengan peranan pengguna yang digunakan untuk menentukan kebolehcapaian modul dalam sistem. Komponen ini ialah penggerak teras untuk Single Sign-On (SSO) yang pada dasarnya akan membolehkan semua sistem untuk membuat pengesahan pengguna ke IDMS secara luaran bagi mengelakkan duplikasi kelayakan pengguna di setiap sistem.

 

SISTEM YANG BOLEH DIAKSES MELALUI IDME

Berikut adalah merupakan antara sistem yang boleh diakses melalui idMe iaitu:

  • Pengurusan Awam
  • Pengurusan Murid
  • Pengurusan Institusi
  • Pengurusan Pentaksiran
  • Pengurusan Guru
  • Penubuhan dan Pendaftaran Institusi

 

CARA ISI PBD IDME

Berikut adalah merupakan panduan untuk mengisi Pentaksiran Bilik Darjah dalam sistem idMe iaitu:

  1. Layari pautan Sistem Pengurusan Identiti (idMe)
  2. Log masuk ke sistem idMe menggunakan username dan password anda dan klik kata kunci keselamatan.
  3. Pada paparan utama, klik pada Aplikasi > Pilih pengurusan pentaksiran > klik pada Dashboard Tindakan > Klik pada Keputusan > Klik pentaksiran bilik darjah > Seterusnya klik pada kelas yang anda isikan
  4. Paparan pentaksiran bilik darjah yang anda pilih akan tertera, pada bahagian status anda boleh melihat status yang perlu diambil tindakan iaitu Belum Taksir
  5. Anda perlu mengisi tahap penguasaan (TP) setiap murid sehingga selesai semuanya dan status bertukar menjadi Ditaksir.
  6. Sesudah membuat pengisian klik simpan. Klik cetak atau save untuk simpanan anda.
  7. Langkah terakhir klik pada Hantar, selesai.

 

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau permasalahan berkaitan kemaskini idMe, anda boleh menghubungi nombor telefon dan e-mel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan layari portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment