CONTOH SASARAN KERJA UTAMA (SKU) MyPERFORMANCE

CONTOH SASARAN KERJA UTAMA (SKU) MyPERFORMANCE

SASARAN KERJA UTAMA SKU

Seperti yang sedia maklum, bagi penilaian terdahulu akan mengunapakai Sasaran Kerta Tahunan (SKT) bagi mengukur prestasi dan membuat penilaian dalam LNPT. Terkini pengurkuran prestasi SKT telah digantikan dengan Sasaran Kerja Utama (SKU) yang terdapat dalam MyPerformance bagi mengantikan LNPT. Disini kami akan kongsikan kepada anda contoh SKU yang perlu dijana, semoga membantu.

 

CIRI-CIRI MyPERFORMANCE

Berikut adalah merupakan ciri-cri MyPerfomane yang merupakan kaedah penilaian prestasi yang mengantikan LNPT:

  1. Penghasilan Kerja
    • Penjajaran objektif penyamapaian perkhidmatan dan petunjuk prestasi utama menggunakan instrumen Sasaran Kerja Utama (SKU)
  2. Kompetensi Fungsian
    • Pengurusan kompetensi berdasarkan keperluan Job Description (JD)
  3. Kompetensi Tingkah Laku
    • Pengurusan ke atas tingkahlaku yang standard berdasarkan Kumpulan Perkhidmatan
  4. Penglibatan & Sumbangan
    • Menggalakkan keaktifan pegawai dalam aktiviti selain tugas utama
  5. Nilai Sepunya
    • Penghayatan amalan nilai teras melalui maklumbalas pelbagai peringkat

 

APA ITU SASARAN KERJA UTAMA (SKU)

Penjajaran objektif penyamapaian perkhidmatan dan petunjuk prestasi utama menggunakan instrumen Sasaran Kerja Utama (SKU). Objektif penyampaian perkhidmatan jabatan atau teras strategik iaitu bidang tumpuan/ fokus spesifik perkhidmatan jabatan sepanjang tahun penilaian

Petunjuk prestasi mengukur output/ outcome  yang dipertanggungjawabkan ke atas Bahagian/ Cawangan/ Unit/ Jawatan berdasarkan peranan dan bidang tugas

 

PERBEZAAN SKT DAN SKU

Berikut adalah merupakan perbezaan antara SKT dan SKU mengikut katagori penilaian iaitu:

KATAGORI PENILAIANSKTSKU
AdilAkauntabiliti jawatan yang sama, petunjuk prestasi yang berbezaAkauntabiliti jawatan yang sama, petunjuk prestasi yang sama
OkjektifSkor penilaian tertakluk kepada kebijaksanaan pegawai penilaiSkor penilaian secara automatik dan pengesahan ke atas pencapaian
TelusMarkah penghasilan kerja merupakan wajaran bagi markah kuantiti, kualiti, masa dan borang yang berbezaPemberian markah di atas borang yang sama
KeboleasinganSukar membezakan tahap prestasi antara jawatan yang samaMudah membezakan tahap prestasi antara jawatan yang sama

 

CARA PENETAPAN SASARAN KERJA UTAMA (SKU)

Berikut adalah merupakan panduan cara penetapan SKU iaitu:

  1. Kenalpasti Objektif Penyampaian Perkhidmatan Jabatan
    • Tujuan Pewujudan Jawatan – JD
    • Berbentuk Impak/ berorientasikan Keberhasilan (outcome)
    • Bilangan Maksimum Yang Boleh ditetapkan:
    • Penjajaran Perkhidmatan Teras (Core Business)/ Bukan Teras
    • Penjajaran
    • Hala Tuju/ Dasar/ Pelan/ Wawasan
  2. Kenalpasti Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
    • Hendaklah Mengukur kecekapan/ keberkesanan
    • Tidak digalakkan mengukur hanya bilangan/ kuantiti
    • Tiada Had Bilangan KPI (seelok-eloknya tiga (3) KPI bg setiap objektif)
  3. Tetapkan Akauntabiliti
    • Tanggungjawab utama dalam sesuatu tugas yang dilaksanakan dan dapat memberikan hasil bagi mencapai tujuan pewujudan sesuatu bahagian atau jawatan
    • Akauntabiliti bahagian – rujuk column bahagian bertanggungjawab dalam pelan tindakan atau fungsi bahagian
    • Akauntabiliti jawatan – rujuk ruangan akauntabiliti dan tugas utama dalam JD
  4. Tetapkan Nilai Sasaran Tahunan
    • Setiap petunjuk prestasi utama hendaklah mempunyai nilai sasaran yang ingin dicapai dalam tempoh satu tahun atau minimum enam (6) bulan bagi suatu tahun penilaian
    • Proses semakan dan penetapan semula nilai sasaran tahunan boleh dilaksanakan dari semasa ke semasa

 

CONTOH PENULISAN SASARAN KERJA UTAMA (SKU)

Berikut adalah merupakan cara penulisan SKU iaiti:

  • Mesti mengandungi:
    • Kata Kerja
    • Objek
    • Impak
  • Contoh penulisan SKU
    • Kecekapan dan Keberkesanan Perkhidmatan Pemanduan Kenderaan
    • Memperkukuhkan Pembangunan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam Yang Inklusif dan Holistik
    • Memantapkan Kompetensi Modal Insan Dan Profesionalisme Untuk Penyampaian Perkhidmatan Yang Berkualiti
    • Memperkasakan Tadbir Urus Organisasi Ke Arah Perkhidmatan Yang Berkesan

 

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment