SCHOLARSHIP MALAYSIA 2024(Permohonan Best For Degree Master PHD)

SCHOLARSHIP MALAYSIA(Permohonan Best For Degree Master PHD)

SCHOLARSHIP MALAYSIA

Kepada para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat rendah dan peringkat tinggi, anda boleh membuat permohonan biasiswa (Scholarship) yang tersedia di Malaysia. Semestianya biasiswa ini adalah merupakan tajaan kewangan bagi pengajian mereka tanpa perlu membuat membuat bayaran balik.  Disini kami akan kongsikan kepada anda senerai biasiswa yang boleh dimohon, semoga membantu.

 

APA ITU SCHOLARSHIP MALAYSIA

Scholarship atau Biasiswa merupakan suatu bantuan kewangan dikhaskan untuk pelajar bagi melanjutkan pelajaran mereka sama ada pada peringkat rendah di sekolah mahupun peringkat tinggi di universiti. Ia diberikan berdasarkan pelbagai kriteria yang mencerminkan nilai dan tujuan penderma atau pemberi dana tersebut. Duit biasiswa tidak perlu dibayar semula

 

KENAPA PERLU MOHON SCHOLARSHIPMALAYSIA

Biasiswa sangat perlu untuk anda mendapatkan wang bagi menampung perbelanjaan anda di institusi pengajian sama ada di dalam atau di luar negara. Biasiswa bukan hanya merangkumi tajaan yuran pengajian, namun ianya juga termasuklah dengan elaun sara diri, elaun tiket penerbangan, elaun makan dan banyak lagi elaun-elaun yang berkaitan.

 

SYARAT KELAYAKAN SCHOLARSHIPMALAYSIA

Untuk makluman anda, biasiswa ini diberikan kepada mereka-mereka yang layak seperti pelajar-pelajar yang cemerlang, pelajar-pelajar cemerlang yang datang dari keluarga miskin dan kurang berkemampuan, anggota-anggota keluarga organisasi pemberi tajaan biasiswa dan sebagainya.

 

SENARAI SCHOLARSHIP MALAYSIA 2023

Berikut adalah merupakan antara senarai biasiswa yang tersedia yang anda boleh membuat permohonan iaitu:

BILBIASISWACARA PERMOHONAN
1Stipendium Hungaricum Scholarship
  • Biasiswa Stipendium Hungaricum merupakan tajaan pengajian ke universiti di Hungaria. Ia merupakan biasiswa bagi pengajian luar negara.
  • Permohonan boleh dibuat menerusi portal https://stipendiumhungaricum.hu
2Sunway Scholarship
  • Antara program yang ditawarkan di bawah biasiswa ini ialah Sunway-ICAEW Global Accountant Scholarship Scheme, Sunway-ACCA Global Leader Scholarship, Sunway University Postgraduate by Research Scholarship dan Sunway University Taught Masters Scholarship.
  • Permohonan boleh dibuat menerusi portal https://my.sunway.edu.my
3Google Scholarship
  • Terdapat tujuh (7) jenis biasiswa yang ditawarkan oleh syarikat Google untuk pelajar-pelajar seluruh dunia termasuklah biasiswa Udacity-Google Developer, Women Techmakers Scholars Program, Google Venkat Panchapakesan Memorial Scholarship, Google Conference and Travel Scholarships, Doodle 4 Google India Contest, Google India Code to Learn Contest dan Generation Google Scholarship.
  • Permohonan boleh dibuat menerusi portal https://buildyourfuture.withgoogle.com
4Asean Scholarship
  • Biasiswa ASEAN merupakan biasiswa yang dikhususkan kepada pelajar Malaysia yang ingin menyertai sekolah peringkat menengah rendah, sekolah peringkat menengah tinggi atau pra-universiti di sekolah menengah atau univerisiti terpilih di Singapura.
  • Permohonan boleh dibuat menerusi portal https://www.moe.gov.sg
5Petronas Scholarship
  • Biasiswa petronas scholarship ini dibuka kepada pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang kimia, kejuruteraan, sains computer, minyak dan galian dan banyak lagi.
  • Permohonan boleh dibuat menerusi portal https://educationsponsorship.petronas.com.my
6Yayasan Khazanah Scholarship
  • Biasiswa Yayasan Khazanah merupakan biasiswa peringkat global yang menawarkan peluang pelajaran yang cerah kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat A-Level dan Sarjana di universiti-universiti terpilih di seluruh dunia.
  • Permohonan boleh dibuat menerusi portal https://www.yayasankhazanah.com.my
7Shell Malaysia Scholarship
  • Tawaran biasiswa Shell adalah dikhususkan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat A-Level dan Sarjana di university tempatan atau luar negara.
  • Permohonan boleh dibuat menerusi portal https://www.shell.com.my
8Permodalan Nasional Berhad (PNB) Scholarship
  • Pelajar mestilah mengikuti pengajian di kolej persediaan yang telah ditetapkan oleh PNB sebelum boleh melanjutkan pelajaran ke luar negara.
  • Permohonan boleh dibuat menerusi portal https://www.pnb.com.my
9Karangkraf Scholarship
  • Program biasiswa ini dibuka pada orang awam dengan pilihan untuk melanjutkan pelajaran ke SEGI, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), UNITAR, UNISEL, KUIS, UNITEN dan banyak lagi sepertimana yang diiktiraf oleh Karangkraf.
  • Permohonan boleh dibuat menerusi emel ke [email protected]
10Ocbc Scholarship
  • Biasiswa OCBC bank ditawarkan kepada pelajar tahun pertama yang mempunyai keputusan yang cemerlang di peringkat STPM dan Matrikulasi.
  • Permohonan boleh dibuat menerusi portal https://www.ocbc.com.my
11Yang Dipertuan Agong Scholarship
  • Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong ini merupakan bantuan kewangan yang dibiayai kepada rakyat Malaysia yang layak untuk mengikuti pengajian ke peringkat Sarjana (Penyelidikan) dan Doktor Falsafah (PhD).
  •  Permohonan boleh dibuat menerusi portal  http://esilav2.jpa.gov.my
12Heriot Watt Scholarship
  • Biasiswa Heriot Watt menawarkan tajaan pembiayaan pelajaran bagi program sarjana dan pascasiswazah dalam bidang kursus sains aktuari, perniagaan dan kewangan, alam sekitar, psikologi, kejuruteraan dan ukur bahan.
  • Permohonan boleh dibuat menerusi portal https://www.hw.ac.uk
13Sarawak Energy Scholarship
  • Biasiswa Sarawak Energy merupakan biasiswa yang disediakan khusus bagi rakyat Sarawak.
  • Permohonan boleh dibuat menerusi portal https://www.sarawakenergy.com
14Al Bukhary Scholarship
  • Penerima biasiswa ni layak menyambungkan pelajaran mereka ke Albukhary International University (AIU).
  • Permohonan boleh dibuat menerusi portal https://aiu.edu.my
15Insuran Great Eastern Scholarship
  • Terdapat 17 universiti yang tersenarai di bawah pembiayaan biasiswa ini termasuklah Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan banyak lagi.
  • Permohonan boleh dibuat dengan menghantar emel ke [email protected]
16Insurance Etiqa Scholarship

 

ARTIKEL LAIN

Biasiswa Dana Pendidikan Khas Dato’ Menteri Besar Selangor & PBU Luar Negara 2023

Leave a Comment