Biasiswa Dana Pendidikan Khas Dato’ Menteri Besar Selangor & PBU Luar Negara

Biasiswa Dana Pendidikan Khas Dato’ Menteri Besar Selangor & PBU Luar Negara

Biasiswa Dana Pendidikan Selangor

Anak-anak Negeri Selangor  yang ingin melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam dn luar negara, anda kini boleh memohon biasiswa Dana Pendidikan Selangor. Biasiswa ini dapat membantu meringankan beban pelajar.

Kami akan kongsikan cara permohonan biasiswa tersebut.

Apa Itu Biasiwa Dana Pendidikan Selangor

Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor dan Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara merupakan biasiswa penuh dan pinjaman boleh ubah untuk yang layak bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana/Doktor Falsafah (PhD) di 100 Universiti terkemuka (mengikut ranking by Subject 2023 QS World University Ranking).

Tarikh Permohonan Biasiswa Dana Pendidikan Selangor

Pelajar yang berminat boleh membuat permohonan segera sebelum 1 Mac 2023 secara atas talian.

Biasiswa Dana Pendidikan Selangor

Kategori Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang layak memohon adalah seperti berikut:

i) Skop SMART Selangor

  • Governance
  • Energy and Utility
  • Water Management
  • Waste Management
  • Building and Housing
  • Transport and Mobility
  • Safety and Security
  • Healthcare
  • Disaster Management
  • Food and Agriculture
  • Education

ii) Bidang-bidang berkaitan

  • Human and Social Development
  • Culture and Heritage
  • Manufacturing
  • Environment
  • Business
  • Retail
  • Commercial
  • Technology
  • Communication

Syarat Am Permohonan Biasiswa Dana Pendidikan Selangor

Syarat am yang ditetapkan untuk permohonan kedua-dua pembiayaan pendidikan ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria seperti berikut:
    – Pemohon dan Ibu Bapa merupakan warganegara Malaysia; dan
    – Pemohon, Ibu atau Bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
    – Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih 10 tahun di Selangor.
  2. Permohonan terbuka kepada pelajar yang berstatus bujang/belum berkahwin.
  3. Berumur tidak melebihi 40 tahun pada tahun memulakan pengajian.
  4. Mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
  5. Keutamaan diberikan kepada calon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa
  6. Keutamaan diberikan kepada calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif
  7. Pemohon tidak menerima pembiayaan pengajian daripada mana-mana pihak lain
  8. Sihat tubuh badan
  9. Tidak mempunyai masalah keberhutangan serius atau muflis serta tidak terlibat dalam sebarang prosiding jenayah
  10. Tidak disenarai hitam oleh mana-mana agensi Kerajaan
  11. Universiti yang ditawarkan perlu tersenarai dalam Top 100 QS World Ranking tahun semasa mengikut bidang-bidang yang disenaraikan.

Syarat Akademik

Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat akademik yang ditetapkan iaitu:

i) Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor

  1. Memiliki Asasi/Matrikulasi/Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau yang setaraf dengannya.
  2. Telah mengambil ujian Bahasa Inggeris dengan markah minimum iaitu: IELTS (6.5)/TOEFL (100/120) /MUET Band (5.0).
  3. Pemohon hendaklah menyertakan salinan ’Research Proposal’ yang telah diterima oleh Universiti bersama-sama dengan borang permohonan. ’Research Proposal’ hendaklah menyumbang kepada pembangunan Negeri Selangor bagi calon pascasiswazah

ii) Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara

  1. Memiliki Asasi/Matrikulasi/Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.00 atau yang setaraf dengannya.
  2. Telah mengambil ujian Bahasa Inggeris dengan markah minimum iaitu: IELTS (6.5)/ TOEFL (80/100) / MUET Band (4.0).
  3. Pemohon hendaklah menyertakan salinan ’Research Proposal’ yang telah diterima oleh Universiti bersama-sama dengan borang permohonan. ’Research Proposal’ hendaklah menyumbang kepada pembangunan Negeri Selangor bagi calon pascasiswazah.

Cara Permohonan Biasiswa Dana Pendidikan Selangor

Tatacara permohonan bagi pembiayaan ini adalah seperti berikut:

  1. Layari link permohonan iaitu https://danapendidikan.selangor.gov.my/login.
  2. Klik butang “Daftar.”
  3. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik “Daftar Akaun.”
  4. Login dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Lengkapkan maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  6. Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi dan dilengkapkan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai kedua-dua pembiayaan ini, sila hubungi Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di talian 03-5521 2275/03-5544 7484 atau emel ke [email protected].

 

Artikel Lain : Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong 

Leave a Comment