SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN DAN RAYUAN KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM)

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN DAN RAYUAN KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM)

SEMAKAN KEPUTUSAN KOLEJ PROFESIONA MARA

 

Perhatian kepada mereka yang memohon Kolej Profesional Mara (KPM)! Semakan Keputusan Permohonan dan Rayuan Program Diploma Kolej Profesional Mara (KPM) Sesi 2023/2024 bagi Pengambilan Mac telah dibuka.

Berikut adalah sedikit maklumat yang perlu anda tahu!

APA ITU KOLEJ PROFESIONAL MARA(KPM)?

Kolej Profesional MARA (KPM) ialah sebuah kolej awam yang diuruskan oleh Majlis Amanah Rakyat(MARA). Jadi, kepada mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dibawah MARA boleh semak cara memohon disini. Terdapat 11 program Diploma yang ditawarkan oleh KPM.

CARA SEMAKAN KEPUTUSAN KOLEJ PROFESIONA MARA

Keputusan permohonan program diploma KPM ini dijangkadiumumkan melalui laman sesawang UPIM pada

Tarikh Permohonan Dibuka:
9 Januari 2023

Tarikh Permohonan Ditutup:
5 Februari 2023

Sebarang permohonan pertukaran program dan pertukaran kolej adalah TIDAK DIBENARKAN.

SEMAKAN KEPUTUSAN KOLEJ PROFESIONAL MARA

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera;
  • Berumur 18 sehingga 35 tahun;
  • Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.

Kemudahan Yang Ditawarkan

  • Kemudahan penginapan asrama
  • Pemberian Elaun Sara Hidup
  • Tiket penerbangan bagi pelajar Sabah, Sarawak & Labuan
  • Graduan bebas hutang – pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dikecualikan daripada membayar Elaun Sara Hidup yang diterima sepanjang pengajian

Program Yang Ditawarkan Di Kolej Profesional MARA 2023 (KPM)

Program ini terdiri daripada empat belas (14) kluster program seperti berikut:

i. Diploma in Accounting (DIA)
ii. Diploma in Business Studies (DBS)
iii. Diploma in Landscape and Horticulture (DLH)
iv. Diploma in Entrepreneurship (DEN)
v. Diploma in Islamic Banking and Finance (DBF)
vi. Diploma in Computer Networking (DCN)
vii. Diploma in Creative Digital Media Production (DCD)
viii. Diploma in International Business (DIB)
ix. Diploma in Integrated Logistics Management (DLM)
x. Diploma in Marketing (DMK)
xi. Diploma in Business and Information Technology (DBIT)

Berikut adalah cara untuk menyemak keputusan permohonan KPM :

  1. Semakan keputusan permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online) di laman Portal UPIM http://apponline.mara.gov.my/upimonline/
  2. Pemohon perlu masukkan nombor kad pengenalan di ruangan yang disediakan.
  3. Jika keputusan adalah LAYAK dan pemohon bersetuju untuk menerima tawaran ini, pemohon perlu:
  1. membaca maklumat tawaran dengan teliti,
  2. membuat bayaran YURAN PENDAFTARAN berjumlah RM110.00 secara dalam talian (online) menerusi perkhidmatan bayaran elektronik MARAeps di https://bayar.maraeps.my
  3. Selepas PEMBAYARAN dibuat, WAJIB LAYARI SEMULA Portal UPIM di http://apponline.mara.gov.my/upimonline untuk PENGESAHAN SETUJU TERIMA TAWARAN, pemohon dikehendaki:
  • Klik butang KLIK DI SINI JIKA TELAH CETAK SLIP TAWARAN DAN BAYARAN SETUJU TERIMA TELAH DIBUAT,
  • Klik butang SETUJU TERIMA TAWARAN,
  • Masukkan NOMBOR TRANSAKSI ID di ruangan yang disediakan, (iv). Klik butang HANTAR
  • Klik butang CETAK SURAT TAWARAN,
  • Klik butang MUAT TURUN untuk dapatkan salinan SURAT TAWARAN & SENARAI SEMAK/DOKUMEN. Wajib CETAK kedua-dua dokumen tersebut. Sila BACA & FAHAMKAN butiran yang tertera di dalam PANDUAN PENDAFTARAN.

4. Sekiranya keputusan permohonan pemohon didapati TIDAK LAYAK, pemohon boleh membuat RAYUAN permohonan secara dalam talian (online). Keputusan RAYUAN akan dikeluarkan dari semasa ke semasa sebelum sesi pendaftaran, bergantung kepada kelayakan dan kekosongan penempatan.

Permohonan Rayuan

Permohonan rayuan adalah secara atas talian (online) melalui
Sistem UPIM di laman sesawang https://apponline.mara.gov.my/upimonline

Keputusan permohonan rayuan program diploma KPM ini pula
dijangka diumumkan melalui laman sesawang UPIM akan dikemaskini

SOALAN LAZIM

Bilakah sesi pendaftaran bagi calon yang layak semakan keputusan Kolej Profesinal Mara?

Sesi pendaftaran akan dilaksanakan secara DALAM TALIAN bermula 12 Julai 2021 selepas jam 10:00 pagi. Sila layari portal KPM untuk maklumat lanjut.

 

Berapa kalikah pengambilan pelajar dibuat dalam tempoh setahun?

3 kali setahun iaitu pengambilan sesi Januari, Julai dan November.

 

Apakah kesannya jika saya tidak melapor diri pada tarikh pendaftaran yang telah ditetapkan?

Tawaran akan terbatal kecuali memaklumkan / memohon kebenaran secara bertulis kepada Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi MARA sekiranya mempunyai alasan / sebab yang munasabah.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

 

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut anda boleh hubungi :

 

Unit Pengambilan, Bahagian Pendidikan Tinggi MARA,

Tingkat 12, Bangunan Ibu Pejabat MARA,
Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur.

Melalui talian telefon : 03-26134074 / 03-26134075 / 03-26134076 / 03-26134077 / 03-26134081 atau emelkan ke [email protected] atau WhatsApp ke +6011-58521184.

ARTIKEL LAIN : Permohonan Kemasukan Program Diploma Kolej Profesional Mara 2022/2023

1 thought on “SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN DAN RAYUAN KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM)”

Leave a Comment