LOGIN GOOGLE CLASSROOM KPM (CARA LOG MASUK KALI PERTAMA)
Login Google Classroom KPM dilihat sebagai perkara wajib sekarang ini. Walaupun PdPR telah bermula sejak Januari, mungkin ada sekolah yang baru menggunakan Google Classroom sebagai medium pembelajaran.
Ramai yang mengalami masalah untuk Login Google Classroom KPM.
Biasanya punca masalah Login Google Classroom adalah disebabkan anda tidak login menggunakan e-mel khas yang dibekalkan oleh pihak sekolah.
Di sini kami kongsikan cara Login untuk panduan ibu bapa dan murid di rumah untuk pertama kali.
Cara Login Google Classroom KPM Untuk Murid / Ibu Bapa
Berikut adalah panduan untuk log masuk melalui Portal DELIMa
- Sila taipkan ‘Google Classroom’ di enjin carian Google atau terus klik ke pautan berikut GC : https://classroom.google.com/
- Untuk memastikan anda tidak log masuk menggunakan e-mel Google sedia ada, sila klik Log Keluar
- Kemudian barulah kita log masuk semula. Klik Log Masuk
- Pilih Add Account
- Masukkan ID google Classroom yang diberikan oleh guru masing-masing
- Contoh e-mel murid : [email protected]
- Contoh password murid = Vlembb_12345s2021.
- (ID sekolah ialah sekolah-2021, jadi belakang password ialah s2021)
- Kemudian klik Next untuk meneruskan
- Masukkan Password yang sama tadi dan klik butang Sign In
- Kini anda boleh mengakses semua tugasan mengikut subjek melalui Google Classroom. Sekiranya anda perlu masukkan Class Code, sila minta Class Code anda dengan guru anda.
Cara Login Google Classroom (Panduan Bergambar)
Sila rujuk panduan bergambar di bawah:
Mula-mula, pergi ke pautan Google Classroom di https://classroom.google.com/ atau melalui enjin carian seperti bawah.
Kemudian anda akan dibawah ke paparan log masuk seperti di bawah ini.
Sila pilih Use Another Account untuk menambah akaun yang diberikan oleh pihak sekolah.
PENTING: Jangan terus log masuk menggunakan akaun Google / Gmail anda yang sedia ada ya!
Tekan simbol macam dalam kotak merah di bawah ni.
Nanti akan keluar paparan macam ni.
Masukkan e-mel dan password yang dibekalkan oleh guru masing-masing.
Selepas berjaya login, anda akan dibawa ke Paparan ini.
Kini anda bolehlah mengakses bahan pembelajaran yang dibekalkan oleh guru masing-masing.
Sekiranya anda perlu masukkan Class Code, sila minta Class Code anda dengan guru anda.
NOTA: Jika anda Login Google Classroom KPM melalui Portal DELIMa ( http://portal.moe.edu.my ), sila Login Google Classroom KPM menggunakan cara yang sama, cuma anda akan dibawa ke Paparan Utama Portal Delima.
Untuk mengakses Google Classroom, sila ikuti langkah ini:
- Klik ikon Murid
- Tekan ikon Aktiviti
- Klik ke menu Google Classroom
Mudah kan?
Jika anda memerlukan paparan skrin PdPR yang lebih besar, anda boleh pancarkan maklumat di HP ke TV melalui kaedah screen mirroring.
Semoga bermanfaat!
Artikel Berkaitan: LOGIN DELIMA KPM:CARA GUNA APPS PORTAL DELIMA