SEMAKAN TAWARAN PENEMPATAN SBP TINGKATAN 4 2023
Kepada ibu bapa atau Pelajar yang telah membuat permohonan ke SBP Sekolah Khusus tingkatan 4 boleh membuat semakan keputusan tawaran penempatan SBP Tahun 2023. Disini kami akan kongsikan cara membuat semakan, semoga membantu
APA ITU SBP
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan kumpulan sekolah menengah perdana dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan PT3 (Menggantikan PMR mulai tahun 2014).
SYARAT KELAYAKAN SBP
Untuk memohon SBP, pelajar mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:
- Murid mestilah warganegara Malaysia.
- Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
- Murid cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran dan sekurangkurangnya
- Gred C bagi mata pelajaran yang lain).
- Murid lulus saringan/temuduga (hanya di KISAS).
- Murid aktif dalam kokurikulum.
- Murid mestilah mengambil ujian UKSBP (Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh) sebagai salah satu syarat kelayakan.
- Murid yang tidak mengambil/tidak menduduki UKSBP berkemungkinan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP bagi ambilan berikutnya.
Nota: Keutamaan akan diberikan kepada murid yang telah menduduki UKSBP terlebih dahulu.
TARIKH SEMAKAN PENEMPATAN SBP TINGKATAN 4
Semakan tawaran penempatan SBP tingkatan 4 tahun 2023 bermula 17 Mac 2023 sehingga 2 April 2023.
CARA SEMAKAN PENEMPATAN SBP TINGKATAN 4
Berikut adalah merupakan cara untuk membuat semakan penempatan SBP iaitu:
- Layari pautan SBP Tingkatan 4: spskt4.moe.gov.my
- Kepada Calon Yang Berjaya, anda perlu mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan.
- Kesemua lampiran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran.
- Sekiranya maklumat tidak lengkap/tidak benar, pihak sekolah berhak untuk tidak mendaftarkan/menolak pendaftaran tersebut.
NOTA: Tawaran penempatan SBP adalah muktamad. Sebarang permohonan pertukaran SBP tidak akan dilayan.
DOKUMEN DIPERLUKAN SEMASA PENDAFTARAN SBP
Pastikan anda bawa bersama beberapa dokumen penting seperti:
- Salinan IC
- Salinan sijil-sijil kokurikulim
- Dokumen yang berkaitan .
NOTA: Pihak SBP berhak menarik balik tawaran sekiranya murid gagal mengemukakan dokumen yang lengkap.
CARA RAYUAN SBP
Kepada murid yang gagal SBP, anda boleh membuat rayuan ke SBP 2023. Permohonan rayuan akan dibuka pada tarikh yang sama semakan tawaran dibuka. Berikut adlaah merupakan cara membuat rayuan iaitu:
- Layari pautane-Rayuan boleh diakses secara online melalui:
- Tingkatan Satu : https://spskt1.moe.gov.my
- Tingkatan Empat : https://spskt4.moe.gov.my
- Pemohon perlu klik pada butang E-Rayuan
- Sila isi nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar dalam APDM) untuk memasuki sistem.
- Sila pilih senarai SBP yang diinginkan.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut atau mempunyai sebarang pertanyaan mengenai SBP, anda boleh merujuk:
- Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP) ditalian 03-832174002
- E-mel: [email protected]
- pejabat : 03-33711658
- emel : [email protected]
ARTIKEL BERKAITAN:
- eRAYUAN SBP SEKOLAH KHUSUS 2023 (Semakan Permohonan Rayuan)
- Permohonan Tingkatan 6 Sekolah Berasrama Penuh (SBP)