Permohonan Tingkatan 6 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2022

Permohonan Tingkatan 6 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2022

 tingkatan 6 sbp

Pelajar lepasan SPM 2021 dipelawa untuk memohon kemasukan ke Tingkatan Enam (6) Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2022 Kolej Islam Sultan Alam Shah dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.

Kami akan kongsikan cara permohonan dan tarikh permohonan yang terkini.

Tarikh Permohonan Ke Tingkatan 6 SBP

Merujuk pada maklumat dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), permohonan menyambung pengajian ke tingkatan 6 KISAS & SMAP Labu untuk calon STPM tahun 2022 dapat dilakukan dari 22 Jun 2022 (Rabu) hingga 30 Jun 2022 (Khamis).

 tingkatan 6 sbp

Cara Memohon Ke Tingkatan 6 SBP

Berikut dikongsikan langkah-langkah membuat permohonan Tingkatan 6 bagi KISAS & SMAP Labu 2022:

1.Klik dan lengkapkan borang permohonan ke Tingkatan 6 STAM di KISAS

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSd1MmBN5QgB0OzO6tsHI_XbtEzHFWW5rU4Fsgbxa_Q6hPnNEw/viewform

Pastikan anda mengisi maklumat dengan betul supaya permohonan anda diterima.

Syarat Kemasukan Ke Tingkatan 6 SBP

Berikut dikongsikan syarat kemasukan ke tingkatan 6 bawah Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh (KISAS/SMAP Labu):

  1. Pelajar hendaklah mempunyai kewarganegaraan Malaysia
  2. Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  3. Mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu gred C atau lebih
  4. Mendapat Kepujian dalam Bahasa Arab Tinggi gred C atau lebih
  5. Lulus kedua-dua subjek di bawah. Salah satu daripadanya hendaklah mempunyai gred C ke atas:
    • Pendidikan Syariah Islamiah
    • Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah
    • Pendidikan Islam
    • Usul Al-Din
    • Al-Syariah
    • Manahij Al-‘Ulum Al Islamiah
    • Turath Al-Quran dan Al-Sunnah
    • Turath Dirasat Islamiah
  6. Mendapat agregat maksimum 14 mata bagi tiga subjek terbaik
  7. Berumur antara 17 hingga 20 tahun pada tahun membuat permohonan

Makluman :

  1. Kepada para pemohon yang berjaya, anda akan mendapat surat tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam KISAS dan SMAP Labu melalui e-mel
  2. Calon yang gagal boleh mengemukakan surat rayuan dan hantar ke emel : pen[email protected] bermula 4 Julai 2022 hingga 18 Julai 2022

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, hubungi:

  1. Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP) ditalian 03-832174002
  2. emel ke [email protected]
  3. no. pejabat : 03-33711658
  4. emel : [email protected]

Artikel Lain : Semak SYARAT UiTM 2022

Leave a Comment