SEMAKAN STATUS WPP PTPTN 2022:CHECK KELAYAKAN & CARA TUNAIKAN RM1500
Semakan Status WPP PTPTN 2022 Wang Pendahuluan Pinjaman|ADAKAH anda peminjam Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN? Panduan buat anda yang ingin membuat semakan Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN tahun 2022 secara online. Untuk makluman anda, semakan Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN 2021 boleh dibuat secara online menerusi Laman Web Rasmi PTPTN.
Sedia maklum, Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN adalah merupakan wang pendahuluan berjumlah RM1,500 yang diberikan kepada pelajar yang layak sebelum mereka mendaftar di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN ini tidak ditawarkan kepada pelajar yang memohon ke IPTS. Pemotongan sebanyak RM500.00 setiap semester daripada jumlah pinjaman PTPTN akan dibuat secara automatik.
Tarikh Semakan WPP PTPTN 2022
Pelajar boleh membuat semakan tawaran WPP mulai Oktober 2022 melalui portal rasmi PTPTN.
Tempoh Sah Laku WPP PTPTN 2022
Tempoh sah laku penuaian WPP ini adalah selama dua bulan bermula 5 Oktober 2022 hingga 5 Disember 2022.
Pelajar boleh menunaikan WPP ini di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) di seluruh negara dengan membawa surat tawaran WPP dan MyKad pelajar itu sendiri (wakil adalah tidak dibenarkan).
Semakan WPP PTPTN 2022 Wang Pendahuluan Pinjaman
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Semakan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN 2022
Cara Semakan Status WPP PTPTN Online
Cara untuk Semak Status WPP PTPTN adalah seperti berikut:
1.Sila layari Portal Rasmi PTPTN secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK : https://www.ptptn.gov.my/semakanwpp/
2.Masukkan Nombor Kad Pengenalan yang disahkan dan klik pada butang ‘Carian’ untuk semakan.
Kaedah Menunaikan WPP PTPTN
Berikut adalah proses penerimaan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP):
1.Surat tawaran WPP boleh dicetak daripada portal rasmi PTPTN. Tempoh sahlaku tawaran adalah 2 bulan dari tarikh dikeluarkan.
2.Tawaran WPP hanya boleh ditunaikan oleh pelajar di mana-mana kaunter Bank Islam dengan membawa dokumen berikut:
3.Surat tawaran WPP yang dicetak daripada portal rasmi PTPTN.
4.MyKad pelajar (Wakil adalah tidak dibenarkan)
Syarat Kelayakan Permohonan WPP
Pelajar yang layak memohon adalah yang memenuhi kriteria seperti berikut:
1. bu Bapa/ Penjaga/ Pelajar mestilah Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH).
2. Pelajar adalah warganegara Malaysia.
3. Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di Universiti Awam & Politeknik.
4. Tidak pernah menerima WPP.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan Semakan Status WPP PTPTN
Sebarang pertanyaan tentang Semakan Status WPP PTPTN atau maklumat lanjut, sila hubungi PTPTN HOTLINE di talian 03 – 2080 4455 atau layari Portal Rasmi https://www.ptptn.gov.my
Baca Juga: KEMASKINI PTPTN:CARA UPDATE/TUKAR EMAIL NO TELEFON & MAKLUMAT PERIBADI
Go go go