SEMAKAN TEMUDUGA HLP HLPS BAGI PPP KPM

SEMAKAN TEMUDUGA HLP HLPS BAGI PPP KPM

SEMAKAN TEMUDUGA HLP HLPS

Semakan Keputusan TemuDuga HLP HLPS Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Sesi 2023.  Kepada mereka yang telah mengikuti temuduga tersebut boleh mula menyemak keputusan hasil temuduga terebut.  

 

Latar Belakang HLP HLPS PPP Program Penajaan KPM

1.Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menawarkan Cuti Belajar/Program Penajaan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk mengikuti pengajian di peringkat pascasiswazah (Ijazah Sarjana dan Kedoktoran) bertujuan untuk membangunkan warga pendidik yang kompeten bagi memenuhi keperluan strategik pendidikan Negara demi memartabatkan Profesion Keguruan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Tahun 2013-2025. 2.Setiap tahun, perancangan dan kelulusan Cuti Belajar/Program Penajaan bagi PPP adalah diselaraskan oleh Bahagian Profesionalisme Guru (BPG) serta Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan (BBP) bertepatan dengan Perancangan Strategik Penajaan Dalam Pembangunan Profesionalisme PPP “Strategic Canvas”.  

 

Tarikh Semakan Panggilan Temuduga HLP HLPS 2023

Panggilan Temu Duga Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Tahun 2023 boleh disemak melalui pautan https://epenawaran.moe.gov.my mulai 10 Mac 2023 (Jumaat), jam 3:00 petang.

 

Tarikh Semakan Keputusan Temuduga HLP HLPS 2023

Keputusan Temu Duga Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Tahun 2023 boleh disemak melalui pautan https://epenawaran.moe.gov.my mulai (akan dikemaskini kemudian)

 

Cara Semakan Keputusan Temuduga HLP HLPS PPP KPM

Tatacara semakan keputusan temuduga HLPHLPS PPP KPM adalah seperti berikut

  1. Layari https://epenawaran.moe.gov.my/
  2. Klik pada pautan SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN PROGRAM HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) / HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SEPARUH MASA / SAMBILAN (HLPS) /CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB) PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) AMBILAN SESI 2023
  3. Masukkan no kad pengenalan anda
  4. Kemudian klik butang semakan
  5. Keputusan keputusan temuduga HLP HLPS PPP KPM tahun 2023 akan dipaparkan
  6. Jika semakan keputusan temuduga anda gagal paparan berikut akan keluar

 

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Jika guru-guru ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan ePenawaran, sila hubungi urusetia seperti di bawah: terdapat sebarang pertanyaan sistem e-Penawaran, boleh menghubungi urusetia berikut:

1. Bahagian Tajaan Pendidikan (pertanyaan umum berkaitan program):

2. Bahagian Pengurusan Maklumat (bantuan teknikal):

  • 03-8884 3823
  • 03-8884 3674

Artikel Lain : Permohonan Biasiswa MyBrainSc

Leave a Comment