PISMP & PPC (Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM)

PISMP & PPC (Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM)

PISMP & PPC

Calon-calon yang layak dipelawa membuat permohonan bagi pengambilan calon guru tajaan KPM untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Pelajar Cemerlang Pendidikan Islam (PPC). Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

Apa Itu PISMP

Program ini bertujuan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah. Pemohon perlu mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.

Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberi Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun di IPG yang ditetapkan oleh KPM. PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara mod sepenuh masa.

 

Apa Itu PPC

Program Pelajar Cemerlang Pendidikan Islam (PPC) merupakan program yang diwujudkan untuk melahirkan bakal guru dalam bidang pendidikan Islam di sekolah terpilih seluruh negara.

 

Syarat Kelayakan PISMP Dan PPC

Berkut adalah merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan PISMP atau PPC iaitu:

PISMP

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun.
  3. Sihat tubuh badan.
  4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  5. Lulus SPM dengan memperoleh gred cemerlang dalam mana-mana 5 mata pelajaran.
  6. Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
    • Bahasa Melayu
    • Sejarah
    • Bahasa Inggeris
  7. Memenuhi syarat bidang pengkhususan.

PISMP laluan MBK

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 22 tahun.
  3. Sihat tubuh badan (tidak termasuk konteks ketidakupayaan dan tertakluk kepada pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bil.2/2017).
  4. Boleh mengurus diri sendiri.
  5. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  6. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  7. Memperolehi sekurang-kurangnya gred kepujian di peringkat SPM dalam mana-mana 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris serta lulus Sejarah dengan mengambil kira syarat akademik yang ditetapkan.
  8. Memenuhi syarat bidang pengkhususan.

PPC

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun.
  3. Sihat tubuh badan.
  4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  5. Calon SPM tahun 2022.

 

Calon Tidak Layak Memohon PISMP Dan PPC

Calon yang berada dalam kategori berikut tidak layak memohon iaitu:

  1. Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia.
  2. Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  3. Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
  4. Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

 

Tarikh Permohonan PISMP Dan PPC

Permohonan bagi kemasukan ke IPG untuk PISMP dan PPC akan dibuka secara atas talian mulai 15 Mac 2023 sehingga 14 April 2023.

 

Tempoh Pengajian PISMP Dan PPC

PISMP

  • Pemohon yang layak akan mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama 12 bulan atau 3 semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.
  • Mereka yang lulus PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama 4 tahun atau 12 semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM.

PPC

  • Pemohon yang layak akan mengikuti pengajian di universiti luar negara yang telah ditetapkan oleh KPM selama 4 tahun.

Penerangan Program PPC

Serba sedikit tentang PPC 2023 adalah seperti berikut:

  • Nama Program : Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) ke Luar Negara Pendidikan Islam
  • Pelajar akan mengikuti pengajian di universiti luar negara yang telah ditetapkan oleh Kementerian luar negara selama empat (4) tahun.
  • Setelah tamat pengajian Ijazah pelajar akan mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di Institut Pendidikan Guru selama satu (1) tahun.

Bidang Pengajian Yang Ditawarkan PPC 

  1. Bidang Bahasa Arab (Lughah)
    • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya tujuh (7) gred cemerlang (A-) dalam manamana mata pelajaran termasuk tiga (3) daripada mana-mana mata pelajaran berikut;
      • Bahasa Arab,
      • Pendidikan Islam,
      • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah,
      • Tasawwur Islam,
      • Pendidikan Syariah Islamiah,
      • Maharat Al-Quran,
      • Hifz Al-Quran,
      • Turath Al-Quran dan Al-Sunnah,
      • Turath Dirasat Islamiah,
      • Usul Al-Din,
      • Al-Syariah,
      • Manahij Al-‘Ulum Al-Islamiah,
      • Turath Bahasa Arab,
      • Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah,
      • Al-Adab Wa AlBalaghah
      • Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (C) dalam mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Sejarah di peringkat SPM.
  1. Bidang Pengajian Islam
    • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya tujuh (7) gred cemerlang (A-) dalam manamana mata pelajaran termasuk tiga (3) daripada mana-mana mata pelajaran berikut; bahasa Arab,
      • Pendidikan Islam
      • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah,
      • Tasawwur Islam,
      • Pendidikan Syariah Islamiah,
      • Maharat Al-Quran,
      • Hifz Al-Quran,
      • Turath Al-Quran dan Al-Sunnah,
      • Turath Dirasat Islamiah,
      • Usul Al-Din,
      • Al-Syariah,
      • Manahij Al-‘Ulum Al-Islamiah,
      • Turath Bahasa Arab,
      • Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah,
      • Al-Adab Wa AlBalaghah
      • Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (C) dalam mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Sejarah di peringkat SPM.
  1. Bidang Tahfiz (Al-Quran Wal Qiraat)
    • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya tujuh (7) gred cemerlang (A-) dalam manamana mata pelajaran termasuk tiga (3) daripada mana-mana mata pelajaran berikut;
      • Bahasa Arab,
      • Pendidikan Islam,
      • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah,
      • Tasawwur Islam,
      • Pendidikan Syariah Islamiah,
      • Maharat Al-Quran,
      • Hifz Al-Quran,
      • Turath Al-Quran dan Al-Sunnah,
      • Turath Dirasat Islamiah,
      • Usul Al-Din,
      • Al-Syariah,
      • Manahij Al-‘Ulum Al-Islamiah,
      • Turath Bahasa Arab,
      • Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah,
      • Al-Adab Wa AlBalaghah
      • Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (C) dalam mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Sejarah di peringkat SPM.

 

Penerangan Program PISMP

Berikut adalah merupakan antara Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan PISMP iaitu:

i) Sekolah Kebangsaan (SK)

  • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
  • Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
  • Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
  • Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
  • Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
  • Sejarah Pendidikan Rendah

ii) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

  • Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
  • Sains Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Bahasa Cina Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
  • Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
  • Sejarah Pendidikan Rendah

iii) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

  • Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
  • Matematik Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
  • Sejarah Pendidikan Rendah
  • Bahasa Tamil Pendidikan Rendah

 

Cara Permohonan PISMP Dan PPC

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang KPM di pautan https://pismp.moe.gov.my mulai 15 Mac 2023 sehingga 14 April 2023.

Selain itu, pemohon dibenarkan mengemukakan 1 permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup.

 

Tarikh Penting Pismp Ipg Online 2023

Berikut adalah merupakan tarikh-tarikh  penting yang ditetapkan oleh KPM:

BILAKTIVITITARIKH
1Permohonan10 Mac – 14 April 2023
2Pelaksanaan e-UKCG17 – 20 April 2023 &

17 – 20 April 2023

3Kemaskini maklumat dan bidang permohonan PISMP8 – 10 Jun 2023
4Hebahan calon layak temuduga & UKF16 Jun 2023
5Temuduga & UKF (Bersemuka) 21 – 23 Jun 2023 &

3 – 6 Julai 2023

6Hebahan calon jaya24 Julai 2023
7Pendaftaran IPG6/7 Ogos 2023

NOTA: Tarikh-tarikh tersebut bergantung kepada pindaan.

  • Calon yang telah menduduki e-UKCG, menghadiri temu duga dan menghantar VKF tetapi tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. IPGM, KPM tidak akan mengeluarkan sebarang makluman kepada calon.
  • Calon dinasihatkan menyemak status permohonan dari semasa ke semasa.

 

 

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai pengambilan guru PISMP dan PPC tajaan KPM ini, sila layari https://pismp.moe.gov.my.

Artikel lain: Contoh Soalan Ujian UKCG

Leave a Comment