SIJIL HILANG/ROSAK/TIDAK DITUNTUT:CARA DAPATKAN SEMULA ONLINE(PERMOHONAN e-Lembaga Peperiksaan)

SIJIL HILANG/ROSAK/TIDAK DITUNTUT:CARA DAPATKAN SEMULA ONLINE(PERMOHONAN e-Lembaga Peperiksaan)

sjili hilang rosak

Keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) adalah satu dokumen penting sekiranya anda ingin memohon kemasukan ke pusat pengajian tinggi ataupun meminta kerja. Sebarang kehilangan sijil SPM akan menyulitkan proses tersebut.

Banyak factor yang menyebabkan kehilangan sijil tersebut. Ada yang mengalami kebakaran rumah yang menyebabkan sijil tersebut juga hangus terbakar. Keciciran atau hilang semasa berpindah rumah boleh menyebabkan sijil SPM tidak dapat dikesan.

Kami akan kongsikan cara untuk memohon kembali sijil SPM yang telah hilang/rosak. Anda hanya perlu ikut Langkah-langkah yang kami syorkan.

Prosedur Sijil SPM Hilang/ Rosak Tidak Dituntut

 Untuk makluman anda semua permohonan salinan keputusan peperiksaan i secara online ini telah dibuka bermula 1 Februari 2021.

Apa yang pasti perkhidmatan ini akan lebih memudahkan urusan kita untuk mendapatkan sijil-sijil peperiksaan yang dah hilang atau nak dapatkan sijil SPM/PMR yang masih belum dituntut.

Artikel Lain: Semakan Keputusan Matrikulasi

Cara Permohonan Sijil SPM Hilang/Rosak Secara Online

 Kini anda boleh membuat sebarang urusan secara atas talian. Anda boleh ikut langkah-langkah berikut:

  1. Sila buka website e-Lembaga Peperiksaan: https://elp.moe.gov.my/
  2. Seterusnya pilih salinan keputusan yang anda inginkan.
  3. Klik dekat situ dan isikan maklumat pada borang permohonan.
  4. Akan ada caj dikenakan, so proceed untuk buat bayaran. (*Untuk SPM cajnya RM30)
  5. Tempoh 7 hari bekerja untuk proses pengeposan slip keputusan.

Langkah-langah Permohonan Keputusan Sijil SPM Hilang/Rosak

LANGKAH 1:

Anda perlu layari PORTAL RASMI e-LEMBAGA PEPERIKSAAN terlebih dahulu. Kemudian, anda akan lihat paparan seperti di bawah.

Klik pada bahagian ‘PERKHIDMATAN’ di bahagian kiri skrin.

LANGKAH 2:

Klik pula pada bahagian ‘SALINAN KEPUTUSAN’

 

LANGKAH 3:

Anda dipaparkan senarai exam seperti di bawah. Pilih sijil peperiksaan mana yang nak buat permohonan tu, so admin bagi contoh kita mohon sijil SPM.

Klik di bahagian ‘SPM’

LANGKAH 4:

Isikan no kad pengenalan anda dan klik pada ‘PAPAR BORANG PERMOHONAN’ untuk anda isi borang permohonan secara online.

LANGKAH 5:

Anda akan lihat seperti paparan di bawah tahun peperiksaan SPM yang di ambil pemohon, nama penuh pemohon, dan tarikh lahir.

Isi kesemua maklumat yang diperlukan dengan teliti dan betul sebelum proceed ke langkah yang berikut.

LANGKAH 6:

Semak kesemua maklumat yang diberikan seperti paparan di bawah.

Pilih berapa jumlah salinan yang anda perlukan, kemudian klik pada bahagian ‘PENGHANTARAN SALINAN’

Ada dua jenis pilihan iaitu:

  1. Ambil sendiri di LPM
  2. Ataupun POS LAJU (Caj RM10 akan dikenakan)

LANGKAH 7:

Sekiranya anda memilih untuk menggunakan perkhidmatan Pos Laju jumlah keseluruhan yang akan dikenakan adalah sebanyak RM40 (RM30 Salinan Sijil + RM10 Pos Laju)

Selesai buat semakan, klik pada ‘PENGESAHAN PERAKUAN PEMOHON’ dan klik ‘MOHON’

Selesai sudah proses permohonan! Anda boleh terus proceed ke proses pembayaran dan tinggal tunggu Sijil SPM atau sijil peperiksaan yang anda mohon sampai ke depan pintu rumah.

Tempoh Masa Pengeluaran Salinan Keputuan Peperiksaan

 Menurut e-Lembaga Peperiksaan, tempoh pengeluaran salinan pernyataan keputusan peperiksaan bagi permohonan di kaunter LP adalah seperti berikut.

  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 1994 – satu (1) jam.
  2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1993 – tujuh (7) hari bekerja.
  3. Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998 –satu (1) jam.
  4. Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997 – tujuh (7) hari bekerja.
  5. Lain-lain peperiksaan (STAM, SPMU, MPV, SPMV, SPVM, SVM, MCE, SPDM, SRP, LCE, MPAV, DLL) – tujuh (7) hari bekerja.

SOALAN LAZIM

 

Bagaimana untuk memohon salinan sijil SPM yang baharu selain daripada cara online?

 

Pihak tuan/puan boleh mengemukakan borang permohonan ke Lembaga Peperiksaan untuk mendapatkan salinan sijil LCE, SRP ,PMR, MCE dan SPM tersebut. Permohonan salinan sijil yang hilang atau rosak boleh dibuat melalui 3 cara iaitu:

 

Secara Terus ke LEMBAGA PEPERIKSAAN

Pemohon boleh datang sendiri ke Kaunter Sijil yang terletak di lobi utama aras Bawah, Blok E11, LP Putrajaya, bayaran RM30.00 dengan membawa bersama-sama Kad Pengenalan dan salinan keputusan (jika ada).

 

Mewakili Pihak Ketiga (Ibubapa/suami/isteri dan adik beradik)

Pemohon boleh mewakili permohonan Salinan Keputusan kepada pihak ketiga dengan syarat, pihak ketiga membawa bersama-sama salinan Kad Pengenalan pemohon, salinan keputusan (jika ada) dan surat wakil (boleh didapati di laman web LP).

 

Permohonan Melalui Pos

Pemohon boleh membuat permohonan melalui pos dengan cara menghantar Borang Permohonan Salinan Keputusan LP/SIJIL/Pin 1.06. Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan Kad Pengenalan hendaklah dipos ke alamat yang tertera di dalam laman web LP.

 

Borang Permohonan Salinan Keputusan LP/SIJIL/Pin 1/06 boleh didapati di kaunter sijil LP Putrajaya atau boleh dimuat turun dari laman web LP di lp.moe.gov.my. Setiap permohonan salinan keputusan, bayaran proses sebanyak RM30.00 dikenakan. Bayaran boleh dibuat secara tunai atau menggunakan Wang Pos (Postal Order) atau Kiriman Wang Money (Money Order) atas nama “AKAUNTAN NEGARA”. Cek persendirian tidak diterima.

 

Sebarang pertanyaan sijil hilang/rosak secara lanjut sila hubungi Unit Pensijilan, Lembaga Peperiksaan di talian 03-8884 3526/3528.

 

 

 

11 thoughts on “SIJIL HILANG/ROSAK/TIDAK DITUNTUT:CARA DAPATKAN SEMULA ONLINE(PERMOHONAN e-Lembaga Peperiksaan)”

  1. lucu sbb sijil untuk citizen pun kena bayar. kata penting untuk database, kata sayang pada citizen. apa ni? hahaha lawak patut kena ada access pada benda mcm ni… kata nak tolong org yang menganggur, benda clear mcm ni pun buta…

    Balas

Leave a Comment