TEKS PENGACARA MESYUARAT AGONG PIBG SEKOLAH

TEKS PENGACARA MESYUARAT AGONG PIBG SEKOLAH

TEKS PENGACARA MESYUARAT AGONG PIBG SEKOLAH

Sekolah anda akan menganjurkan mesyuarat agong PIBG , pasti anda tercari-cari teks ucapan untuk pengacara majlis tersebut.

Majlis, aktiviti atau program tidak sempurna sekiranya tiada Pengacara Majlis. Namun bukan suatu yang mudah untuk menjadi seorang Pengacara Majlis. Majlis dikategorikan kepada dua iaitu rasmi/formal atau tidak rasmi/tidak formal. Ulangkaji perlu dilaksanakan bagi membolehkan persediaan rapi dapat dibuat.

Keyakinan, keberanian, serta sanggup menerima kritikan dan kesilapan merupakan sikap yang perlu ada untuk menjadi seorang Pengacara Majlis yang efisien. Manakala takut, malu serta gugup merupakan sikap yang perlu dijauhi. Selain kebolehan atau bakat yang sedia ada, ia juga boleh dipupuk dengan meningkatkan kekerapan menjadi Pengacara Majlis disamping menyertai kursus berkaitan. Sejujurnya, sikap ini perlu ada bukan sahaja perlu sebagai Pengacara Majlis tetapi boleh dipraktikkan di dalam aktiviti yang melibatkan kita untuk memberikan taklimat, pendapat atau pandangan dalam mesyuarat dan sebagainya.

Kami akan memberikan contoh teks pengacara majlis sempena mesyuarat agong PIBG.

Definisi Pengacara Majlis

Seseorang yang dilantik secara rasmi untuk dipertanggungjawabkan mengendalikan sesebuah majlis mengikut aturcara yang telah ditetapkan dan merujuk kepada skrip yang telah diluluskan serta berpandukana arahan Pegawai Protokol/ Pengurus Majlis (Event Manager)

Artikel Lain : Teks Pengacara Kejohanan Olahraga Sekolah

Contoh Teks Pengacara Majlis Mesyuarat Agong PIBG

Anda boleh download teks di pautan ini : Contoh 1

 

TEKS PENGACARA MAJLIS MESYUARAT AGONG PIBG

CUEANN.
KETIBAAN VIP

 

Mengumumkan ketibaan,

 

Yang Berusaha,

Cikgu Hj. Kuswandy bin Tayen, Pegawai PPD pasir Gudang dan barisan pentadbir SKKM menuju ke pentas utama.

 

(Nyanyian lagu Bangsa Johor dan Lagu Negaraku)

 

Hadirin dipersilakan duduk.

 

PERSEMBAHAN KALAM JAMAIE(Persembahan)

 

Hadirin,

Begitulah tadi persembahan Kalam Jamaie daripada Kumpulan Soutun Najah SK Kota Masai sebagai persembahan pembukaan kepada Majlis Mesyuarat Agung PIBG SK Kota Masai kali ke-17 tahun 2020.

 

 

 

SALUTASI

 

 

 

 

 

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

 

Jika ada pancing di tangan,

Mari mengail ikan kerapu,

Kami menunggu datangmu tuan,

Majlis berseri bertambah mutu.

 

Yang Berusaha,

Cikgu Hj. Kuswandy bin Tayen,

Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang.

 

 

 

Yang dihormati,

Encik Mahari bin Kapor,

Yang dipertua PIBG

Sekolah Kebangsaan Kota Masai

 

Yang Berusaha,

Cikgu Haji Zainuddin bin Mohd Alie,

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai

 

Yang dihormati,

Cikgu Ahmad Imran bin Md Isa,

Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

Sekolah Kebangsaan Kota Masai

 

Cikgu Nor Aiani bt Ghazali,

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Sekolah Kebangsaan Kota Masai

 

Cikgu Zulkefli bin Abu Talib,

Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Sekolah Kebangsaan Kota Masai

 

Cikgu Nor Azah bt Muhamad,

Guru Penolong Kanan Petang,

Sekolah Kebangsaan Kota Masai.

 

Guru-guru Sekolah Kebangsaan Kota Masai,

 

Ibu bapa, para jemputan,

Seterusnya, hadirin yang dikasihi.

 

 

UCAPAN ALU-ALUAN MC

 

Hadirin yang dimuliakan,

 

Kapur gambir dalam puan,

Menggobek sirih tepi serambi,

Selamat datang hadirin dan taulan,

Tambah sempurna majlis kami.

 

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana dengan berkat kerahmatan dan keizinan-Nya dapat juga kita berkumpul di Persada Perpaduan ini untuk menjayakan Mesyuarat PIBG Sekolah Kebangsaan Kota Masai kali ke-17 bagi tahun 2020.

 

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapa dan para tetamu yang sudi hadir dalam majlis yang sangat signifikan ini.

 

Mesyuarat PIBG ini tidak lain menjadi medan pertemuan dan percambahan idea, maklum balas dan pandangan bagi meningkatkan segala macam bentuk kemajuan untuk sekolah ini menjadi lebih terkehadapan di masa yang akan datang.

BACAAN DOAHadirin dan hadirat yang dirahmati,

 

Gosok tembaga sampai berkilat,

Nampak cahayanya semakin hebat,

Majlis kita insya Allah berkat,

Bersulam dengan rahim dan rahmat.

 

Bagi memohon keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan doa yang akan diketuai oleh Yang dihormati Al-Fadhil Ustaz Wan Muhamad Najib bin Wan Anuar.

 

Majlis mempersilakan.

 

-Amin, amin Ya Rabbal A’lamin. Semoga bacaan doa sebentar tadi memberikan kelancaran dan keberkatan kepada majlis kita pada hari ini.

 

UCAPAN GURU BESAR

 

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

 

Kalau hendak ke Pekan Dengkil,

Belikan saya kain belacu,

Silakan tuan segera tampil,

Menyampaikan sesuatu bingkisan di kalbu.

 

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Cikgu Haji Zainuddin bin Mohd Alie, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis mempersilakan.

 

-Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan alu-aluan yang cukup bermakna sebentar tadi.

 

UCAPAN YDP PIBG

 

Para tetamu yang dihormati,

 

Terbang di awan burung jentayu,

Di atas papan batang selisih,

Tampillah tuan kami merayu,

Bersama ucapan pengikat kasih.

 

Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang dihormati, Encik Mahari bin Kapor, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kota Masai untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

 

-Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

 

UCAPAN PERASMIANHadirin dan hadirat yang dihormati,

 

Daun semulur di pekan sari,

Batang jerami rebah ke bumi,

Madah dihulur sembah diberi,

Kata perasmi hajatnya kami.

 

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan   Yang berusaha, Cikgu Hj. Kuswandy bin Tayen, Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang

untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Kota Masai kali ke-17 ini. Majlis mempersilakan.

 

(Gimik Perasmian)

 

Begitulah tadi

sebagai gimik perasmian Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke -17 Sekolah Kebangsaan Kota Masai.

 

PENYAMPAIAN SIJIL/ CENDERAMATA KEPADA AJK PIBG 2019/2020

 

Bagi menyempurnakan acara penyampaian cenderamata kepada Ahli jawatankuasa PIBG sesi 2019/2020, majlis menjemput sekali lagi, Yang berusaha, Cikgu Hj. Kuswandy bin Tayen, Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang untuk menyempurnakannya. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

 

-Majlis merakamkan ucapan terima kasih

 

PENYAMPAIAN ANUGERAH CEMERLANG UPSR 2019Seterusnya, penyampaian anugerah cemerlang UPSR 2019.

Mendahului senarai penerima, dipersilakan

 

 

(senarai nama)

 

 

 

PENYAMPAIAN BKAPMajlis diteruskan lagi dengan penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 2020.

 

Majlis mempersilakan,

 

(Nama murid)

 

PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA PERASMI

 

Hadirin,

 

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang berusaha, Cikgu Hj. Zainuddin bin Mohd Alie, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai diiringi Yang dihormati Encik Mahari bin Kapor, Yang dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kota Masai untuk menyampaikan cenderamata.

 

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan, Yang Berusaha, Cikgu Hj. Kuswandy bin Tayen, Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang untuk menerima cenderamata sebagai tanda kenangan.

 

–       Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas penyempurnaan acara sebentar tadi.

 

JAMUAN

 

Hadirin, para tetamu yang dikasihi,

 

Kalau tuan pikat cemara,

Buatlah bara bakar selasih,

Sudilah tuan jamu selera,

Hidangan mesra pengikat kasih.

 

Majlis mempersilakan Yang Berusaha, Cikgu Hj. Kuswandy bin Tayen, Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang, para tetamu dan ibu bapa untuk menikmati juadah yang telah disediakan.

 

Untuk itu, majlis berhenti rehat seketika dan akan disambung semula pada jam                .

 

Terima kasih. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BERSURAI

 

Bertiup bayu di pantai indah,

Burung kedidi terbang melayang,

Mana yang kurang silap dan salah,

Jangan menjadi bekalan pulang,

 

Hadirin dan hadirat,

Majlis kita berakhir di sini

Saya mewakili pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu, ibu bapa dan murid-murid yang hadir pada hari ini. Semoga kita bersua lagi pada masa yang akan datang.

 

Assalammualaikum w.b.t

Kursus Latihan Pengacaraan Majlis

Sekiranya anda berminat untuk menyertai kursus tersebut, anda boleh melayari pautan ini : http://trainingcentre.nuclearmalaysia.gov.my/?page_id=146

Semoga Perkongsian teks pengacara mesyuarat agong PIBG ini memberikan manfaat kepada anda semua.

5 thoughts on “TEKS PENGACARA MESYUARAT AGONG PIBG SEKOLAH”

  1. Assalamualaikum,saya mohon untuk share.
    Terima kasih, cikgu.

    Anak itik berenang-renang,
    Budi baikmu akan sentiasa dikenang.

    Balas

Leave a Comment