SPS KPM (Cara Kemaskini Maklumat Ibu Bapa Online)

SPS KPM (Cara Kemaskini Maklumat Ibu Bapa Online)

SPS KPM

Perhatian kepada para ibu bapa yang mempunyai anak di sekolah rendah dan menengah, anda kini boleh membuat kemas kini Profil Murid secara dalam talian.

Ibu bapa tidak perlu lagi memmbuat pengisian Borang Maklumat Murid (BMM) secara manual. Dengan menggunakan gajet terkini, anda boleh kemaskini maklumat di Sistem Pengurusan Sekolah APDM KPM dengan pantas dan mudah.

Kami akan membantu menyediakan cara kemas kini di SPS KPM  dengan mudah dan pantas.

 

Tarikh Kemaskini SPS APDM KPM

Kemas kini Profil Murid boleh dilaksanakan sehingga 1 April 2022 secara dalam talian.

Apakah Itu SPS APDM KPM

Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) adalah pangkalan data tunggal yang digunakan oleh semua aplikasi yang berasaskan penjaga utama dan kedua di Kementerian Pendidikan Malaysia

 

Cara Kemaskini SPS APDM KPM

Bagi pengguna pertama kali, sila rujuk langkah berikut:

  1. Layari laman web https://public.moe.gov.my
  2. Pergi ke bahagian DAFTAR MASUK
  3. Klik PENGGUNA BARU jika mempunyai ID
  4. Lengkapkan MAKLUMAT DIRI dan MAKLUMAT AKAUN

Setelah mendaftar, sila log masuk dengan memasukkan nombor KAD PENGENALAN dan KATA LALUAN.

Sila klik ikon KEMASKINI MAKLUMAT.

  1. Maklumat yang perlu dikemaskini adalah seperti berikut:
  • Profil Anak Jagaan
  • Alamat Anak Jagaan
  • Maklumat Penjaga
  1. Setelah selesai mengisi kesemua maklumat, anda perlu membuat Perakuan Maklumat dan Cetak Borang APDM

SPS KPM

 

Lupa Kata Laluan SPS APDMKPM

 Jika terlupa password / username, anda boleh mendapatkan kata laluan melalui e-mel atau soalan keselamatan.

  1. Tekan Lupa Kata laluan -> Isi semua medan No MyKad/Id Pengguna dan Pengesahan Kod-> Klik butang MOHON KATA LALUAN.
  2. Anda juga boleh memilih Tab Soalan Keselamatanatau Tab Padanan Anak.
  3. Mohon semak e-mel (berdasarkan e-mel yang telah dimasukkan semasa pendaftaran)

Jika tuan/puan telah berdaftar, terus masukkan ID (nombor kad pengenalan penjaga) dan kata laluan yang telah ada dalam simpanan tuan/puan.

Untuk makluman, pengemaskinian ini hanya boleh dilakukan oleh ibu bapa/penjaga yang
berstatus warganegara atau mempunyai nombor kad pengenalan 12 digit yang
dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara.

 

MAKLUMAT LANJUT

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi nombor telefon Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM di talian berikut: 03-888 49 225.

Jika E-mel yang dimasukkan semasa pendaftaran tidak sah untuk membuat fungsi LUPA KATA LALUAN, sila e-mel kepada pihak admin. (Dengan subjek e-mel: E-mel tidak sah untuk fungsi kata laluan)

ARTIKEL LAIN : Login SAPS Ibubapa 2022

 

Leave a Comment