SSO KPM (CARA DAFTARLOGIN & MANUAL PENGGUNAAN)
Perhatian kepada semua guru, ayuh mendafar dengan SSO KPM, kerana dengan menggunakan teknologi Single Sign On anda boleh terus log masuk ke banyak sistem berkaitan.
Bagaimana cara daftar SSO KPM? Disini kami kongsikan cara untuk daftar, login dan manual pengguna bagi sistem SSO KPM, semoga membantu.
APA ITU SSO
Single sign-on (SSO) ialah satu ciri kawalan akses untuk pelbagai sistem yang berkaitan tetapi tidak bergantung di antara satu sama lain. Dengan ciri ini, seorang pengguna hanya perlu log masuk sekali sahaja untuk mengakses semua sistem yang dibenarkan akses tanpa perlu log masuk secara berasingan untuk setiap sistem.
CARA DAFTAR SSO KPM
Bagi guru yang ingin daftarkan pelbagai sistem ke dalam SS0 KPM, Berikut adalah cara buat pendaftaran kali pertama
- Sistem eMIS
- Log masuk ke dalam sistem eMIS menggunakan LoginID dan Katalaluan.
- Untuk pendaftaran SSO kali pertama, klik Daftar SSO.
- Klik Daftar SSO sekarang.
- Masukkan maklumat yang diperlukan seperti:
- No Kad Pengenalan
- Kata laluan
- Pengesahan Kata Laluan
- Email anda
- Setelah selesai, klik Daftar.
- Sistem APDM
- Log masuk ke dalam sistem APDM menggunakan ID Pengguna dan Katalaluan.
- Untuk pendaftaran SSO kali pertama, klik Daftar SSO.
- Klik Daftar SSO sekarang.
- Masukkan maklumat yang diperlukan seperti:
- No Kad Pengenalan
- Kata laluan
- Pengesahan Kata Laluan
- Email anda
- Setelah selesai, klik Daftar.
- Sistem eOperasi.
- Log masuk ke dalam sistem eOperasi menggunakan LoginID, Katalalaun dan No. Kad Pengenalan.
- Untuk pendaftaran SSO kali pertama, klik Daftar SSO.
- Klik Daftar SSO sekarang.
- Masukkan maklumat yang diperlukan seperti:
- No Kad Pengenalan
- Kata laluan
- Pengesahan Kata Laluan
- Email anda
- Setelah selesai, klik Daftar.
CARA LOGIN SSO KPM
Setelah melakukan proses pendaftran seperti di atas, berikuta ada cara Log Masuk sistem SS0 KPM:
- Layari pautan rasmi SS0 KPM: https://sps1.moe.gov.my .
- Klik Log Masuk.
- Masukkan No.KP dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Klik LOG MASUK.
- Selesai
CARA MENGAKSES SISTEM SSO KPM
Setelah anda Log Masuk, berikut adalah cara untuk mengakses sistem SS0 KPM:
- Klik MENU untuk paparan senarai sistem. Terdapat 3 paparan sistem pengurusan:
- Klik Pengurusan Sekolah
- Untuk akses ke sistem berkaitan dengan sekolah. Senarai Pengurusan Sekolah akan dipaparkan.
- Klik Pengurusan Guru
- Untuk akses ke sistem berkaitan dengan guru. Senarai pengurusan guru akan dipaparkan.
- Klik Pengurusan Murid
- Untuk akses ke sistem berkaitan dengan murid. Senarai pengurusan murid akan dipaparkan.
- Sekiranya pengguna mempunyai akses, pengguna boleh membuat capaian ke sistem berkenaan. Contohnya, untuk eOperasi, skrin akan tertera maklumat anda dan juga peranan anda apabila pengguna akses ke sistem tersebut.
- Sekiranya pengguna tiada akses, mesej “anda tiada akses/ sila hubungi pentadbir sistem / tiada rekod dalam sistem” akan dipaparkan.
- Klik Pengurusan Sekolah
CARA TUKAR KATA LALUAN SSO KPM
Sekiranya anda ingin menukar kata lalaun, berikuta adalah caranya:
- Log masuk akaun SS0 KPM anda
- Pada menu utama, klik pada “Tukar Password”.
- No Kad Pengenalan anda akan terpapar, isikan pada ruangan berkenaan:
- Kata Laluan Semasa
- Kata Laluan Baharu
- Confirm Kata Lalaun Baharu.
- Setelah selesai, klik pada Tukar Kata Laluan.
CARA RESET KATA LALAUAN SSO KPM
Sekiranya anda terlupa kata lalaun, berikut adalah cara untuk reset kata lalaun anda:
- Layari pautan rasmi SSO KPM: https://sps1.moe.gov.my .
- Klik pada tab LUPA PASSWORD pada laman utama
- Masukkan alamat emel yang digunakan semasa log masuk SSO kali pertama.
- Klik “Hantar password ke emel.”Klik OK.
- Kata laluan pengguna akan diset semula dengan kata laluan sementara. Kata laluan tersebut akan dihantar ke emel pengguna.
SOALAN LAZIM
Sekiranya sata hadapi amsalah berkenaan sistem SSO KPM, siap saya patut hubungi?
Anda boleh hubungi HelpDesk SSO:
- Pengguna boleh hantar emel kepada [email protected] atau mengisi borang laporan isu di https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php#
- Pihak KPM akan berusaha untuk menangani isu yang dibangkitkan.
Adakah pengguna boleh mengakses lebih daripada satu sistem pada masa yang
sama tanpa melalui laman SSO KPM?
Ya, tetapi pengguna perlu memasukkan sekali lagi ID pengguna dan password untuk log masuk ke sistem kedua dan seterusnya. Ciri SSO tidak boleh digunakan sekiranya pengguna tidak menggunakan laman SSO KPM untuk mengakses sistem berlainan pada masa yang sama.
Adakah SSO boleh digunakan oleh pengguna luar KPM yang mempunyai akses ke
sesuatu sistem?
Tidak. Pada masa kini, penggunaan SSO hanya terhad kepada pengguna KPM yang berdaftar dengan menggunakan No KP dalam sistem dan sistem yang terlibat sahaja.
Artikel Lain : Cara Daftar PLC dalam SPLKPM