TEMUJANJI TABUNG HAJI ONLINE (Buat Appointment & Borang Transaksi Online)

TEMUJANJI TABUNG HAJI ONLINE (Buat Appointment & Borang Transaksi Online)

TEMUJANJI TABUNG HAJI ONLINE

Bagi membantu membendung penularan wabak dengan lebih berkesan, semua operasi dan perkhidmatan kaunter Tabung Haji adalah melalui sistem temujanji Tabung Haji online sahaja dalam fasa PKP 3.0 ini, iaitu mulai 25 Mei 2021.

Waktu janji temu adalah mulai jam 9.30 pagi hingga 1.00 petang (waktu operasi kaunter terhad) di cawangan-cawangan yang terpilih.

Di sini kami kongsikan cara membuat temujanji Tabung Haji online di Pejabat Cawangan Tabung Haji dan cara mengisi borang transaksi bagi mempercepatkan urusan di kaunter nanti.

 

 

Perkhidmatan Yang Ditawarkan Untuk Urusan Temujanji Tabung Haji Online

Perkhidmatan yang ditawarkan untuk urusan temu janji Tabung Haji online seperti berikut:

  1. Pindahan Telegrafik
  2. Pembatalan Haji
  3. Pindahan Simpanan
  4. Kemaskini Profil Peribadi
  5. Pusaka Hibah/Amanah
  6. Simpanan
  7. Pengeluaran
  8. Virtual Account Opening (VAO)

Semasa hadir untuk urusan temujanji Tabung Haji online, sila pastikan tuan/puan sentiasa memakai pelitup muka dan hidung (face mask) serta mengamalkan penjarakan fizikal 1 meter ketika berada di ruangan kaunter.

Tuan/puan perlu mendaftar masuk (check-in) dengan mengimbas kod Quick Response (QR)  menggunakan aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis.

 

Cara Membuat Temujanji Tabung Haji (TH) Online

Cara membuat temujanji TabungHaji secara online adalah seperti berikut:

  1. Rujuk senarai cawangan Tabung Haji yang beroperasi di https://www.tabunghaji.gov.my/ms/operasi-pejabat-cawangan-th
  2. Layari pautan https://www.tabunghaji.gov.my/ms/form/borang-temujanji
  3. Sila isikan borang temu janji dengan lengkap.
  4. Pilih tarikh dan waktu mengikut masa beroperasi.
  5. Tekan butang Hantar.
  6. Sila semak waktu temujanji yang telah ditetapkan dan hadir mengikut masa yang telah berjaya didaftarkan.

 

 

Borang Transaksi TH Online

Berikutan kes penularan Covid-19 yang semakin meningkat, pendeposit digalakkan merancang sekiranya perlu berurusan di TH.

 

Muat turun borang transaksi Tabung Haji di rumah dan tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mengisi borang di kaunter. Urusan menjadi lebih mudah, cepat dan selamat.

Muat Turun Borang :

i) Borang Simpanan. Maklumat lanjut

 

ii) Contoh borang Hibah Amanah TH. Maklumat Lanjut

 

iii) Borang Kelab TaHa & TaHa@U. Maklumat Lanjut

 

iv) Urusan Haji

Rayuan Haji. Maklumat Lanjut

Permohonan Kad Tauliah Mengajar atau melanjutkan tempoh Kad Tauliah. Maklumat Lanjut

 

Untuk melihat senarai penuh borang dari laman web Tabung Haji, sila klik disini.

 

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saluran berikut

Telefon : +603-6207 1919(THCC)

E-mel : [email protected]

Laman web : https://www.tabunghaji.gov.my/

 

Artikel Lain

CONTOH SURAT RAYUAN HAJI 2022(Format & Borang Permohonan Rasmi)

1 thought on “TEMUJANJI TABUNG HAJI ONLINE (Buat Appointment & Borang Transaksi Online)”

Leave a Comment