CARA PILIH COURIER SHOPEE:TUTORIAL SHIPPING OPTION

CARA PILIH COURIER SHOPEE:TUTORIAL SHIPPING OPTION

CARA PILIH COURIER SHOPEE

Cara pilih Courier Shopee untuk memudahkan anda. Tidak dinafikan membeli belah di atas talian sudah menjadi pilihan kebanyakan orang terutamanya ketika musim pandemik ini. Ia bukan sahaja cepat, malah ada barangan yang ditawarkan pada harga yang lebih jauh rendah berbanding di premis.

Ya, aplikasi Shopee antara platfrom e-dagang yang cukup terkenal dan sering digunakan oleh pembeli dan penjual atas talian. Namun, baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita bahawa syarikat tersebut akan memilih kurier penghataran setiap kali pelanggan melakukan pembelian.

CARA PILIH COURIER SHOPEE

Baca Juga: BAKUL MAKANAN JKM:CARA PERMOHONAN & NO BILIK GERAKAN JKM(Hubungi Segera)

Kenapa Tidak Boleh Pilih Courier Shopee

Shopee kini telah mula memaklumkan kepada penjual mereka, dimana bermula 17 Jun 2021 ini, para pengguna yang membeli-belah di Shopee tidak lagi boleh memilih syarikat kurier penghantar untuk pembelian mereka.

Sebaliknya, pengguna akan diberikan syarikat kurier penghantaran secara automatik oleh sistem. Shopee mengatakan langkah ini akan meningkatkan lagi kadar kecekapan logistik.

Berbeza dengan hari ini, pengguna sekadar akan diberikan pilihan “Standard Delivery”, “Economy Delivery” dan juga “Lain-lain”. Pilihan untuk syarikat kurier akan dilakukan pada bahagian latar tanpa pengetahuan pengguna – dan juga berdasarkan tetapan oleh sesuatu kedai penjual pada platform berkenaan.

Dengan langkah ini juga, ia mungkin akan terus membolehkan Shopee secara tidak langsung mempromosikan perkhidmatan logistik Shopee Express atau dinamakan Sea Shipping melalui pilihan penghantaran ekonomi – selain turut menghilangkan jenama lain daripada dipaparkan dimata pengguna.

Ramai yang kecewa tidak dapat memilik kurier kegemaran mereka sendiri. Tetapi kali ini kami akan kongsikan berita baik kepada korang semua tentang cara memilik kurier kesukaan korang semasa melakukan proses pembelian di Shopee. Cara pilih Courier Shopee

Baca Juga: JANJI TEMU ONLINE( JTO ) KWSP:PERMOHONAN TEMU JANJI DALAM TEMPOH PKP

Cara Pilih Courier Shopee

Cara pilih Courier Shopee adalah seperti berikut:

  1. Buka aplikasi Shopee
  2. Pilih barang apa yang nak beli
  3. Pergi ke ‘filter’ atau saring
  4. Pilih jenis kurier
  5. Klik sahaja pada standard delivery, jangan risau lepas bayar korang akan dapat kurier yang korang nak.

Sebelum itu, kena pastikan kedai atau seller tersebut sudah set kepada random kurier jika tidak, korang terpaksa menggunakan kurier pilihan shopee.

Semoga bermanfaat

 

 

Leave a Comment