Permohonan Kemasukan Tingkatan 6 Aliran Tahfiz 2022 (Senarai Sekolah )

Permohonan Kemasukan Tingkatan 6 Aliran Tahfiz 2022 (Senarai Sekolah )

Tingkatan 6 Aliran Tahfiz

Pelajar lepasan SPM 2021 dipelawa untuk membuat permohonan ke Tingkatan 6 Aliran Tahfiz sesi 2022. Kini murid-murid dapat membuat pilihan mengikut kesesuaian masing-masing.

Kami akan kongsikan cara membuat peermohonan dengan mudah dan pantas.

Apa Itu Tingkatan 6 Aliran Tahfiz 

T1ngkatan 6 Aliran Tahfiz merupakan pengajian selama 3 semester yang menggabungkan hafazan Al-Quran, bahan ilmiah secara tutorial, dan amali qiraat dalam tempoh 3 semester.

Aliran ini diwujudkan bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai hafazan yang baik dan cemerlang dalam pembelajaran.

Senarai Sekolah Tingkatan 6 Aliran Tahfiz 

Senari sekolah yang menawarkan aliran ini bagi Tingkatan 6 adalah seperti berikut:

  1. SMK Agama Putrajaya
  2. SMK Agama Kedah
  3. SMK Agama Kerian
  4. SMK Agama Maahad Muar
  5. SMK Agama Tok Bachok
  6. SMK Agama Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail
  7. SMK Agama Kota Kinabalu

Syarat Permohonan

Pelajar yang ingin membuat permohonan perlu mengikuti syarat-syarat permohonan yang berikut:

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan semasa.
  2. Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  3. Memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Hifz al-Quran/Maharat al-Quran atau sekurang-kurangnya gred C; atau
  4. Pelajar yang memperolehi kepujian atau sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Pendidikan Islam/Pendidikan Syari’ah Islamiah/Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah/Usul al-Din/Al-Syariah/Manahij al-‘Ulum al Islamiah/Turath al-Quran dan al-Sunnah/Turath Dirasat Islamiah.
  5. Pelajar yang memperolehi kepujian atau sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah al-‘Arabiah al-Mu’asirah/Al-Adab wa al-Balaghah/Turath Bahasa Arab.
  6. Telah menghafaz sekurang-kurangnya 7 juzuk.
  7. Bersetuju mengikuti program ini sehingga tamat 3 Semester.

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dibuat menerusi link berikut https://bit.ly/MohonT6Tahfiz2022.

Link permohonan tersebut akan aktif bermula pada 12.01 pagi 16 Jun 2022.

Keterangan Lanjut

Keterangan lanjut mengenai permohonan kemasukan Tingkatan 6 Aliran Tahfiz boleh dirujuk melalui pautan https://www.moe.gov.my/.

Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya untuk temu duga akan dimaklumkan oleh SPI Jabatan Pendidikan Negeri melalui laman sesawang Jabatan Pendidikan Negeri yang dimohon.

Calon yang gagal boleh mengemukakan surat rayuan ke SPI Jabatan Pendidikan Negeri tempat dimana calon menghadiri temuduga yang lalu bermula 14 Julai 2022 hingga 21 Julai 2022.

Johor : No Tel : 07-2310071
Emel : [email protected]

Perak : No Tel : 05-5015000
Emel : [email protected]

Kelantan : No Tel : 09-7418057
Emel : [email protected]

Sabah : No Tel : 088-513436
Emel : [email protected]

Kedah : No Tel : 04-7404273
Emel : [email protected]

Putrajaya : No Tel : 03-88890087
Emel : [email protected]

Negeri Sembilan : No Tel : 06-7653621
Emel : [email protected]/

Terengganu : No Tel : 09-6221733/09-6213326
Emel : [email protected] / [email protected]

Sarawak : No Tel : 082-473775

Emel : ramona.ha[email protected]

Artikel lain : Semak Syarat UiTM 2022

Leave a Comment