CARA BUAT TUNTUTAN TRIBUNAL PENGGUNA MALAYSIA TTPM (Barang Rosak/Hilang/Perkhidmatan Kurang Memuaskan)

CARA BUAT TUNTUTAN TRIBUNAL PENGGUNA MALAYSIA TTPM (Barang Rosak/Hilang/Perkhidmatan Kurang Memuaskan)

tribunal tuntutan pengguna maalysia

Kerosakan barang Ketika proses kurier adalah mimpi ngeri kepada pembeli. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) bersedia membantu pembeli untuk membuat tuntutan kerugian tersebut.

Pembeli barangan tersebut yang tidak dapat menyelesaikan permasalahan ganti rugi dengan pihak penjual boleh membuat tuntutan di TTPM.

Pihak TTPM akan akan meneliti tuntutan dibuat sebelum mengarahkan pihak berkaitan sama ada peniaga atau syarikat kurier untuk tindakan ganti rugi jika terbukti kesilapan dan kelalaian berpunca daripada mereka.

Peranan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)

(TTPM) adalah suatu badan kehakiman bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 bagi melindungi hak rakyat sebagai seorang pengguna.

Mula berkuat kuasa pada 15 November 1999, TTPM berfungsi untuk mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan yang difailkan pengguna di bawah Akta 599 dan tertakluk kepada peruntukan akta terbabit.

Sebagai satu saluran alternatif kepada mahkamah sivil, bidang kuasa tribunal adalah untuk pengguna menuntut tebus rugi berkenaan pembelian barang atau perkhidmatan yang dibenarkan di bawah bidang kuasa, jumlah amaun tuntutan tidak melebihi RM50,000 dan tuntutan yang dijelaskan dalam masa tiga tahun dari tuntutan itu.

 

Jenis Tuntutan Di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)

 

BARANGPERKHIDMATAN
Alat ganti keretaBengkel Kereta
PerabotUbahsuai rumah
Trade in KeretaAgensi pembantu rumah
Deposit kereta/rumahPusat rawatan dan kecantikan
Barangan ElektrikPakej perkahwinan
PakaianCatering
Telefon/KomputerPakej foto
Peralatan SukanPenghantaran pos
Alat Permainandobi

 

*Senarai diatas adalah sebahagian daripada Contoh Tuntutan yang boleh difailkan di TTPM

 

Had Jumlah Tuntutan Di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)

 Pengguna boleh menuntut tebus rugi berkenaan pembelian barang atau perkhidmatan yang dibenarkan di bawah bidang kuasa, jumlah amaun tuntutan tidak melebihi RM50,000 dan tuntutan yang dijelaskan dalam masa tiga tahun dari tuntutan itu.

 

Permohonan Ganti Rugi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)

Terdapat 2 cara membuat tuntutan ganti rugi tersebut:

 

  1. Tuntutan secara atas talian
  2. Berkunjung ke Pejabat TTPM terdekat

 

Prosedur Tuntutan Ganti Rugi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Online

 Berikut dikongsikan Langkah-langkah pemfailan sesuatu tuntutan ganti rugi:

Langkah 1

Klik pada pautan ini :

https://ttpm.kpdnhep.gov.my/login

 

Langkah 2

Anda lakukan pendaftaran akaun, jika anda warganegara Malaysia isikan nombor kad pengenalan, nama penuh,maklumat peribadi anda.

Pastikan anda mencipta kata laluan yang mudah diingati. Teruskan dengn tekan butang DAFTAR.

Setelah selesai, anda login semula menggunakan username dan kata laluan tadi.

 

Langkah 3 

Klik pada fail tuntutan dan isi maklumat diri anda. Setelah selesai, masukkan nama pihak yang anda mahu saman itu (penentang).

Anda mesti mempunyai maklumat pihak tersebut seperti nama individu/syarikat, nombor pendaftaran dan alamat mereka. Jika ia adalah syarikat, boleh buat carian online SSM di

https://www.mydata-ssm.com.my/homePage

 

Langkah 4

Setelah selesai memasukkan maklumat pihak-pihak, anda bolehlah terus ke keterangan tuntutan dan nyatakan jenis transaksi anda serta apakah tuntutan anda ke atas pihak penentang.

Anda juga boleh menyertakan dokumen sokongan seperti gambar atau video untuk menyokong tuntutan anda.

 

Langkah 5

Setelah selesai, anda bolehlah buat bayaran pendaftaran. Cuma RM5 sahaja. Tribunal akan mengarahkan anda untuk menyerahkan saman ini kepada penentang. Anda boleh serah secara personal (by hand) atau menggunakan pos berdaftar.

Kemudian hadir ke Tribunal pada tarikh yang telah ditetapkan untuk mengemukakan kes anda di hadapan Pengerusi Tribunal.

 

Prosedur Tuntutan Ganti Rugi Di Pejabat Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)

A)Borang 1

Semua tuntutan yang dikemukakan pihak yang menuntut (pembeli) perlu dibuat dalam Borang 1 yang boleh didapati secara percuma dari pejabat tribunal berdekatan.

Pihak yang menuntut perlu mengisi empat salinan Borang 1 dan kemudian memfailkannya di pejabat tribunal terdekat dengan bayaran fi pemfailan sebanyak RM5.00.

Borang 1 akan didaftarkan, ditarikhkan, ditandatangani dan dimeterai oleh Setiausaha Tribunal. Dua salinan Borang 1 yang sudah dimeterai tribunal akan dikembalikan kepada pihak yang menuntut untuk serahan ke atas penentang (penjual).

Jika penentang adalah seorang individu, Borang 1 boleh ditinggalkan, diberi atau dipos dalam satu surat berdaftar berbayar dahulu kepada alamat terakhir yang diketahui.

Jika penentang adalah sebuah syarikat, Borang 1 boleh ditinggalkan atau diberikan kepada pengarah, pengurus, setiausaha atau atau dipos dalam satu surat berdaftar berbayar dahulu kepada alamat terakhir yang diketahui.

 

B) Borang 2

 

Penentang yang menerima Borang 1 yang dimeterai daripada pihak yang menuntut perlu mempertikaikan tuntutan, memfailkan pernyataan pembelaan dan tuntutan balas (jika ada) dalam Borang 2 yang boleh didapatkan secara percuma daripada pejabat tribunal.

Borang 2 perlu difailkan dalam empat salinan di pejabat tribunal dalam tempoh 14 hari dari tarikh terima Borang 1. Bayaran bagi pemfailan Borang 2 adalah sebanyak RM5 dan resit resmi akan dikeluarkan kepada penentang

Borang 2 akan didaftarkan, ditarikhkan, ditandatangani dan dimeterai dengan meterai tribunal oleh Setiausaha Tribunal. Dua salinan Borang 2 yang sudah dimeterai akan dikembalikan kepada penentang untuk serahan satu salinan kepada pihak yang menuntut.

 

C) Borang 3

 

Pihak yang menuntut yang sudah menerima Borang 2 daripada penentang perlu membuat pembelaannya kepada tuntutan balas penentang (jika ada) dalam Borang 3 yang boleh didapati secara percuma daripada pejabat tribunal

Borang 3 perlu difailkan dalam empat salinan di pejabat tribunal yang berkenaan dalam masa 14 hari dari tarikh pihak yang menuntut menerima Borang 2. Tiada fi pemfailan dikenakan bagi Borang 3.

Borang 3 akan didaftarkan, ditarikhkan, ditandatangani dan dimeterai dengan meterai tribunal oleh Setiausaha Tribunal dan 2 salinan Borang 3 yang sudah dimeterai akan dikembalikan kepada pihak yang menuntut untuk diserahkan satu salinan kepada penentang.

Borang-Borang 1, 2, 3 dan 12 boleh juga didapati melalui laman sesawang www.kpdnkk.gov.my atau http://ttpm.kpdnkk.gov.my. Panduan atau senarai semakan berhubung cara pengisian Borang 1, 2, 3 dan 12 boleh juga didapati dari pejabat tribunal.

 

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda membuat tuntutan gantirugi diatas kerosakan barangan tersebut.

 

Artikel Lain: Cara Return Refund Shopee

 

Leave a Comment