CONTOH UCAPAN PANTUN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI(Kreatif & Menusuk Hati)

CONTOH UCAPAN PANTUN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI(Kreatif & Menusuk Hati)

UCAPAN PANTUN HARI RAYA

Seperti yang diketahui, seluruh umat islam di jangka akan mula menyambut bulan Syawal pada 22 April 2023 (Sabti). Sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lengkap rasanya tanpa ucapan atau pantun selamat Hari Raya Aidilfitri. Di sini kami akan kongsikan kepada anda contoh ucapan dan pantun selamat hari raya aidilfitri yang boleh anda gunakan untuk update pada media sosial seperti facebook, twitter, instagram, whatsapp, line dan sebagainya. Semoga membantu.

 

SENARAI UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Berikut adalah merupakan contoh ucapan selamat Hari Raya Aidilfitri yang biasa kita gunakan iaitu:

  • Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Salam Aidilfitri. Semoga kita termasuk orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.
  • Ramadhan telah kita tinggalkan, kini menjelma Syawal yang mulia. Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dgn rasa suka. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
  • Selamat menyambut hari raya Aidilfitri. Semoga kita semua boleh meneladani ketaatan dan ketulusan Nabi Ibrahim dalam berkorban untuk mendekatkan diri pada Allah, Tuhan yang Maha Esa.
  • Sempena kedatangan Syawal yang mulia, saya, ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidifitri kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam
  • Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

 

SENARAI UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MENUSUK HATI

Berikut adalah merupakan contoh ucapan selamat Hari Raya Aidilfitri yang menusuk hati yang boleh kita gunakan iaitu:

  • Salam Aidilfitri. Semoga kita termasuk orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.
  • Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita. Namun lambaian Syawal pula menanti di sana. Dengan luhur hati ikhlas kemaafan, semoga silap dan salah mohon di ampuni.
  • Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan jika ada salah dan silap atau keterlanjuran bicara. Semoga tarbiyyah Ramadan yang kita sama-sama lalui kali ini menjadikan kita seorang muslim yang lebih baik dan bertaqwa kepada Allah. Selamat Hari Raya
  • Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata. Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa. Mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
  • Walaupun berjauhan dari keluarga dan sanak saudara yang tercinta, semoga sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dapat di sambut dalam kesederhanaan tetapi meriah serta diberkati oleh Allah SWT.

 

SENARAI UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KREATIF

Berikut adalah merupakan contoh ucapan selamat Hari Raya Aidilfitri yang kreatif anda boleh gunakan iaitu:

  • RABU cari KHAMIS, nak tanya nampak tak JUMAAT nak minta ingatkan SABTU bagitahu AHAD agar tak lupa untuk mesej ISNIN yang SELASA dah raya. Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.
  • Sir lump mud hurry rare year ideal fit tree moo lee year… ma half za hair bar ten… 2 loose dairy hearty young eek class.. Sorry I baroo balik dairy LONDON.
  • I love to see you wearing Baju Krung in hari raya, Cause i will kurung you in my heart. Hehehe.. Selamat Hari Raya
  • Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf sekiranya ada tersilap, terkerek, terover, terkurang, Terpoyo dan semua ter lagi. Kosong Kosong okay
  • Baju raya tak yah warna warni… Kerana awak sudah cukup mewarnai hari-hari saya… Selamat Hari Raya Aidilfitri
  • Malam – malam lihat lampu jalan Tengok – tengok hantu raya Hati hati diatas jalan Supaya selamat pulang beraya
  • Bile raya line Bz gila, Masa Tu maki Pun tak guna, Maxis, celcom, digi sumenya sama, Org bijak tak yah tuggu raya, Ucap sekarang pon boleh apa! Selamat Hari Raye.

 

SENARAI PANTUN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Berikut adalah merupakan contoh pantun selamat Hari Raya Aidilfitri yang biasa kita gunakan iaitu:

Pulau Pandan Jauh Ke Tengah,

Gunung Daik Bercabang Tiga,

Makan Sudah Bersalam Pun Sudah,

Duit Raya Takkan Dah Lupa.

Memukul Gendang Pelbagai Gaya,

Amat Meriah Riang Gembira, R

amai Bertandang Di Hari Raya,

Tersenyum Riang Sanak Saudara.

Disisir Diandam Dengan Cekap,

Potong Rambut Pelbagai Gaya,

Puasa Sebulan Sudahlah Lengkap,

Kita Menyambut Hari Raya.

Buah Pauh Ditengah Bendang,

Jadi Dagangan Ditengah Kota,

Saudara Jauh Datang Bertandang,

Bermaaf-Maafan Sesama Kita.

Disisir diandam dengan cekap,

Potong rambut pelbagai gaya,

Puasa sebulan sudahlah lengkap,

Kita menyambut Hari Raya.

Masak udang dan gulai ketam,

Pembasuh mulut kuih keria,

Berbunyi mercun berdetum detam,

Riang gembira dihari raya.

Satu Syawal menjelang tiba,

Takbir bergema mengegarkan jiwa,

Sekiranya ada salah dan dosa, Ampun dipinta dihari mulia,

Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.

Gemersik takbir mengundang hiba,

Salam diutus tanda ingatan,

Syawal dinanti menjelang tiba,

Salam diutus pohon kemaafan, Maaf zahir dan batin.

Cahaya Ramadhan berlalu pergi,

Menyambut tibanya Aidilfitri, Ampun maaf segala peri,

Semoga ikatan kekal dihati,

Selamat Hari Raya Maaf zahir batin.

Pelita diletak di atas para,

Hendak dinyala di tepi perigi;

Wassap dihantar pengganti kad raya,

Tanda ingatan di Aidilfitri

Satu Syawal menjelang tiba,

Takbir bergema mengegarkan jiwa,

Sekiranya ada salah dan dosa,

Ampun dipinta dihari mulia.

Awal Syawal rai kemenangan,

Umat Islam saling berkunjungan,

Tahmid bertukar erti ketenangan,

Selamat menyambut Hari Lebaran

Sepuluh jari tersusun rapi,

Bunga melati pengharum hati,

Mesej dikirim pengganti diri,

Memohon maaf setulus hati.

Buat meriam pasang pelita,

Asap keluar bunyi tak ada,

Ucapan raya maaf dipinta,

Harap tiada yang mengguris jiwa

Kian berlabuh tirai Ramadan,

Lambaian Syawal kian dinanti,

Luhur hati ikhlas kemaafan,

Semoga kesalahan dimaafi.

Raya pertama cantik berseri,

Berbaju kurung bagai puteri;

Duit Raya jangan lupa diberi,

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Ada mata pandanglah keindahan,

Ada mulut berbudilah pertuturan,

Ada hati berilah kesayangan,

Ada salah dan silap sudilah memaafkan.

Sungai disusur sehari-hari,

Dalam gelap menangkap ikan,

Kami menyusun sepuluh jari,

Salah dan silap harap dimaafkan.

 

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment