Permohonan Waktu Kerja Fleksibel (Pindaan Akta Kerja 1955)

Permohonan Waktu Kerja Fleksibel (Pindaan Akta Kerja 1955)

Waktu Kerja Fleksibel

Berita gembira buat pekerja-pekerja di Malaysia, Pindaan Akta Kerja 1995 yang berkuat kuasa pada 1 September hadapan bakal membolehkan kalangan pekerja di negara ini memohon waktu Aturan Kerja Fleksibel (AKF) daripada majikan masing-masing.

Kami menyediakan cara permohonan waktu kerja fleksibel yang mudah dan ringkas.

Cara Permohonan Waktu Kerja Fleksibel 

Berikut cara membuat permohonan mulai 1 September 2022:

  1. Membuat surat permohonan dengan menyatakan:
    • perubahan waktu bekerja
    • perubahan hari bekerja
    • perubahan tempat kerja
  2. Hantar kepada majikan dan tunggu jawapan dalam masa 60 hari.

Keputusan kerajaan dalam AKF itu bagaimanapun tidak memaksa majikan melaksanakannya, sebaliknya ia bergantung kepada kesesuaian agensi serta syarikat masing-masing.

kajian mengenai perkara itu perlu dilakukan secara menyeluruh kerana terdapat majikan yang terkesan atas faktor produktiviti rendah.

Majikan pun perlu ada kajian tersendiri mengenai perkara ini dan kemudian boleh dibawa dalam perbincangan bersama Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan JPPM.

waktu kerja fleksibel ini dapat memberikan pekerja ruang untuk mengatur waktu kerja yang lebih efisien dan bersesuaian mengikut keperluan individu.

Adakah anda seorang pekerja yang dilindungi oleh Akta Kerja 1955?

Pekerja yang dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 ialah semua pekerja yang menerima gaji tidak melebihi RM2,000.00 sebulan dan juga semua pekerja manual tanpa had gaji.

Jika anda seorang pekerja asing yang sah penggajiannya di negara ini, anda juga dilindungi oleh Akta Kerja 1955..

Berapakah hari cuti rehat yang pekerja dapat di bawah Akta 1955?

Setiap pekerja adalah berhak kepada satu hari cuti rehat dalam setiap minggu yang akan ditetapkan oleh majikan.

Berapakah hari cuti rehat yang pekerja dapat di bawah Akta 1955?

Setiap pekerja adalah berhak kepada satu hari cuti rehat dalam setiap minggu yang akan ditetapkan oleh majikan.

Berapakah kadar bayaran kepada pekerja yang bekerja lebih masa?

Kadar bayaran kerja lebih masa hendaklah sekurang-kurangnya seperti berikut: Pada hari kerja biasa, 1 1/2 kali kadar gaji sejam. Pada hari rehat, 2 kali kadar gaji sejam. Pada hari cuti am, 3 kali kadar gaji sejam.

Maklumat Lanjut

Sila rujuk lampiran di bawah untuk maklumat lanjut: https://www.mohr.gov.my/index.php/ms/pertanyaan/faq?boxed=1

Artikel Lain : Surat Berhenti Kerja

1 thought on “Permohonan Waktu Kerja Fleksibel (Pindaan Akta Kerja 1955)”

Leave a Comment