Harga Tiket Borneo Cultures Museum (Waktu Operasi)

Harga Tiket Borneo Cultures Museum (Waktu Operasi)

 

Harga Borneo Cultures Museum

Sarawak adalah satu negeri yang menawarkan pengalaman yang menarik untuk dilawati. Terdapat banyaktempat pelancongan yang boleh dikunjungi oleh semua pelancong. Borneo Cultures Museum adalah pilihan yang baik untuk anda lawati semasa berkunjung ke negeri ini.

Muzium ini adalah simbol kebanggan bagi rakyat negeri Sarawak kerana menyimpan pelbagai khazanah yang unik serta memberikan pengalaman baru kepada anda semua.

Kami akan berkongsikan harga tiket untuk berkujung ke Borneo Cultures Museum tersebut.

Apa Itu Borneo Cultures Museum

Untuk pengetahuan anda, muzium ini adalah muzium kedua terbesar di Asia Tenggara dan yang paling besar di Malaysia.

Ia merupakan muzium pertama mendapat pensijilan di bawah index Bangunan Hijau dan bangunan lima tingkat itu meliputi pameran kekal, galeri kanak-kanak, bilik majlis, bilik VIP, auditorium, restoran, kantin, kedai cenderamata termasuk galeri seni dan kraf.

6,628 meter persegi dikhaskan untuk ruang pameran dalam bangunan baharu dan jumlah keluasan lantai muzium serta bangunan tambahan pula sekitar 31,000 meter persegi.

Harga Tiket Borneo Cultures Museum

Setelah 5 bulan pertama menyediakan bayaran masuk percuma, Borneo Cultures Museum kini telah menetapkan harga bayaran masuk bagi para pengunjung.

Cas bayaran masuk ini selaras dengan rundingan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama dengan Kabinet Negeri.

Pada awalnya, cas bayaran masuk itu akan dikenakan 3 bulan selepas Muzium berkenaan dibuka, namun pihak kerajaan Negeri telah pertimbangkan dan menambah 2 bulan lagi bagi orang ramai untuk menikmati kemasukan percuma.

Harga Borneo Cultures Museum

Jika anda berfikir secara logik, muzium terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di Asia Tenggara ini memang memerlukan kos penjagaan yang amat tinggi. Jika anda fikir RM10 agak mahal, bagaimana pula dengan kos penyelenggaran muzium dan pemeliharaan artifak?

Waktu Operasi Borneo Cultures Museum

Muzium Budaya Borneo akan dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 4.45 petang dari Isnin hingga Jumaat dan 9.30 pagi hingga 4.30 petang pada Sabtu, Ahad dan cuti umum. Kemasukan terakhir pada 4 petang.

pihak muzium berkata pelawat akan dibahagikan kepada dua sesi iaitu pagi dan petang dengan hanya 300 slot bagi setiap sesi.

“Sesi pagi adalah dari 9 pagi hingga 1 petang pada hari bekerja, manakala pada hujung minggu dan cuti umum bermula jam 9.30 pagi hingga 1 petang.

“Sementara bagi sesi petang, lawatan bermula jam 1 hingga 4.45 petang bagi hari bekerja. Pada hujung minggu pula bermula jam 1 hingga 4.30 petang,” katanya.

Cara Beli Tiket Borneo Cultures Museum

Borang tempahan dalam talian adalah melalui pautan https://museum.sarawak.gov.my dan hendaklah dibuat selewat-lewatnya jam 4 petang sehari sebelum tarikh yang dipilih.

Satu borang adalah untuk seorang individu dan pengesahan tempahan akan diterima melalui email.

Apa Menarik Di Borneo Cultures Museum

Tiga tema dipilih bagi setiap aras bangunan muzium itu, iaitu ‘Sayangi Sungai Kita’ (Aras Dua), ‘Harmoni dengan Alam Semula Jadi (Aras Tiga), ‘Perubahan Masa (Aras Empat) dan ‘Objek Keinginan’ (Aras Lima).

Aras Dua direka bentuk bagi memenuhi tanggungjawab sosial dengan memperkasakan imaginasi kanak-kanak dan penjagaan alam sekitar.

Aras Tiga pula meneroka hubungan antara manusia dan alam semula jadi, manakala Aras Empat mempamerkan sejarah Sarawak dan Borneo dari zaman pra sejarah hingga tahun 1970an dan Aras Lima menempatkan objek-objek paling dihargai kumpulan etnik Sarawak.

Info Lanjut

JABATAN MUZIUM SARAWAK

JALAN P RAMLEE

93400, KUCHING, SARAWAK

TEL: +6082-548181 (Ibu Pejabat)

TEL: +6082-548215 (Borneo Cultures Museum)

FAX: +082-548281 / 548282

EMEL : [email protected]

Artikel Lain : Harga Dan Tiket Masuk Genting Skyworlds

1 thought on “Harga Tiket Borneo Cultures Museum (Waktu Operasi)”

Leave a Comment