eGraduan KPM ( Semakan Penempatan Guru egraduan.moe.gov.my )
Berita gembira buat bakal guru. Penempatan bagi 4,828 lagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 bagi pengambilan khas secara one-off akan diumumkan tidak lama lagi.
Anda kini boleh membuat semakan secara online.
Tarikh Semakan Penempatan Guru
Calon boleh mula membuat semakan bermula pada 18 Mac 2022
Tarikh Lapor Diri Guru One-Off
Guru-guru ini akan mula melapor diri pada 4 April 2022.
Cara Semak Penempatan Guru One-Off
Semakan penempatan masing-masing boleh dibuat bermula pada 18 Mac ini menerusi portal e-Graduan KPM di pautan https://egraduan.moe.gov.my.
Pelaksanaan inisiatif pengambilan khas guru secara one-off yang melibatkan keseluruhan 18,702 orang ini adalah antara usaha menangani isu kekurangan guru yang telah berlarutan sekian lama.
Pemohon Pegawai Perkhidamatan Pelajaran (PPP) Gred DG41 di kehendaki mendaftar di aplikasi eGraduan untuk memudahkan proses semakan penempatan. Sekiranya anda sudah lulus temu duga, anda dapat membuat semakan di portal tersebut.
Kami akan kongsikan cara daftar eGraduan yang mudah dan pantas.
Apa Itu eGraduan KPM
e-Graduan merupakan modul baharu bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru.
Modul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.
Modul ini melibatkan proses pengambilan dan penempatan guru baharu yang melibatkan kerjasama beberapa agensi sektor awam iaitu KPM, Suruhanjaya Perkhidmatan Perguruan (SPP), JobsMalaysia, Institut Pendidikan Guru (IPG), dan Universiti Awam \(UA).
Kategori Pengguna eGraduan KPM
Sasaran pengguna utama modul ini ialah graduan dan pentadbir sistem.
- Graduan
- Hanya graduan yang telah DIPERAKU oleh Suruhanjaya Pelajaran Pendidikan Malaysia (SPP) sahaja dibenarkan untuk mendaftar di modul ini, dan;
- Graduan yang tersenarai di HEBAHAN Portal KPM dan e-Graduan sahaja boleh mendaftar di modul ini pada masa yang ditetapkan untuk menyemak dan mengemaskini maklumat yang diperlukan, serta membuat semakan penempatan.
- Pentadbir Sistem
- Hanya pentadbir sistem yang telah DILANTIK oleh KPM sahaja dibenarkan untuk menggunakan modul ini mengikut peranan yang telah ditetapkan.
Cara Pendaftaran eGraduan KPM
Pautan ke Portal eGraduan : https://egraduan.moe.gov.my/
Pengguna perlu mengisi ruangan ini dengan teliti supaya tiada masalah ketika log masuk ke sistem.
Kata laluan, soalan keselamatan dan jawapan perlu diingat oleh pengguna kerana medan ini diperlukan jika hendak menukar kata laluan.
Klik butang SIMPAN untuk proses pendaftaran. Pengguna boleh terus ke ruangan LOG MASUK untuk menggunakan sistem dan butiran pendaftaran dihantar ke alamat emel yang telah diisi.
Login eGraduan KPM
Setelah membuat pendaftaran, pengguna boleh log masuk ke sistem dari LAMAN UTAMA dengan memasukkan butiran ID, Kata Laluan dan No. KP.
Sekiranya maklumat yang dimasukkan tidak tepat, paparan MAKLUMAT LALUAN MASUK SALAH akan dipaparkan.
Pengguna perlu memastikan butiran adalah tepat seperti didaftarkan.
Setelah berjaya log masuk, terdapat paparan bagi nama dan no Kad Pengenalan.
Terdapat beberapa tab yang disediakan untuk disemak dan dikemaskini.
Semakan Penempatan
Tab Semakan Penempatan akan dipaparkan setelah hebahan berkaitan semakan dibuat di Portal KPM dan e-Graduan.
Calon diingatkan untuk memuat turun dan melengkapkan borang Pakej Setuju Terima di Portal SPP ( https://www.spp.gov.my/ )untuk tujuan pengesahan lantikan anda dalam tempoh 30 hari dari tarikh melapor diri melalui Ketua Jabatan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).
Lupa Kata Laluan eGraduan KPM
Terlupa Kata Laluan anda? Sila klik disini dan lengkapkan maklumat di bawah bagi tujuan mendapatkan Kata Laluan.
No. Kad Pengenalan : E-mel yang Digunakan Semasa Mendaftar :
Mandatori – semua medan wajib diisi dengan lengkap.
Anda juga boleh klik disini untuk menukar password yang telah didaftarkan.
Maklumat Lanjut
Sekiranya tuan/puan tidak berjaya mendaftar di modul ini, sila hubungi:
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) di talian 03-8884 7741 / 03-8884 7779 / 03-8872 1446 untuk bantuan selanjutnya.
Artikel Lain : Semakan myPDPP: Pengambilan Guru One off DG41
1 thought on “eGraduan KPM ( Semakan Penempatan Guru egraduan.moe.gov.my )”