Cara Guna Brave Browser ( Cara Install  & Dapat Crypto Percuma)

Cara Guna Brave Browser ( Cara Install  & Dapat Crypto Percuma)

brave browse

Brave adalah browser baru yang memberikan keuntungan dengan membuat pembayaran token kepada pengguna yang melihat iklan. Enjin carian ini amat berbeza dengan enjin carian lain yang sedia ada.

Enjin carian Brave membayar pengguna yang memilih untuk melihat iklan yang ditentukan oleh browser. Aset digital ini dihasilkan melalui blockchain, jenis mata wang virtual yang dapat digunakan untuk sumbangan, pembayaran perkhidmatan, dan sumber digital yang lainnya.

 

Apa Itu Brave Browser

Pelayar web Brave adalah pemain baru dalam pasaran web browser yang dilancarkan pada tahun 2016; dan seperti kebanyakan web browser kecil lain termasuk Vivaldi dan Opera, ia dicipta berdasarkan pelayar web Chromium. Penciptanya Brave Software diasaskan oleh Brendan Eich, yang juga adalah pencipta JavaScript dan pengasas bersama Mozilla, yang telah meninggalkan syarikat itu.

Brave dibina untuk membuang iklan online daripada laman web dan model perniagaan Brave bukan sahaja bergantung hanya kepada menghalang iklan (ad blocking) tetapi juga pada menggantikan iklan yang telah dibuang tadi dengan iklan daripada rangkaiannya sendiri.

Brave juga membuang penjejak iklan, komponen kecil dalam laman web yang digunakan oleh pengiklan dan pemilik laman web untuk mengenal pasti jejak langkah pengguna dalam melayari laman web supaya mereka dapat mengetahui laman web lain yang sudah dilawat oleh pengguna.

Ia digunakan oleh rangkaian pengiklan untuk memaparkan produk yang sama atau lebih kurang sama kepada yang sudah dibeli atau dicari, membawa kepada kemunculan iklan yang sama tidak kira ke mana anda pergi dalam Internet.

Inilah salah satu daripada penawaran Brave: privasi. Dengan membuang penjejak iklan, Brave menghalang usaha pengiklan untuk mengenal pasti pengguna, dan mengikut tingkah laku pengguna itu di Internet. Ini menjadikan pengguna Brave anonymous.

Teras ekonomi Brave adalah berdasarkan matawang kripto dan Blockchain. Token Brave, Basic Attention Token (BAT) telah ditawarkan dalam  ICO yang dijalankan beberapa tahun lalu dan berjaya mengutip sebanyak $35 juta. Kini BAT boleh didapati di pelbagai bursa pertukaran dan didagangkan pada harga USD$0.32 sewaktu penulisan. BAT menduduki tempat ke-24 dalam senarai coinmarketcap.com.

 

Program Crypto Percuma 

Satu program yang dijalankan oleh Brave untuk menarik pengguna adalah memberi ganjaran BAT kepada pengguna berdasarkan perhatian atau masa yang diluang pengguna, untuk melihat iklan dan kandungan yang disediakan Brave. Pengguna Brave boleh memilih untuk melihat iklan dan akan diberikan BAT sebagai ganjaran, dan ianya boleh digunakan untuk memberi tip kepada pencipta kandungan (content creator) sebagai sokongan kepada laman web mereka.

(Nota: Setakat ini, program iklan Brave hanya terdapat di beberapa negara sahaja tidak termasuk Malaysia.)

Matlamat Brave adalah untuk mencipta ekosistem dimana ia lebih fokus kepada pengguna, seperti Blockchain. Rangka kerja Brave adalah untuk membersihkan laman web daripada iklan dan penjejak iklan, dan menggantikannya dengan model pengiklanannya sendiri, yang tidak akan mensasarkan individu tetapi ditujukan kepada agregat anonymous pengkalan pengguna pelayar web itu.

Ia adalah satu sistem monetari yang akan menggantikan sistem pengiklanan tradisional.

Cara-cara guna , selepas anda berjaya install Brave Browser ke Pc atau mobile, pergi ke setting , klik Brave Reward , naikkan kemasukkan iklan ke 5 iklan sejam.

Anda juga boleh berbakti kepada komuniti dengan contribute semula kepada website-website pilihan anda. Anda juga boleh menutup function contribute untuk mula menyimpan coin BAT.

Cara Install Brave Browse

Anda boleh muat naik di sini : https://brave.com/

Artikel Lain : Cara Check IP Address Peranti

Leave a Comment