Login myPDPP (Permohonan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan KPM)
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk Individu yang berminat untuk mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) perlu membuat permohonan melalui sistem myPDPP. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan, semoga membantu.
Apa Itu MyPDPP
myPdPP merupakan sistem yang dibangunkan bagi membolehkan permohonan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dilaksanakan secara atas talian. PDPP ialah program yang dikhususkan untuk melatih bakal guru di IPG yang ditetapkan oleh KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah menengah.
Syarat Kelayakan Asas PDPP
Individu yang berminat perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan asas iaitu:
- Warganegara Malaysia.
- Sihat tubuh badan.
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Umur tidak melebihi 35 tahun
Syarat Kelayakan Akademik PDPP
Individu juga perlu memenuhi syarat kelayakan akademik iaitu:
- Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Awam (UA) atau Institusi Luar Negara dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia (mempunyai surat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)) KPM yang boleh dimuat turun daripada laman web di alamat:
- Mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)/Cumulative Grade Point Average (CGPA) 2.50 ke atas.
- Memiliki kepujian dalam mata pelajaran bahasa Melayu, di peringkat SPM/SPM (V).
- Memenuhi syarat bidang pengkhususan.
Individu Tidak Layak Memohon PDPP
Individu yang tidak layak memohon program ini adalah seperti berikut:
- Individu yang sedang mengikuti program ikhtisas di mana-mana institusi pengajian tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
- Individu yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan negeri atau mana-mana pihak dan tidak mendapat pelepasan daripada pihak tersebut.
- Individu yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPG KPM dan gagal dalam peperiksaan atau ditamatkan daripada program pengajian.
- Individu yang diisytiharkan muflis.
- Individu yang pernah meletak jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan bagi skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41.
- Individu yang diberhentikan dari perkhidmatan Kerajaan kerana tindakan tatatertib atau disabitkan dengan kesalahan jenayah/penyalahgunaan dadah/ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Tempoh Program PDPP
Bagi individu yang mengikuti program ini, mereka akan menlanjutkan pengajian selama 1 tahun/3 semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.
Tarikh Permohonan PDPP
Individu yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian mulai (akan dikemaskini kemudian)
Cara Permohonan MyPDPP
Pemohon boleh membuat permohonan secara atas talian seperti berikut:
- Layari website Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)
- Klik ikon Daftar Permohonan Baharu.
- Isi maklumat pendaftaran yang diperlukan.
- Login ke dalam sistem tersebut.
- Buat permohonan sehingga tamat.
Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai PDPP IPG, sila hubungi Jabatan Pengambilan dan Penempatan (JPP), Pusat Hal Ehwal Pelajar IPG di talian 03-8312 6720/6693/6731/6768/6719/6760 atau email ke [email protected].
Artikel lain : Permohonan Laptop Tablet Percuma Pelajar IPT
macam mana cara kalau terlupa kata laluan di myPDPP?