Academy in Factory (Permohonan Program Kerja Sambil Belajar Di Kilang)

Academy in Factory (Permohonan Program Kerja Sambil Belajar Di Kilang)

Academy in Factory

Para remaja dipelawa menyertai Program Pembangunan Bakat yang dianjrkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) .Ia bertujuan untuk meningkatkan prestasi pencapaian pendidikan negara dengan menambah baik nilai purata tahun persekolahan.Program pembangunan bakat yang meliputi program utama iaitu Academy in Factory (AiF)

AiF dapat menyumbang kepada peningkatan purata tahun persekolahan melalui pengiktirafan yang sewajarnya terhadap pendidikan berasaskan kerja, sekali gus membina tenaga kerja berkemahiran mampan yang dapat memenuhi keperluan industri dan permintaan pasaran kerja.

Kami akan kongsikan cara permohonan dan panduan ringkas berkenaan program ini.

 

Apa Itu Academy in Factory

Program Academy in Factory (AiF) adalah program bekerja sambil belajar di kilang & syarikat berdaftar di bawah AiF.

Ia melibatkan lebih 25 syarikat/kilang dalam sektor seperti kimia, sains hayat & teknologi perubatan, semikonduktor dan automatif.

Inisiatif AiF yang melibatkan tenaga belia merupakan inovasi penyelesaian serampang dua mata dalam menangani cabaran membangunkan tenaga kerja mampan dan meningkatkan prestasi pencapaian pendidikan rakyat Malaysia.

Academy in Factory

Syarat Penyertaan Academy inFactory (AiF) 

Berikut disenaraikan syarat-syarat penyertaan AiF:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18-35 tahun
  3. Mahir 3M (menulis, membaca dan mengira)
  4. Tiada masalah kesihatan serius
  5. Lulus ujian saringan AiF

*Peserta terpilih akan jalani modul selama 18 bulan, menjurus kepada operasi syarikat / kilang berkaitan

Cara Permohonan Academy in Factory (AiF) 

Untuk menyertai program AiF ini, berikut adalah proses yang perlu dilakukan:

  1. Daftar permohonan di pautan berikut: http://aif.mpc.gov.my/user/register
  2. Jalani ujian saringan AiF.
  3. Sekiranya berjaya, anda akan ditawarkan surat berjaya
  4. Seterusnya, anda akan ditawarkan surat penempatan AiF untuk proses bekerja sambil belajar.
  5. Setelah melengkapkan tempoh belajar & bekerja, anda akan menerima sijil AiF.
  6. Anda akan meneruskan kerjaya di Syarikat / IPT berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Program Academy in Factor (AiF), sila rujuk saluran berikut:

Artikel Lain : Permohonan Latihan Jangka Masa Pendek

Leave a Comment