STAR@U: MyFuture Youth Plus 2022 (Permohonan Latihan Kemahiran Jangka Masa Pendek)

STAR@U: MyFuture Youth Plus 2022 (Permohonan Latihan Kemahiran Jangka Masa Pendek)STAR@U

Perhatian kepada warganegara yng berusia 15 sehingga 30 tahun, anda dipelawa untuk mengikuti Latihan Kemahiran Jangka Masa Pendek di bawah Program STAR@U.

Kami akan kongsikan cara permohonan program tersebut dengan mudah dan berkesan.

Apa Itu Program STAR@U

Program STAR@U: MyFuture Youth Plus bertujuan untuk menyediakan peluang dan alternatif kepada kumpulan belia berisiko berumur 15 – 30 tahun bagi mendapatkan latihan kemahiran asas dalam pelbagai bidang secara modular menerusi kursus jangka pendek dengan menggunakan fasiliti dan tenaga pengajar sedia ada di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS)

Tempoh Program STAR@U

Tempoh program latihan bagi belia yang menyertai program ini adalah selama 5 hari di ILKBS seluruh negara.

Program Ditawarkan

Jumlah program yang ditawarkan menerusi program ini adalah sebanyak 60 program jangka pendek di ILKBS.

Latihan yang ditawarkan menerusi program ini adalah seperti berikut:

  • Fondant Cake with Gumpaste Flowers Decoration – IKTBN Alor Gajah, Melaka
  • Restaurant Service – IKTBN Alor Gajah, Melaka
  • Asas Pendawaian Elektrik – IKTBN Alor Gajah, Melaka
  • Asas Kulinari – IKTBN Bachok, Kelantan
  • Car Polishing and Waxing – IKTBN Bachok, Kelantan
  • D.I.Y Side Table – IKTBN Bachok, Kelantan
  • Making of Modern Grill – IKBN Bandar Penawar, Johor
  • Customised HSE and OGSP – IKBN Bandar Penawar, Johor
  • Fire Watcher & Working At Height Customised Programme – IKBN Bandar Penawar, Johor
  • Pembaikan Telefon Mudah Alih – IKTBN Bukit Mertajam, Pulau Pinang
  • Penyelenggaraan Penyaman Udara Split Unit – IKTBN Bukit Mertajam, Pulau Pinang
  • Asas Kimpalan Perkakasan Domestik – IKTBN Bukit Mertajam, Pulau Pinang
  • Head Lamp Coating Specialist – IKTBN Chembong, Negeri Sembilan
  • Hidrographic Film Water Tranfer Printing – IKTBN Chembong, Negeri Sembilan
  • Personalized Wooden Product – IKTBN Chembong, Negeri Sembilan
  • Penyelenggaraan Penyaman Udara – IKTBN Dusun Tua, Selangor
  • Sand Blasting – IKTBN Dusun Tua, Selangor
  • Asas Sistem Pendawaian Elektrik – IKBN Jitra, Kedah
  • Asas Penyelenggaraan Motosikal – IKBN Jitra, Kedah
  • Asas Jahitan Baju Kurung Moden – IKBN Jitra, KedahPembuatan Special Occasional Cake – IKBN Kemasik, Terengganu
  • Keep Your Nails Healthy: Manicure And Pedicure Treatment – IKBN Kemasik, Terengganu
  • Penghasilan Chocolate Bouquet and Towel Folding – IKBN Kemasik, Terengganu
  • 3 Vase Stand Decoration – IKBN Kuala Langat, Selangor
  • Terarrium – IKBN Kuala Langat, Selangor
  • Mini Water Fountain – IKBN Kuala Langat, Selangor
  • Basic AutoCAD – IKBN Kuala Perlis, Perlis
  • Basic Scaffolding – IKBN Kuala Perlis, Perlis
  • Basic Safety On Ship – IKBN Kuala Perlis, Perlis
  • Penyediaan Pastri (Cookies) – IKBN Miri, Sarawak
  • Penyediaan Pastri (Western Food) – IKBN Miri, Sarawak
  • Penyediaan Makanan (Sweet Bun) – IKBN Miri, Sarawak
  • Hasilan Buah & Sayur-Sayuran – IKBN Naka, Kedah
  • Hasilan Daging – IKBN Naka, Kedah
  • Penyelenggaraan Penyaman Udara & Peti Sejuk Domestik – IKBN Naka, Kedah
  • Basic AutoCAD – IKTBN Pagoh, Johor
  • Pendawaian Elektrik 1 Fasa – IKTBN Pagoh, Johor
  • 3D Printing – IKTBN Pagoh, Johor
  • Eyelash Extension – IKBN Peretak, Selangor
  • Western Food – IKBN Peretak, Selangor
  • Sepasang Kurung Riau – IKBN Peretak, Selangor
  • Basic Internet of Things (IoT) in Electronics – IKTBN Sepang, Selangor
  • Security System Installation – IKTBN Sepang, Selangor
  • Smartphone Photography – IKBN Seri Iskandar, Perak
  • Penyenggaraan Elektrik – IKBN Seri Iskandar, Perak
  • Solekan – IKBN Seri Iskandar, Perak
  • Automotif – Penyelenggaraan Air-cond – IKTBN Temerloh, Pahang
  • Penyelenggaraan Mekanikal – IKTBN Temerloh, Pahang
  • Asas Pendawaian Elektrik – IKBN Wakaf Tapai, Terengganu
  • Penghasilan Produk Berasaskan Proses Kimpalan – IKBN Wakaf Tapai, Terengganu
  • Baju Melayu Moden – IKBN Wakaf Tapai, Terengganu
  • Asas Jahitan Blouse – IKBN Tanah Merah, Kelantan
  • Asas Jahitan Skirt Berpanel – IKBN Tanah Merah, Kelantan
  • Asas Jahitan Beg (Sulaman Reben) – IKBN Tanah Merah, Kelantan
  • Asas Simen Ferro – IKBN Kinarut, Sabah
  • Asas Pendawaian Elektrik – IKBN Kinarut, Sabah
  • Servis dan Penyelenggaraan Penyaman Udara – IKBN Kinarut, Sabah
  • Asas Semburan Cat Kenderaan – IKBN Pekan, Pahang
  • Asas Servis Penyaman Udara Kenderaan – IKBN Pekan, Pahang
  • Asas Kimpalan – IKBN Pekan, Pahang

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi belia yang ingin memohon latihan menerusi program ini adalah seperti berikut:

1. Belia berumur 15 hingga 30 tahun.
2. Berstatus warganegara.
3. Berpendapatan isi rumah dalam kelompok B40 dan M40.
4. Boleh membaca, menulis, mengira dan minat (4M).
5. Berminat dalam bidang latihan kemahiran yang ditawarkan.
6. Belia NEET (Not in Education, Employment or Training).
7. Belia yang menganggur atau baharu diberhentikan kerja.
8. Belia yang aktif mencari pekerjaan atau berminat memulakan perniagaan.

Cara Memohon Program STAR@U

Belia yang berminat dan ingin menyertai program ini boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan permohonan iaitu https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScvHTZXk7nbI8Kg4v8AIsGQMEDuL5lMePR13s6Zx0tDNuXToQ/viewform.
  2. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  3. Pilih latihan yang diperlukan.
  4. Semak maklumat yang diisi sebelum menghantar permohonan.
  5. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai STAR@U, sila boleh hubungi Puan Fadzillah Mohamed Kasim di talian 03-8871 3054 atau email [email protected].

Artikel lain : Permohonan Perkasa TVET 2022

2 thoughts on “STAR@U: MyFuture Youth Plus 2022 (Permohonan Latihan Kemahiran Jangka Masa Pendek)”

Leave a Comment