Contoh Surat Aduan Buruh (Senarai Alamat Pejabat Buruh Seluruh Malaysia)

Contoh Surat Aduan Buruh (Senarai Alamat Pejabat Buruh Seluruh Malaysia)

Aduan Buruh

Sebagai pekerja dimana-mana sektor, anda perlu memahami hak anda sebagai pekarja. Seringkali terjadi majikan yang mengambil kesempatan terhadap pekerja dengan menambah beban kerja atau tidak membayar upah dengan setimpal.

Sekiranya anda mempunyai aduan ataupun kurang bersetuju dengan tindakan majikan, kami menyediakan contoh surat aduan untuk dihantar kepada pejabat buruh yang berdekatan

Apa Itu Pejabat Buruh

Jabatan Tenaga Kerja merupakan sebuah jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia yang bertindak di barisan hadapan dalam berurusan dengan pelanggan. Sehubungan dengan itu, dalam inisiatif yang berterusan untuk mengukuhkan lagi pentadbiran perburuhan Negara, JTKSM sentiasa memberi penekanan kepada peningkatan sistem penyampaian sejajar dengan objektif untuk melindungi kepentingan dan memajukan masyarakat industri yang terdiri daripada golongan pekerja, majikan, stake holders serta masyarakat awam secara amnya.

JTKSM sentiasa memastikan perkongsian maklumat yang cepat dan tepat disampaikan kepada masyarakat. Jabatan juga memainkan peranan untuk mendidik masyarakat dengan menyalurkan maklumat melalui saluran yang betul dan menekankan aspek integriti dalam setiap perkongsian info.

Aduan Perburuhan boleh dikemukakan di http://jtksm.mohr.gov.my/ms/pengendalian-aduan-perburuhan 

Kerajaan Malaysia juga akan melaksanakan perubahan kepada Akta Pekerjaan 1955 secara komprehensif bagi menangani diskriminasi ditempat kerja. Maklumat lanjut : Pejabat Buruh Malaysia

Contoh Aduan Pejabat Buruh

Sekiranya anda merasakan majikan hak anda sebagai pekerja terabai seperti tidak diberi cuti tahunan, dibayar gaji lewat, tidak diberi elaun untuk OT dan lain-lain lagi, janganlah teragak-agak untuk membuat report terus kepada JTK.

Antara aduan yang anda boleh laporkan kepada pejabat Jabatan Tenaga Kerja ini yang diperuntukkan oleh undang-undang buruh Malaysia adalah:

  • Tidak dibayar gaji
  • Tiada cuti tahunan
  • Tidak melapor penggajian pekerja asing
  • Diberhentikan kerja tanpa notis
  • Tiada kontrak perkhidmatan
  • Lewat bayar gaji
  • Majikan tidak mematuhi Perintah Gaji Minimum 2012
  • Majikan tidak mematuhi Akta Umur Persaraan Minimum 2012
  • Tidak dibenarkan solat
  • Amalan buruh tak saksama
  • Diskriminasi kaum/jantina

Tatacara Membuat Aduan Buruh

Aduan boleh diterima dari pelbagai sumber antaranya daripada pekerja sendiri, orang awam dan pelbagai pihak termasuk agensi-agensi lain.

Pengadu boleh memfailkan aduan melalui:-

• Surat ke alamat Jabatan Tenaga Kerja berdekatan
• Email rasmi Jabatan iaitu jtksm[at]mohr[dot]gov[dot]my
• Hadir ke Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan dengan tempat kerja
• Telefon di talian 03-8000 8000

Maklumat Yang Diperlukan Untuk Aduan

• Nama dan alamat pihak yang diadu
• Nama dan alamat pengadu
• Isu-isu aduan
• Dokumen sokongan berkaitan (sekiranya ada):-

  • Surat Lantikan / Kontrak Perkhidmatan
  • Slip Gaji

Tatacara Pengendalain Aduan

1. Siasatan akan dimulakan setelah menerima maklumat aduan.

2. Sekiranya aduan berasas, tindakan akan diambil ke atas majikan samada melalui notis pembetulan, pendakwaan atau kompaun.

3. Hasil siasatan akan dimaklumkan kepada pengadu.

Cara Buat Aduan Buruh Online

  • Buka email anda.
  • Copy contoh draf surat aduan dibawah dan edit apa yang patut.
  • Lampirkan bersama Offer Letter / Employment Letter, Termination Letter, Memo Majikan Gaji Dipotong ke, atau apa-apa lampiran yang anda rasa boleh dijadikan fakta hujah berkenaan isu anda dan majikan. Kalau majikan ugut melalui wassup, sreenshot wassup tu dan attach bersama-sama. Kalau anda tiada Employment Letter tu semua, memadai Termination Letter atau apa-apa bukti yg majikan melakukan kesalahan terhadap anda.
  • Hantar aduan ini ke email Jabatan Tenaga Kerja atau terus ke pejabat buruh terdekat.

Contoh Surat Aduan

Nama Penuh Pengadu Cth Muhammad Bin Abdullah

Alamat Lengkap Pengadu

Cth. No 1, Jalan Presint 3,

Putrajaya, 01007

Utk Perhatian:

Pegawai Jabatan Tenaga Kerja

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia. Tarikh:

Tuan,

Aduan Terhadap Majikan – Pembehentian Pekerjaan/ Pemotongan Gaji Semasa Tempoh Cuti PKP/ Dipaksa Mengambil Unpaid Leave/ Dipaksa Bekerja Tanpa Kelulusan MITI dan Kerajaan Dlm Tempoh PKP(pilih yang berkenaan)

Sehubungan perkara diatas, Saya Muhammad Bin Abdullah, no K/P 810101-08-8888, bekerja sebagai pemandu peribadi di syarikat James Bond Sdn Bhd telah Ditamatkan (Perkhidmatan/ Diberhentikan Kerja/ Dipotong Gaji/ Dipaksa Mengambil Cuti Tanpa Gaji/Dipaksa Bekerja Dlm Tempoh PKP Tanpa Kelulusan MITI dan Pihak Kerajaan..Pilih mana berkaitan) dlm tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid 19 ini.

Di bawah ini saya nyatakan detail peribadi dan majikan saya.

Nama : Muhamamad Bin Abdullah

No K/P : 810101-08-8888

Alamat :

No Telefon dan Email : 010-11000011, [email protected]

Jawatan dan Gaji Akhir : Pemandu Peribadi – RM3000

Nama Majikan : James Bond Sdn Bhd

Alamat Majikan :

No Telefon Dan Email Majikan :

(boleh juga tambah dibawah ni dan letakkan nama dan no telefon manager dan bos anda untuk pihak JTK hubungi)

Saya berharap pihak JTK dapat membantu saya dalam mendapatkan pembelaan dan hak saya sebagai seorang pekerja. Adalah tidak adil, dalam tempoh PKP Covid ini, pihak majikan mengambil peluang (membuang pekerja/memotong gaji pekerja/memaksa pekerja mengambil cuti tanpa gaji/dipaksa bekerja dlm tempoh PKP) tanpa persetujuan dari pekerja.

Ini adalah bercanggah dengan perintah dan saranan kerajaan kepada pihak majikan supaya mengekalkan pekerja-pekerja dalam tempoh PKP ini.

Pihak kerajaan juga telah mengumumkan perbagai insentif kepada majikan bagi meminimakan kerugian dan perbagai insentif membantu majikan membayar gaji-gaji kepada pekerja.

Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak tuan dapat membantu saya dalam perkara ini.

Kerjasama dari pihak tuan amat saya hargai.

Sekian Terima Kasih.

…………………………………………….

Nama:

No Telefon :

Email:

 

Alamat Pejabat Buruh Di Malaysia

Semak alamat dan no tel pejabat buruh ataupun Jabatan Tenaga Kerja (JTK) negeri berhampiran anda dibawah ini untuk memudahkan anda membuat report dan aduan:

Pejabat Buruh Putrajaya (Ibu Pejabat Malaysia)

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia

Aras 5, Blok D3, Kompleks D,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62530, Putrajaya, Malaysia

Nombor telefon: 03-8000 8000

Pejabat Buruh Kuala Lumpur

Pejabat Tenaga Kerja Kuala Lumpur

Tingkat 9, Menara PERKESO,

281 Jalan Ampang,

50532 WP Kuala Lumpur

nombor telefon pejabat buruh: 03-41414600

Pejabat Buruh Selangor

Jabatan Tenaga Kerja Negeri Selangor

Suite A405-7 Tingkat, 3A West Wing,

Wisma Consplant 2,

No 7 Jln SS 16/1,

47500 Subang Jaya, Selangor

Telefon: 03-56328800 / 03-56361605 /03-56361625 / 03-56361573

Pejabat Tenaga Kerja Subang Jaya

Lot B210 & C208, Tingkat 2,

Wisma Consplant 2,

No. 7 Jln SS16/1,

47509 Subang Jaya, Selangor

Telefon: 03-56384535

Pejabat Tenaga Kerja Pelabuhan Klang

Persiaran Raja Muda Musa,

42000 Pelabuhan Kelang, Selangor

Telefon: 03-31656555 / 31651541

Pejabat Tenaga Kerja Pelabuhan Klang

Persiaran Raja Muda Musa,

42000 Pelabuhan Kelang, Selangor

Telefon: 03-31656555 / 31651541

Pejabat Tenaga Kerja Rawang

Lot 3, Jln RP 4/1,

Taman Rawang Perdana,

48000 Rawang, Selangor

Telefon: 03-60916533

Pejabat Tenaga Kerja Bangi

No. 709, Tingkat Bawah 1&2,

Blok C, Diamond Kompleks,

43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Telefon: 03-89251000

Pejabat Tenaga Kerja Kuala Selangor

Tingkat 7, Kompleks PKNS,

45000 Kuala Selangor,

Selangor Darul Ehsan.

Telefon: 03-32896467 / 6471

Alamat Pejabat Buruh Perlis

Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perlis

Tingkat 3, Bangunan Tun Abd Razak,

01000 Kangar, Perlis.

Telefon: 04-9761415

Pejabat Tenaga Kerja Kangar

Tingkat 1, Bangunan Tun Abd Razak,

01000 Kangar, Perlis.

Telefon: 04-9771928

Pejabat Buruh Kedah

Jabatan Tenaga Kerja Negeri Kedah

Aras 5, Zon A, Wisma Persekutuan,

Pusat Pent. Kerajaan Persekutuan,

06550 Bandar Muadzam Shah,

Anak Bukit, Kedah.

Telefon: 04-7322655 / 7314420

Pejabat Tenaga Kerja Alor Setar

Aras 5, Zon A, Wisma Persekutuan,

Pusat Pent. Kerajaan Persekutuan,

06550 Bandar Muadzam Shah,

Anak Bukit, Kedah

Telefon: 04-7300700 / 7317239

Pejabat Tenaga Kerja Kulim

ArLot 3, Seksyen 39,

Jln Pondok Labu,

09000 Kulim, Kedah.

Telefon: 04-4906566 / 4909093

Pejabat Tenaga Kerja Sg Petani

JKR 80, Jalan Petani,

08000 Sg Petani, Kedah.

Telefon: 04-4212510 / 4212213

Pejabat Tenaga Kerja Langkawi

23-24, Aked Pokok Asam 2,

Jalan Kelebang, 07000

Langkawi, Kedah.

Telefon: 04-9667173

Pejabat Buruh Pulau Pinang

Jabatan Tenaga Kerja Negeri Pulau Pinang

Tingkat 2, Bangunan Tuanku

Syed Putra,

10300 Pulau Pinang

Telefon: 04-2632087

Pejabat Tenaga Kerja Georgetown

Tingkat 2, Bangunan Tuanku Syed Putra,

Lebuh Downing, 10300 Pulau Pinang

Telefon: 04-2625536/04-2625537/04-2625538

Pejabat Tenaga Kerja Butterworth

Aras 2, Anjung B,

Wisma Persekutuan Seberang Perai Utama,

Jln Bertam,13200 Kepala Batas

Telefon: 04-5751957

Pejabat Buruh Perak

Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perak

No 2C1, 2C2, Tingkat 2 Blok C,

Bangunan Persekutuan Greentown,

30450 Ipoh, Perak Darul ridzuan

Telefon: 05-2545271 / 2439793

Pejabat Tenaga Kerja Ipoh

No. 2A3, 2A4, Tingkat 2 Blok A,

Bangunan Persekutuan Greentown,

30430, Ipoh, Perak.

Telefon: 05-2549404 / 05

Pejabat Tenaga Kerja Kuala Kangsar

No.9 & 10, Persiaran Putra 1,

Jalan Taiping, 33000 Kuala Kangsar,

Perak.

Telefon: 05-7763255

Pejabat Tenaga Kerja Taiping

Tingkat 3,Wisma Persekutuan Taiping,

Jalan Istana Larut,

34009 Taiping, Perak.

Telefon: 05-8072655

Pejabat Tenaga Kerja Tapah

Jln Kelab,

35000 Tapah, Perak

Telefon: 05-4011509

Pejabat Tenaga Kerja Teluk Intan

Tingkat 1, Blok B,

Bangunan Persekutuan,

Jln Changkat Jong,

36000 Teluk Intan, Perak.

Telefon: 05-6221199

Pejabat Tenaga Kerja Sitiawan

Tingkat 1, Bangunan Persekutuan Sri Manjung,

Jalan Kayu Manis,

32040 Sitiawan, Perak.

Telefon: 05-6888643

Pejabat Tenaga Kerja Gerik

Tingkat Bawah Bangunan Persekutuan,

Jalan Intan,

33300 Grik, Perak.

Telefon: 05-7912213

Pejabat Buruh Negeri Sembilan

Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sembilan

Tingkat 3, Wisma Persekutuan

Jalan Dato’ Abdul Kadir

70000 Seremban, Negeri Sembilan

Telefon: 06-76389977

Pejabat Tenaga Kerja Seremban

Tingkat 3, Wisma Persekutuan

Jalan Dato’ Abdul Kadir

70000 Seremban, Negeri Sembilan

Telefon: 06-7645019 / 7616517 / 7632459

Pejabat Tenaga Kerja Kuala Pilah

564, Tingkat 2,

Wisma Kuala Pilah

Jalan Pepatih,

72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Telefon: 06-4811166 / 69

Pejabat Buruh Melaka

Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka

Aras 4, Menara Persekutuan,

Jln Persekutuan,

MITC Ayer Keroh,

75450 Melaka.

Telefon: 06-2345172 / 5175 / 5176

Pejabat Buruh Johor

Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor

Tingkat 3, Blok A,

Wisma Persekutuan,

Wisma Jalan Ayer Molek,

80000 Johor Bahru, Johor.

Telefon: 07-2275080 / 81 / 82

Pejabat Tenaga Kerja Johor Bahru

Tingkat 9 & 10, Menara Ansar,

65, Jalan Trus,

80000 Johor Bahru, Johor

Telefon: 07-2222400 / 2243188

Pejabat Tenaga Kerja Kluang

Jalan Pejabat Kerajaan,

86000 Kluang, Johor

Telefon: 07-7721646 / 7722646

Pejabat Tenaga Kerja Segamat

No 856, Jalan Gudang Ubat,

85000 Segamat, Johor

Telefon: 07-9317237 / 1414

Pejabat Tenaga Kerja Muar

Bangunan Kementerian Sumber Manusia,

Jln Othman,

84000 Muar, Johor.

Telefon: 06-9511672 / 9520625

Pejabat Tenaga Kerja Batu Pahat

Aras 1, Bangunan Gunasama Persekutuan,

Jalan Bakau Condong,

83000 Batu Pahat, Johor.

Telefon: 07-4342595 / 4332595

Pejabat Buruh Pahang

Jabatan Tenaga Kerja Negeri Pahang

Tingkat 6, Bangunan Persekutuan,

Jalan Gambut,

25532 Kuantan, Pahang.

Telefon: 09-5162709

Pejabat Tenaga Kerja Kuantan

Tingkat 2, Bangunan Persekutuan,

Jalan Gambut,

25532 Kuantan, Pahang.

Telefon: 09-5163144 / 5146042

Pejabat Tenaga Kerja Bentong

Jalan Tras,

28700 Bentong, Pahang

Telefon: 09-2221402

Pejabat Tenaga Kerja Raub

Tingkat 2, Bangunan Gunasama Persekutuan,

Jalan Tengku Abd Samad, Bukit Koman,

27600 Raub, Pahang.

Telefon: 09-3551166

Pejabat Tenaga Kerja Temerloh

Tingkat 4, Bangunan Persekutuan,

Jalan Merdeka,

28000 Temerloh, Pahang

Telefon: 09-2961207

Pejabat Tenaga Kerja Pekan

Tingkat 2B, Bangunan Tabung Haji,

Jalan Tengku Ampuan,

26600 Pekan, Pahang

Telefon: 09-4221319 / 4227573

Pejabat Buruh Terengganu

Jabatan Tenaga Kerja Negeri Terengganu

Tingkat 6, Wisma Persekutuan,

Jalan Sultan Ismail,

20200 Kuala Terengganu, Terengganu

Telefon: 09-6203791 / 3793

Pejabat Tenaga Kerja Kuala Terengganu

Jalan Air Jernih,

20300 Kuala Terengganu, Terengganu

Telefon: 09-6221488 / 9781

Pejabat Tenaga Kerja Dungun

JKR 488, Jalan Pejabat,

23000 Dungun, Terengganu

Telefon: 09-8481844 / 8453037

Pejabat Tenaga Kerja Kemaman

Tingkat 2, Bangunan Persekutuan,

Jalan Melur,

24000 Kemaman, Terengganu

Telefon: 09-8591831 / 6343

Pejabat Tenaga Kerja Setiu

Lot 100, Jln Besar,

2200 Jerteh, Terengganu

Telefon: 09-6902175

Pejabat Buruh Kelantan

Jabatan Tenaga Kerja Negeri Kelantan

Tingkat 11, Bangunan Persekutuan,

Jalan Bayam,

15200 Kota Bharu, Kelantan

Telefon: 09-7485078 / 2506

Pejabat Tenaga Kerja Kota Bharu

Tingkat bawah, Bangunan Persekutuan,

Jalan Bayam,

15200 Kota Bharu, Kelantan

Telefon: 09-7481870 / 7442413

Pejabat Tenaga Kerja Kuala Krai

Tingkat 3, Bangunan Kerajaan Persekutuan,

18000 Kuala Krai, Kelantan.

Telefon: 09-9666381

 

Artikel lain: Contoh Surat Kontrak Pekerja Dan Majikan

7 thoughts on “Contoh Surat Aduan Buruh (Senarai Alamat Pejabat Buruh Seluruh Malaysia)”

  1. Selamat petang. Saya mahu semak Status Kelayakan Permohonan Bantuan Pengusaha Kantin One-Off RM1000. Macam mana saya boleh memohon dan apa cara untuk saya mohon?
    Terima kasih.

    Balas
  2. Selamat petang. Saya mahu semak Status Kelayakan Permohonan Bantuan Pengusaha Kantin One-Off RM1000. Macam mana saya boleh memohon dan apa cara untuk saya mohon?
    Terima kasih.

    Balas

    Balas
  3. Majikan beehentikan saya pada 7hb December 2022 kerana masalah Kesihatan yang tidak dapat membuat tugas yang di suruh oleh majikan .

    Balas

Leave a Comment