APPI KPM 2023 :Aplikasi Pengumpulan Pemasangan Instrumen (appisr & appimr)
Terkini KPM telah membangunkan satu aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen (APPI) bagi memudahkan pengumpulan item dan penjanaan instrumen di peringkat sekolah. Disini kami akan kongsikan kepada anda tarikh dan cara untuk memuat turun APPI KPM, semoga membantu.
APA ITU APPI KPM
Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen (APPI) dibangunkan bagi membantu pengumpulan item serta pemasangan dan penjanaan instrumen yang standard di peringkat sekolah.
ITEM YANG TERDAPAT DALAM APPI KPM
Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen ini melibatkan ebberapa item iaitu:
- Item yang disumbang oleh guru
- Item yang dikawan mutu oleh panel berkepakaran
- Instrumen berkualiti tinggi
- Instumen yang dijana berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian
- Instrumen berbeza, setara standard
PENGGUNA & PERANAN APPI KPM
Berikut adalah merupakan pengguna dan peranan aplikasi ini iaitu:
PENGGUNA | PERANAN |
Lembaga Peperiksaan | Menetapkan format, JSU dan standard instrumen |
Penyumbang Item | Menyumbang Item |
Ketua Penyumbang Item | Menyumbang dan menilai item |
JPN / PPD | Selenggara maklumat mata pelajaran dan sekolah |
Pengetua / Guru Besar | Memuat turun instrumen |
PERANAN APPI KPM JPN DAN PPD
Berikut adalah merupakan peranan oleh pihak JPN dan PPD iaitu:
JPN | PPD |
Pendaftaran dan kemaskini akaun PPD Pendaftaran dan ekmaskini akaun Pengetua / Guru besar sekolah Pendaftaran dan kemaskini maklumat sekolah Kemas kini pakej mata pelajaran sekolah Memantau status muat turun instrumen | Pendaftaran dan kemaskini akaun pengetua sekolah Kemas kini pakej mata pelajaran sekolah Memantau status muat turun instrumen |
Proses APPI KPM
Berikut adalah merupakan Proses APPI yang merangkumi:
- Penetapan Format Standard
- Pengagihan Tugasan
- Bina & Sahkan Item
- Jana Instrumen
- Selenggara maklumat mata pelajaran dan sekolah
TARIKH MUAT TURUN INSTRUMEN APPI KPM appisr appimr
Bagi melancarkan proses muat turun instrumen ujian akhir sesi akademik Lembaga Peperiksaan Rasmi menetapkan jadual mengikut negeri seperti jadual berikut:
ZON | TARIKH MUAT TURUN INSTRUMEN PENTAKSIRAN | TARIKH MUAT TURUN PANDUAN PENSKORAN |
Sarawak, Negeri Sembilan, WP Putrajaya dan Perlis | 4 Januari 2023 | 10 Januari 2023 |
Pahang, Melaka, Pulau Pinang dan Sabah | 5 Januari 2023 | 11 Januari 2023 |
WP Kuala Lumpur, Perak, Selangor dan WP Labuan | 6 Januari 2023 | 13 Januari 2023 |
Johor, Kedah, Terengganu dan Kelantan | 8 Januari 2023 | 12 Januari 2023 |
CARA MUAT TURUN INSTRUMEN APPI KPM (appisr & appimr)
Berikut adalah merupakan cara untuk memuat turun instrumen ujian akhir sesi akademik dari APPI mengikut katagori iaitu:
- Tahap Dua Sekolah Rendah : https://appisr.moe.gov.my
- Menengah Rendah : https://appimr.moe.gov.my
NOTA: Jadual kerja PBD ini perlu dibaca bersama dengan Garis Panduan Pentadbiran Ujian Akhir Sesi Akademik.
MUAT TURUN BUKU FORMAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN DAN PELAPORAN UJIAN AKHIR
Berikut adalah merupakan pautan untuk memuat turun buku format iaitu:
- Sesi Akademik Sekolah Rendah
- Sesi Akademik Sekolah Menengah
GARIS PANDUAN PENTADBIRAN UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK
Untuk murujuk garis panduan ini, anda boleh memuat turun melalui pautan di bawah:
MAKLUMAT LANJUT APPI KPM appisr appimr
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai APPI KPM (appisr & appimr), anda boleh melayari portal rasmi Lembaga Peperiksaan KPM di pautan http://lp.moe.gov.my/
ARTIKEL LAIN
LOGIN SPS 2023 (Sistem Pengurusan Sekolah) KPM