PERMOHONAN EDAFTAR MENENGAH APDM(Pengesahan Data & Cetakan Surat Penempatan)

PERMOHONAN EDAFTAR MENENGAH APDM(Pengesahan Data & Cetakan Surat Penempatan)

EDAFTAR MENENGAH APDM

 

Guru kelas tahun 6 perlu bersedia untuk mendaftarkan murid tahun 6 untuk ke sekolah menengah sesi 2022. Pendaftaran tersebut akan dilakukan mellaui eDaftar Sekolah menengah menggunakan laman APDM.

Pendaftaran tersebut memerlukan guru kelas tahun 6 membuat kemaskini dan mengatur pilihan sekolah menengah kepada murid mereka tersebut.

Perkongsian kali ini akan membantu para guru untuk memastikan proses pendaftaran berjalan lancar dan teratur. Sebarang kesilapan akan merumitkan keadaan.

 

Proses Kemaskini Edaftar Sekolah Menengah

Pihak guru kelas hendaklah menyemak dan membuat pembetulan sekiranya berlaku sebarang kesilapan dalam proses awal ini. Berikut adalah maklumat yang perlu dikemaskini :

Data Murid

  • Nama
  • Nombor kad pengenalan
  • Nombor angka giliran UPSR
  • Alamat
  • Nombor telefon
  • Status kewarganegaraan
  • Anak ke berapa
  • Jarak ke sekolah

 

Cara permohonan eDaftar Sekolah Menengah

Bahagian A : Tindakan Guru Penolong Kanan / Admin Sekolah

 

  1. Buka Sistem Pengurusan sekolah (SPS)

Klik pengurusan murid.

  1. Log In Admin
  2. Taipkan Kod Sekolah (Huruf Besar) untuk Id Pengguna
  3. Kata Laluan “sekolah” jika tidak ditukar

iii. Klik HANTAR untuk Masuk Aplikasi

  1. Pilih jawapan berdasarkan permintaan soalan dan tekan verify.
  2. Paparan Muka Utama dipaparkan

Klik eDaftar Menengah

  1. GPK HEM / Admin Sekolah perlu menyemak nama sekolah feeder menengah sebelum proses pendaftaran dibuat
  2. Untuk menyemak nama sekolah feeder.
  3. Paparan analisa murid yang telah mendaftar serta bilangan kelas tahun 6 dan nama guru kelas

iii. Admin Sekolah (PK HEM) hendaklah “klik” dalam kota kecil tersebut setelah memastikan semua murid telah didaftarkan dan “klik” kotak Sahkan, untuk membuat pengesahan.

  1. Pihak sekolah juga boleh mencetak senarai sepadu untuk simpanan sekolah

 

Bahagian B : Tindakan Guru Kelas

 

1) Untuk memulakan permohonan ke Tingkatan 1, guru kelas perlu masuk ke aplikasi menggunakan akaun mereka yang sedia ada.

  1. Taipkan ID Penggunaka dan Kata Laluan. Kemudian klik butamg Log Masuk
  2. Paparan berikut akan keluar

iii. Klik eDaftar Menengah

2) Guru Kelas boleh mula mengisi permohonan berdasarkan yang dipohon oleh murid.

  1. Guru boleh mula mengisi permohonan dengan klik butang di sini.
  2. Guru dikehendaki memastikan senarai murid mencukupi. Murid bukan warga tidak boleh memohon ke Tingkatan 1 melalui aplikasi ini.

3) Memulakan proses permohonan

  1. Sila buat pilihan sekolah
  2. Nyatakan sebab pilihan ke sekolah berkenaan untuk memudahkan PPD membuat penempatan.

iii. Nyatakan jarak dari rumah ke sekolah.

  1. Isi maklumat-maklumat yang berikut bagi memudahkan pengurusan di sekolah menengah
  2. Klik butang kemaskini untuk menghantar permohonan ini.

4) Permohonan luar feeder

Jika murid tersebut memilih untuk memohon diluar feeder, sila klik Pilihan Kedua – pilih ‘Luar Feeder ‘ untuk dikeluarkan senarai sekolah lain yang terdapat di luar feeder.

5) Paparan selepas permohonan dibuat

  1. Murid yang telah memohon akan dipaparkan sekolah pilihannya.
  2. Sila buat proses seterusnya kepada murid-murid yang lain

6) Tambahan untuk SJKC dan SJKT Pengisian markah pemahaman dan Penulisan untuk Peralihan.

  1. Tahun 4 dan Tahun 5 – Markah PKBS Akhir tahun.
  2. Tahun 6 – Markah Percubaan UPSR.

7) Paparan admin sekolah

Admin sekolah boleh melihat bilangan murid yang telah selesai membuat permohonan.

8) Paparan PPD

PPD boleh memantau bilangan sekolah yang telah selesai membuat permohonan.

9) Paparan Negeri

Negeri boleh memantau bilangan PPD yang telah selesai membuat permohonan.

 

Permohonan eDaftar Sekolah berasrama Penuh 

Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah secara online.

Bagi murid Tahun 6 yang mahu membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan 1, hendaklah mempunyai keperibadian yang baik dan memenuhi syarat-syarat kelayakan. Permohonan boleh dibuat melalui laman web  https://spskt1.moe.gov.my/spat1_mohon/index.cfm

 

Permohonan eDaftar Sekolah Seni Malaysia

 

  • Pemohon boleh mendaftar masuk dengan menggunakan No. Kad Pengenalan calon.
  • Hanya permohonan secara dalam talian (online) akan diproses.

 

Permohonan eDaftar Sekolah Sukan Malaysia

 

  1. PROSEDUR PERMOHONAN MURID KE SEKOLAH SUKAN MALAYSIA

 

1.1 Pencalon memohon menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

1.2 Pencalon perlu mencetak satu (1) salinan maklumat permohonan. Salinan maklumat permohonan tersebut perlu disahkan beserta cap rasmi Ketua Jabatan dan dihantar kepada Pengarah Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.3 Kemasukan ke SSM adalah pada bulan Januari dan Julai sahaja.

 

Permohonan eDaftar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)

 

  • Permohonan Kemasukan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) adalah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
  • Permohonan hendaklah dibuat melalui sekolah rendah masing-masing.

 

Permohonan eDaftar Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (Sabk)

 

Sekolah Agama Bentuan Kerajaan (SABK) adalah dibawah pengurusan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Lembaga Pengurus Sekolah (LPS). Syarat permohonan kemasukan ke SABK ditentukan oleh mereka.(rujuk kepada sekolah dan negeri yang dipohon)

 

Permohonan eDaftar MRSM

 

Bahagian Pendidikan Menengah, Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyediakan aplikasi secara atas talian bagi Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Permohonan adalah terbuka kepada murid Tahun 6 yang bersekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Maklumat lanjut mengenai syarat umum kelayakan kemasukan ke MRSM boleh didapati di laman web MARA.

Semoga perkongsian ini dapat membantu para guru membuat semakan dan kemaskini pendaftaran murid ke tingkatan 1 sesi 2022.

 

ARTIKEL LAIN

APDM (Cara Kemaskini Data Vaksinasi & Pelaporan Covid-19)

 

 

 

 

1 thought on “PERMOHONAN EDAFTAR MENENGAH APDM(Pengesahan Data & Cetakan Surat Penempatan)”

  1. Thn ini ank sy tahun 6 di selangor, thn hadapan sy berpindah ke pahang..mcmna proses unt daftar disklh pahang? Perlu ke isi borang permohonan sklh menengah di selangor dahulu ?

    Balas

Leave a Comment