LOGIN SPS 2023 (Sistem Pengurusan Sekolah) KPM
Kepada para guru yang ingin log masuk ke dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), semestinya ingin mengetahui caranya. Ini kerana melalui sistem ini kemasukan data hanya pada satu aplikasi sahaja dan data tersebut boleh dicapai oleh aplikasi lain jika berkaitan kerana pangkalan data SPS ini digunasama oleh semua sistem di dalam KPM. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk login SPS, semoga membant.
APA ITU SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH
Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) merupakan sistem pangkalan data tunggal yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi sekolah, guru dan murid di seluruh negara. SPS diwujudkan bertujuan mengelakkan guru-guru daripada melakukan kemasukan data yang berulang dalam pelbagai sistem yang dibangunkan oleh pelbagai pihak di KPM.
TARIKH PERLAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAHÂ
- SPS ini mula digunakan bermula pada 1 Januari 2015
MODUL PENGURUSAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS)
Pada masa kini, sistem SPS tertumpu kepada 3 modul pengurusan utama iaitu:
- Modul Pengurusan Sekolah.
- Merupakan satu pangkalan data profil institusi pendidikan di bawah Sektor Pelajaran KPM yang menyeluruh.
- Pengguna dapat mengetahui maklumat asas semua institusi pendidikan di seluruh negara yang telah berdaftar dan diberi kod institusi pendidikan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP).
- Modul Pengurusan Guru.
- Merupakan satu pangkalan data guru yang menyeluruh dan bersepadu yang digunakan di pelbagai peringkat pengurusan bagi menghasilkan laporan dan statistik guru.
- Mengandungi data operasi real-time bagi kegunaan perancangan, penempatan, pelantikan, pengesahan jawatan, kenaikan pangkat, pertukaran dan persaraan guru termasuk data unjuran bagi kegunaan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Perjawatan.
- Modul Pengurusan Murid.
- Merupakan satu pangkalan data murid yang menyeluruh dan bersepadu dan digunakan dipelbagai peringkat pengurusan dalam perancangan dan pengoperasian serta menghasilkan laporan dan statistik murid.
- Mengandungi semua data dan maklumat murid dimasukkan bermula seawal murid memasuki Prasekolah hingga Tingkatan 6 atau Kolej Matrikulasi termasuk Murid Berkeperluan Khas.
- Data asas kelahiran murid diperoleh dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan disemak semula melalui Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK).
CARA LOGIN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS)
Kepada anda yang ingin log masuk ke dalam SPS ini, berikut adalah merupakan caranya iaitu:
- Layari pautan website SPS: https://sps1.moe.gov.my/index.php.
- Pada paparan utama klik pada Log Masuk.
- Pilih pada modul pengurusan yang diperlukan.
- Masukkan ID Pengguna dan kata laluan, seterusnya klik pada Hantar.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai Sistem Pengurusan Sekolah ini, anda boleh merujuk pada saluran berikut:
- Modul Pengurusan Sekolah: 03-8872 1457/03-8884 6545/03-8884 6066/03-8884 6225.
- Modul Pengurusan Guru: 03-88849561
- Modul Pengurusan Murid: 03-88849501
ARTIKEL LAIN
SPPB KPM (Login Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu)