Permohonan Bantuan Subsidi Yuran Taska RM100 Asuh Pintar

Permohonan Bantuan Subsidi Yuran Taska RM100 Asuh Pintar

asuh pintar

Ibu-bapa di Selangor yang layak dipelawa untuk memohon Asuh Pintar sesi 2023. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati subsidi yuran taska untuk persekolahan anak anda.

YAWAS (Yayasan Warisan Anak Selangor) menyediakan subsidi yuran taska sebanyak RM 100.00 bagi yang layak.

Apa Itu Asuh Pintar 2023?

Pengenalah Asuh pintar 20223seperti dibawah:

Kerajaan Negeri Selangor menerusi Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) telah membuka permohonan Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar) bagi tahun 2023

Asuh Pintar adalah bantuan yuran Taska atau Nurseri sebanyak RM 100 sebulan untuk anak-anak mereka yang berusia 4 tahun ke bawah dan bantuan ini dibayar terus ke Taska atau Nurseri tersebut.

 

Tarikh Tuup Permohonan Asuh Pintar

Tarikh tutup permohonan Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar adalah pada 15 haribulan setiap bulan untuk melayakkan diri menerima manfaat bagi bulan tersebut.

Sebagai contoh permohonan untuk manfaat bulan Mac 2022 wajib dihantar sebelum atau pada 15 Mac 2022.

 

Syarat Kelayakan Asuh Pintar

Ibu bapa yang ingin memohon Asuh Pintar perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan iaitu:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia serta dilahirkan dan menetap di Selangor; atau
  • Tidak dilahirkan di Selangor tetapi telah menetap secara sah di Selangor sekurang-kurangnya 5 Tahun (pemohon perlu mendapatkan pengesahan daripada Ketua Kampung/Pengerusi Taman Perumahan tempat di mana pemohon menetap).
  • Pendapatan isi rumah pemohon mestilah RM 5000 ke bawah.
  • Suami dan isteri mestilah berkerja.
  • Mempunyai anak berumur 4 Tahun dan ke bawah.
  • Permohonan terhad kepada 2 orang anak sahaja.
  • Taska tersebut mestilah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  • Ibu dan bapa tersebut adalah pengundi berdaftar Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

 

Senarai Taska/Nurseri Berdaftar Untuk Permohonan Asuh Pintar 2023

Untuk menerima bantuan ini, pemohon perlu menghantar anak-anak mereka ke Taska atau Nurseri yang telah berdaftar dengan JKM.

Senarai Taska atau Nurseri yang berdaftar boleh dirujuk melalui pautan https://asuhpintarv2.yawas.my/web/taska.php

Jika nama Taska atau Nurseri terbabit wujud di dalam senarai terbabit, pemohon boleh membuat permohonan untuk bantuan Asuh P1ntar.

Cara Memohon Asuh Pintar 2023

  • Ibu bapa yang berminat untuk memohon bantuan Asuh P1ntar perlu mengikuti langkah-langkah berikut:
  • Layari laman web ini
  • Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Semak.’
  • Kemudian, klik butang ‘Permohonan Baru.’
  • Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul
  • Semak semua maklumat sebelum mendaftar.
  • Klik butang ‘Daftar’ untuk menghantar permohonan.
  • Cetak borang permohonan tersebut.
  • Hantar borang permohonan beserta dokumen sokongan ke email [email protected] atau ke alamat:

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS),

Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,

Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,

Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan.

Dokumen Sokongan

Selepas menghantar permohonan secara online, pemohon perlu menghantar dokumen sokongan berikut dalam tempoh 2 minggu selepas membuat permohonan iaitu:

  • Salinan Sijil Lahir/MyKid anak.
  • Salinan MyKad Ibu.
  • Salinan MyKad Bapa.
  • Salinan Perakuan Anak Angkat/Sijil Kematian/Sijil Cerai (Jika diperlukan).
  • Salinan Slip Gaji/Surat Akuan Pengesahan Gaji Ibu.
  • Salinan Slip Gaji/Surat Akuan Pengesahan Gaji Bapa.
  • Cop Pengesahan Taska Tempat Anak Belajar (Perlu dicop pada borang permohonan).
  • Bagi pemohon yang tidak dilahirkan di Selangor, berikut adalah dokumen tambahan yang perlu dilampirkan:
  • Salinan Bil Air/Bil Elektrik/TM/Astro/muka depan Buku Merah Ibu.
  • Cop pengesahan bermastautin (Perlu dicop pada borang permohonan).

 

Pertanyaan & Info Lanjut

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak YAWAS di talian 03-5481 8800 atau melayari laman web https://asuhpintarv2.yawas.my/web/taska.php untuk info lanjut.

 

Artikel Lain 

Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS)

1 thought on “Permohonan Bantuan Subsidi Yuran Taska RM100 Asuh Pintar”

Leave a Comment