PERMOHONAN SUMBANGAN PENDIDIKAN ZAKAT ANAK SELANGOR (SPZAS)

PERMOHONAN SUMBANGAN PENDIDIKAN ZAKAT ANAK SELANGOR (SPZAS)

SPZAS

Anak Selangor yang layak dipelawa untuk memohon Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS). Permohonan ini terbuka kepada para pelajar IPT yang sedang melanjutkan pelajaran. Anda semua boleh merujuk syarat-syarat dan cara-cara untuk buat permohonan yang telah kami sediakan.

 

APAKAH SUMBANGAN PENDIDIKAN ZAKAT ANAK SELANGOR (SPZAS)

SPZAS adalah salah satu daripada bantuan yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) bertujuan meringankan beban kos pendidikan di institut pengajian tinggi (IPT) dalam negara dan luar negara bagi golongan pertengahan yang memenuhi syarat kelayakan.

Sumbangan ini disasarkan kepada golongan pertengahan yang memenuhi syarat kelayakan.

 

KRITERIA KELAYAKAN PERMOHONAN SUMBANGAN PENDIDIKAN ZAKAT ANAK SELANGOR

 Kriteria kelayakan sumbangan adalah seperti berikut:-

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Ketua keluarga / penjaga lahir dan menetap di Selangor / Bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
  4. Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi Haddul Kifayah (garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf) dengan julat lebihan tersebut tidak melebihi RM11,000.

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor

Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor IPT dalam negara hanya terbuka kepada pelajar semester/tahap dua (2) dan ke atas yang melanjutkan pengajian di peringkat:

  • Sijil
  • Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi
  • Diploma/Diploma Lanjutan
  • Ijazah Sarjana Muda/Sijil Professional
  • Ijazah Sarjana (Master)

Permohonan SPZAS IPT luar negara pula hanya terbuka kepada pelajar di dalam bidang Pengajian Islam dan Perubatan di negara Mesir, Jordan serta Morocco yang melanjutkan pengajian di peringkat:

  • Ijazah Sarjana Muda

 

TARIKH PERMOHONAN SUMBANGAN PENDIDIKAN ZAKAT ANAK SELANGOR 

Para pelajar boleh membuat permohonan ini bermula dari 3 Oktober hingga 3 Disember 2022 secara dalam talian.

 

KADAR SUMBANGAN PENDIDIKAN ZAKAT ANAK SELANGOR (SPZAS)

Setiap permohonan yang diluluskan akan menerima kadar sumbangan mengikut peringkat pengajian seperti dinyatakan berikut:

  1. SPZAS Dalam Negara
    • Peringkat pengajian Sijil / Pra Universiti / Asasi / Matrikulasi / Pra Diploma / Diploma / Diploma Lanjutan / Ijazah Sarjana Muda / Sijil Prefesional dan Ijazah Sarjana
    • RM700
  2. SPZAS IPT luar negara
    • Peringkat pengajian Sijil (Pengajian Islam ) / Sijil Profesional / Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana
    • RM1,000 hingga RM2,500
  3. SPZAS Sekolah Rendah & Sekolah Menengah
    • Prasekolah / Tadika : RM200 (per tanggungan)
    • Sekolah Rendah Kebangsaan : RM200 (per tanggungan)
    • Sekolah Rendah AGama : RM200 (per tanggungan)
    • Sekolah Menengah : RM200 (per tanggungan)

DOKUMEN DIPERLUKAN BAGI PERMOHONAN SPZAS

Pastikan anda sediakan  dokumen yang diwajibkan untuk setiap pemohon memuat naik sewaktu permohonan dilakukan iaitu:

  1. Kad Pengenalan Pemohon
  2. Kad Pengenalan Suami/Isteri/Penjaga
  3. Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan Tanggungan Keluarga
  4. Bil api/bil air yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
  5. Slip gaji atau *Borang Pengesahan Pendapatan Terkini(Bagi yang tiada slip gaji) yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
  6. *Borang/surat pengesahan belajar semester/tahap yang terkini/semasa (bagi pelajar IPT luar negara pengesahan adalah melalui Pegawai Atase Pendidikan Selangor)
  7. *Borang Pengesahan Permastautinan yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
  8. Penyata Akaun Bank Pemohon yang masih aktif (Bagi Pengesahan No Akaun Bank)
  9. Kad OKU (Jika Berkenaan)
  10. Laporan Perubatan Sakit Kronik (Jika Berkenaan)
  11. Pasport dan Visa pemohon (bagi permohonan SPZAS IPT luar negara)

Nota: Borang-borang ini boleh dimuat turun di DI SINI 

 

CARA PERMOHONAN SPZAS

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan INI

NOTA: Permohonan adalah untuk BUKAN asnaf fakir, miskin & mualaf.

 

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN SPZAS

  • Tempoh kelulusan dan bayaran sumbangan ini adalah dalam masa 14 hari bekerja daripada tarikh permohonan dibuat.
  • Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon secara EFT (Electronic Fund Transfer).

 

Maklumat Lanjut

Pemohon boleh menghubungi Talian Zakat Selangor di 1300-88-4343 bagi sebarang maklumat dan pertanyaan berkaitan bantuan ini.

Artikel Lain: Janji Temu Vaksin Kanak-Kanak

3 thoughts on “PERMOHONAN SUMBANGAN PENDIDIKAN ZAKAT ANAK SELANGOR (SPZAS)”

Leave a Comment